Jumaat, 18 Julai 2014

Tragedi MH17

Assalamualaikum selamat pagi


Allahuakbar !!! 

Sungguh, Malaysia sedang diuji oleh Allah.

Sekali lagi Malaysia dikejutkan dengan satu berita yang menyayat hati seluruh rakyat Malaysia, iaitu penerbangan Malaysia Boeing 777, flight MH17 telah ditembak jatuh di sempadan Rusia, dikhabarkan awal pagi tadi.

Tersentak hati aku tatkala dapat berita di laman sosial, Twitter. Pada mulanya sungguh aku rasa tak percaya, terus on televisyen saluran Astro Awani untuk mendapatkan maklumat yang sahih. Masa tu, memang sudah disahkan bahawa penerbangan Malaysia MH17 telah terhempas dan kesemua penumpang dan anak kapal terkorban. :(

Malaysia kini sekali lagi diduga selang 4 bulan selepas tragedi kehilangan MH370 pada 8 Mac 2014 yang lalu. Belum pun selesai isu itu, sekarang kita dikejutkan lagi dengan berita yang satu ini. Sungguh, aku rasa macam mimpi, tak percaya dengan berita yang aku dengar dan lihat di Awani.


Pesawat MH17 yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Amsterdam membawa muatan sebanyak 280 penumpang dan 15 anak kapal yang terdiri daripada juruterbang, pembantu juruterbang, ketua pramugara, pramugara, dan pramugari MAS Airlines. Dikhabarkan, 20 daripada jumlah yang terkorban adalah rakyat Malaysia dan rakyat Belanda adalah antara paling ramai penumpang di dalam pesawat itu. 

Pesawat Malaysia MH17 dikatakan berada di laluan yang selamat, dan tiada sekatan udara yang dilakukan sepanjang laluan penerbangan untuk ke Kuala Lumpur. Dilaporkan, lebih kurang pukul 10.15 malam, MAS telah terputus hubungan dengan MH17, dan kemudiannya dimaklumkan bahawa pesawat tersebut telah ditembak jatuh di Sempadan Rusia-Ukraine. Kedua-dua negara menafikan tembakan itu adalah dari negara mereka.

Setakat pembacaan aku sehingga entry ini dipublishkan, dimaklumkan terdapat satu keluarga 5 orang ahli keluarga dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur untuk menyambut Aidilfitri, seorang pelajar jurusan psikologi dan seorang warga emas juga dalam perjalanan pulang untuk sambut Aidilfitri di sini. 

Allahu, berat sungguh rasanya dugaan buat para keluarga penumpang tahun ini. Keinginan untuk menyambut hari lebaran riang ria lenyap setelah berlakunya tragedi yang menyayat hati ini. 

Tipu aku cakap kalau sikit pun air mata aku tak menitis saat aku ikuti perkembangan tragedi MH17 ni. Tipu sangat. Aku turut bersedih dan menangis tatkala disahkan bahawa tiada yang terselamat dalam tragedi kalini. Paling buatkan aku bercurahan air mata lagi bila tengok gambar2 yang dikeluarkan di laman FB Astro Awani tadi. Ternampak mayat2 bergelimpangan di serata tempat. Sayuya rasa hati ni Ya Allah. 

Entah kenapa aku rasa kuat sangat kaitan kalini dengan tragedi yang berlaku. Rasa macam dekat sangat hati ini, sambil meronta ronta nak ikuti terus perkembangan tragedi ini. Ya Allah, sungguh aku tahu ini ketentuan Mu yang telah Kau tetapkan, aku mohon padaMu Ya Allah permudahkan segala urusan ini hingga ke akhirnya, amin.

Aku berharap dan berdoa sekiranya benar pesawat ini ditembak jatuh, aku mahu siasatan lanjut dijalankan dengan lebih terperinci dan pihak yang terlibat kena bertanggungjawab tak kira besar mana pun kuasa yang mereka ada. Mereka perlu bertanggungjawab di atas perkara yang berlaku ini, dan tindakan keras perlu diambil. Ya, aku tahu ini tidak akan mengembalikan nyawa penumpang yang telah pergi, namun sekurang kurangnya ahli keluarga mereka berlapang dada, dengan selesainya kes yang bagi aku besar isunya kerana melibatkan negara luar sama.

Sedikit perkongsian gambar dari aku yang aku peroleh dari FB Astro Awani --> SUMBER





Al-Fatihah, salam takziah dari aku buat seluruh ahli keluarga penumpang penerbangan Malaysia, MH17. Semoga Allah kuatkan hati untuk menerima qada dan qadar ini dan semoga Allah beri kekuatan sekuat-kuatnya buat mereka. Dari jauh, doa aku kirimkan buat mereka. Semoga roh mereka yang pergi dalam tragedi ini aman di sana. InsyaAllah, syurga lah tempat kalian semua. Al-Fatihah :'( 

--Sumber FB--

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM