Jumaat, 25 Julai 2014

Iftar @ Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas

Assalamualaikum selamat petang


Salam Jumaat. Salam 27 Ramadhan. 

Harini aku nak berkongsi dan bercerita sedikit tentang kali pertama aku iftar di luar setelah hampir 2 minggu puasa bermula. Sekarang dah minggu ke 4 berpuasa, maknanya cerita ni dah berlaku lebih kurang 2 minggu lepas lah lebih kurang, haha. Saja nak berkongsi juga di sini, mana tau kalau ada yang nak survey untuk Ramadhan tahun depan kan, hihi. 

Ok, ini sebenarnya boleh dikatakan sebagai "unplanned iftar" sebabnya masa diajak turut serta, ingatkan mulanya ajakan yang biasa saja. Alih2 pagi nak ke tengahari, mereka tanya nak join tak. Dah alang2 lama tak jumpa semua kan, aku decide untuk join lah, memang agak rushing untuk bersiap dah pergi kan sebab lewat petang baru confirm tempat, haha. 

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan perjalanan aku ke sana. Sebenarnya car pool ke Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas ni sebab aku taktau tempat kat mana, jadinya aku pergi CasaPrima ( rumah PRP), lepastu gerak satu kereta, hihi. Masa sampai pun dah dekat pukul 7 dalam hati mesti dah ramai orang, tapi bila masuk tengok kami paling awal. Seronok amat kau sebab dapat pilih makanan, yey!

Banyakkkk sangat menu yang disediakan di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas. Alhamdulillah aku rasa sangat sangat berbaloi sebab dapat rasa hampir kesemua makanan yang disediakan. Haha. Makanan disediakan secara buffet, dan bayaran yang dikenakan adalah RM45/seorang. Berbaloi sangat rasa bayar RM45 ni sebab dapat makan dan solat dengan baik dekat sini. Thumbs up Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas ! InsyaAllah jika berpeluang di lain hari nak bawak mak abah makan di sini. :)

Menu utama yang ramai sangat ingin cuba ialah nasi mandy dan kambing golek. Sedap Ya Allah, memang terangkat angkat rasanya. Aku tak makan sangat cuma cuit dari orang sebelah sebab dia ambik banyak, sharing lah kami berdua. Haha. Nah, nak belanja gambar satuuuu 


Kalau nak bagi bintang, aku memang bagi 5 bintang lah dekat Kompleks Tabung Haji. Memang everything superb and awesome. Dari segi servis, menu utama, menu sampingan serta pencuci mulut, semuanya sangatlah menggembirakan hati dan perut ku ini. Chef pun baik, sporting siap sembang dengan kami lagi. Dan yang paling pentingggg, fasiliti surau disediakan. Jadinya lepas dah melantak 1st round, pergi solat Maghrib dulu, lepastu baru go on dengan 2nd round, itupun kalau masih mampu lah kan. Haha. Itulah sebabnya dapat rasa hampir kesemua makanan di sana. Hoho.


Gambar yang atas ni bahagian kuih muih dan yang seangkatan dengannya. Sangat banyak jenis dan pelbagai pilihan. Kek pun ada belah hujung sana dengan buahan tempatan seperti tembikai. 


Tudiaaa, nampak dak meja ni? Inilah meja kami untuk 1st round. Itupun dah penuh sesangat. Hah, lupa pulak nak cerita pasal lauk pauk dia kan. Serius cakap, memang superb ! Masih teringat lagi ayam masak rendang, udang galah segar, daging masak kicap (takpasti masak apa, takingat), sayur kangkung, dan ada 2,3 jenis lauk lagi tapi aku tak boleh nak ingat pulak rasa. Haish, faktor umur mungkin :p


Banyak2 seksyen yang ada, seksyen ni aku  tak pergi. Tapi dapatlah rasa sikit sebab tablemates ambikkan. Haha. Sini macam lebih kepada tradisional Melayu punya masakan tak silap aku lah kan. Oh fyi, aku memang tak makan sambal belacan -,-

Aaaa, nak cerita apa lagi? Macam dah banyakkk ni. Ok, cakap banyak pun tak guna. If korang berkesempatan nanti, bolehlah pergi cuba makan di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas ni. Kompleks ni bangunan TH Hotel tau. Kalau nak pergi, boleh set GPS guna Papago, Sygic, Waze dan lainlain search saja "Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas". InsyaAllah, akan selamat sampai. 

Terimakasih buat Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas untuk servis yang terbaik ! Jumpa lagi nanti . . .

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM