Memaparkan catatan dengan label bulan mulia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bulan mulia. Papar semua catatan

Khamis, 7 Ogos 2014

Puasa Sunat 6 Hari Bulan Syawal

Assalamualaikum selamat malam

Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun. (Hadis Riwayat Muslim)

Alhamdulillah, harini dah 11 Syawal 1435H, hari Khamis. Syukur, aku berpeluang untuk mengerjakan puasa sunat 6 bulan Syawal harini. Sebenarnya baru mula harini, haha. Orang lain dah nak habis kan puasa 6, aku baru nak bermula. Takpalah, asalkan ada niat nak habiskan puasa 6 bulan Syawal tahun ni, moga Allah permudahkan, amin ;)

Ok, dalam entry ni aku nak bercerita sikit pasal puasa sunat bulan Syawal atau bahasa pasar orang sebut puasa 6. Kiranya selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, kita teruskan puasa 6 di bulan Syawal, dan insyaAllah besar ganjaran pahala yang menanti kita, yang mana diibaratkan seperti setahun kita berpuasa. Siapa yang tak mahu bukan? Sungguh, Islam itu indah 

Aku baru start harini, maknanya aku masih berbaki 5 hari. InsyaAllah, rancangnya nak habiskan dalam minggu depan terus 5 hari. Kenapa tak sambung esok dan seterusnya? Sebabnya aku punya tugasan dan kerja yang perlu dilaksanakan. Jangan risau, tak dinyatakan pun untuk kita puasa berturut-turut 6 hari dan para ulama' pun sudah sepakat yang puasa 6 hari bulan Syawal ni dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut). Sebenarnya, lebih afdal dilakukan antara 2 Syawal hingga 7 Syawal. Tapi, almaklumlah terleka dengan program hari raya, jadinya sekarang baru berkesempatan, hihi.


Oh sedikit tambahan, amalan sunat yang kita kerjakan saban hari ni adalah untuk menampung kecacatan atau kecelaan kepada amalan fardhu kita, dan semoga segala amalan kita diterima olehNya, amin. Sebagai penutup entry yang ringkas malam ni, aku menyeru dan menyarankan rakan-rakan seagama dengan aku untuk turut serta dalam mengerjakan puasa sunat 6 hari bulan Syawal ini, semoga kita dapat sama2 kumpul pahala selagi boleh. =)

Credit- *Kedua-dua gambar ihsan dari Mr Google*

Sumber bacaan : SINI

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 17 Julai 2014

Harga Baru Lesen Kereta dan Motor

Assalamualaikum, selamat pagi


Wah, nampaknya isu harga lesen kereta dinaikkan menjadi topik hangat sekarang ni. Aku pun turut sama teruja dan terkejut bila dengar pasal isu harga lesen kereta ni naik harga.

Kenapa aku terkejut? Sudah semestinya mengenai harga yang dinaikkan tu. Dari laman blog yang aku kunjungi tadi, dikhabarkan mulai 14 Julai 2014, harga lesen kereta (Kelas D) sudah mencecah sehingga hampir RM2K manakala untuk lesen motor (kelas B2) harga mencecah RM1050. Allahu, nak tercabut jugak jantung ni bila tengok harga baru yang dah dikeluarkan oleh JPJ ni.

Cuma aku runsing dan terfikir, adakah ianya satu kebetulan ataupun memang ini masa yang tepat untuk diumumkan mengenai kenaikan harga lesen ni? Kenapa aku cakap kebetulan? Rasanya ramai yang sudah sedia maklum dengan video viral di laman media sosial mengenai seorang wanita yang mengamuk di jalanraya selepas dari excident kecil yang melibatkan kereta Peugeot putih miliknya itu di Kuantan, Pahang.

Boleh dikatakan hampir seluruh rakyat Malaysia menonton video tersebut dan akibat daripada itu, wanita tersebut telah dikecam dengan begitu dahsyat sekali di laman laman media sosial ni. Tapi, alhamdulillah, nampaknya keadaan semakin baik bila wanita tersebut sudahpun tampil untuk memohon maaf. Bagi aku, jadikan ini sebagai pengajaran bukan saja untuk dia tapi juga untuk kita semua. Ok, tutup cerita pasal ni, sebab hal ni bukan hal utama yang aku nak ceritakan di sini. Tapi, mengenai harga lesen kereta dan motor dinaikkan.

Bagi mereka yang sudah memiliki kedua dua lesen tersebut termasuk aku, mungkin ianya bukanlah satu isu yang besar sebab masing2 dah lepas, dah ada lesen. Tapi, bagaimana dengan adik adik kita? Generasi bawahan kita? Sungguh, aku sendiri khuatir untuk memikirkan apa natijah yang akan berlaku selepas ni akibat kenaikan harga lesen kereta dan motor ni, harapnya yang baikbaik sajalah. Amin.

Oh, berbalik kepada isu atas tadi, yang mana adakah ianya kebetulan ataupun masa yang tepat untuk diumumkan tu, aku sendiri takdapat nak jawab, boleh jadi kebetulan sebab nilai RM2K ada disebut di dalam video viral yang aku sebutkan tadi, atau boleh jadi sekarang masa yang tetap untuk kerajaan umumkan mengenai kenaikan harga lesen ini. Terlalu banyak kebarangkalian yang ada, dan yang sebenar benar yang tahu, hanyalah Dia yang satu, Allah. 

Malas nak ulas dengan lebih lanjut, dekat sini aku nak share tentang maklumat yang aku dapat dan baca di blog, sebagai perkongsian bersama. Semoga ianya memberi manfaat buat semua, insyaAllah amin. 

Harga Baru Lesen Kereta Kelas D


Harga Baru Lesen Motor Kelas B2
Untuk pembacaan yang lebih lanjut, boleh terus pergi ke SINI

Credit gambar -----> sini

Kepada generasi akan datang, bertabahlah anda. Allah ada bersama dengan kita. :) Sekian.

UPDATE !!!

Dikhabarkan bahawa kenaikan harga lesen kereta dan motor yang dijadualkan berkuatkuasa 1 Ogos depan ditangguhkan oleh pihak JPJ. Makluman diperolehi dari laman Twitter Menteri Pengangkutan Malaysia. Pihak JPJ memaklumkan akan menjalankan kajian terlebih dahulu mengenai KPP yang baru sebelum memulakannya. Ini bermakna buat masa sekarang, harga untuk mendapatkan lesen motor dan kereta masih di tahap yang sama. Alhamdulillah. Berita baik buat masa ini. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jumaat, 20 Julai 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. :)


Alhamdulillah, seperti yang kita tahu , rakyat Malaysia akan mula berpuasa pada hari Sabtu, 21 Julai 2012. Maknanya, esok adalah hari terakhir kita untuk breakfast dan lunch dengan aman tanpa ganguan dari mana mana pejabat agama. Haha. Sebelum tu, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak aku ucapkan kepada semua. Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari yang sebelumnya. Mungkin ini akan jadi Ramadhan yang terakhir kita. Manalah tahu kan. Andai kata tak panjang umur, tak sempat nak jumpa Ramadhan akan datang. Wallahualam. 

Bulan Ramadhan, bulan yang mulia.. Aku harap dengan kedatangan bulan ni, aku mampu dan masih boleh membuat lebih banyak ibadah. InsyaAllah. Semoga kita sama-sama dapat mengimarahkan bulan yang baik ini. :) Kawan-kawan semua, jangan lupa BERPUASA PENUH ye, terutamanya bagi kaum lelaki. Hehe. Kaum wanita takpe, ada alasan lagi untuk tidak berpuasa. Hihi. 

Oklah semua, sempat update yang ni saja. Sekarang tengah sibuk nak study ni. Minggu depan ada test yang menunggu. Hoho.. Babaiiii.. :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM