Blogwalking...
Blogwalking...
Blogwalking...
Rasanya nak dekat hampir setahun lebih aku tak berblogwalking secara serius. Secara serius ni maksudnya aku akan cari link2 blog di mana mana saja yang ada, dah jika menarik aku akan follow. Tapi kalau tak menarik pun, kekadang aku follow ikut mood. Sebab boleh jadi yang tak menarik tu akan jadi menarik, yang menarik tu akan jadi tak menarik. Kan?
Jadinya, sekarang ni aku rasa dah tiba masanya buat aku start kembali aktiviti blogwalking aku ni seberapa banyak yang mungkin. Oh lupa pulak, bagi orang macam aku, berblogwalking secara serius ni maksudnya aku akan tinggalkan komen di entry ataupun tinggalkan jejak di chatbox. Itu cara aku lah sebab kategori blogwalking aku terbahagi kepada dua, secara serius dan sajasukasuka. Haha. Lain orang lain caranya, lain blogger, lain cara blogwalking, hihi.
Tetapi kenapa baru sekarang Alyaa?
Haha. Sebab makin lama aku makin bosan dengan dashboard blogger aku ni yang macam tak bergerak sangat. Kalau ikutkan memang dah banyak blog yang aku follow sebelum sebelum ni, cumanya mungkin sekarang ni ada yang tak aktif dah kan. Jadinya, dashboard blogger aku hanya naik nama blog yang sama saja, haha. Aku ni siap dah boleh agak dah blog ni hari hari update ataupun seminggu sekali update macam aku, hihi. Sebenarnya, ukanlah bosan apa, cumanya aku nakkan sesuatu yang baru, yang segar. Barulah rasa macam blogging namanya. :) Lagipun dalam hidup ni kan perlukan perubahan, kalau asyik di takuk lama saja, sampai bila nak berubah? Haha. Kan dah kena tazkirah petang ni.
Ok, jadinya pada mereka yang aku dah pun start follow dan blogwalking ke blog anda, sememangnya ada sangat bertuah sebab dapat kunjungan daripada orang malas blogwalking macam aku ni haha. Gurau jelah. Kalau rajin, silalah balas kunjungan. Tinggal jejak kat chatbox kata 'hai' pun dah ok. Tak paksa, cuma kata. :)
Rasanya cukup sampai sini dulu entry aku, niatnya nak taip pendek dan ringkas entry ni, sekali dapat taip kat keyboard, berjela jela aku taip. Haha. Terimakasih sudi baca, kalau ada yang kurang, janganlah cerca. Selamat berbuka puasa! ;)
3 ulasan:
Salam Alyaa... terima kasih b/w di blog saya... ya.. blog saya tidak menarik kerana saya hanya menulis tentang anak-anak saya saja.
@Sweetie
waalaikumsalam kak :) no worries, saya suka baca blog akk mengenai anak2 akak. somehow, give me view of other's life. :)
Baru berjinak2..tengah amik mood hehe
Catat Ulasan