Khamis, 19 April 2012

5 tahun.. 5 tahun...


5 tahun...

5 tahun.. 

5 tahun...


5 tahun itu bukan satu jangka masa yang pendek. Dalam 5 tahun, pelbagai perkara berlaku. Pelbagai benda boleh berubah. Orang gemuk boleh jadi kurus, orang yang baru berkahwin dah beranak pinak, orang yang baru start ijazah pun akan habis ijazah dah dalam tempoh 5 tahun ni. 5 tahun, rasanya masa yang cukup panjang bagi aku untuk mengubati hati yang lara ini. Tempoh 5 tahun juga aku mula mengenali dunia yang sebenar ni. Dunia yang penuh dengan cabaran dan pancaroba. Mungkin tempoh 5 tahun untuk engkau itu sekejap. Tappp.. Dalam sekelip mata engkau boleh lupakan apa yang berlaku. Itu mungkin engkau, tapi tidak aku. Kejadian yang berlaku 5 tahun lalu cukup memberi pengajaran kepada aku dan membuatkan aku untuk lebih berhatihati dalam mengenal apa itu LELAKI. Ya, dengar macam kolot, tapi itulah kenyataannya. Aku semakin kuat untuk menghadapi hidup ini selepas peristiwa 5 tahun lepas. Hati yang pernah dilukai ini tak akan mungkin akan terbuka untuk manamana insan yang bergelar lelaki buat masa ini. Aku tutup pintu hatiku ini sekuat yang mungkin dan kuncinya aku lempar jauhjauh. Kerana aku tahu saat pintu hati ini terbuka, itu bermakna seseorang itu telah berjaya menjumpai kunci yang telah lama aku buang. 

Waktu yang ada dalam tempoh 5 tahun itu, aku cuba bangkitkan diri, bina semula semangat untuk teruskan hidup, mencari semula sisasisa kenangan yang tinggal pada aku. Aku bersyukur masih ada juga kaumkaum Adam di luar sana yang masih baik hati dan mahu berkawan dengan aku. Ya, berkawan. Bagi aku, cukup hanya untuk menjalinkan persahabatan kerana persahabatan itu lebih manis jalannnya buat masa ini. Dalam 5 tahun ini, rasanya sudah cukup banyak lelaki yang aku berkawan dan bermacammacam ragam yang aku temui. Tapi, semua itu tak mungkin akan melembutkan hati aku yang sudah cukup keras seperti batu ini. Semuanya hanya kerana peristiwa yang lepas. Bukan aku ingin menyimpan dendam, cuma luka yang terpahat itu cukup susah nak diubati. Rasanya tiada lagi ubat yang mampu untuk mengubati luka di hati ini. Aku juga tahu tak baik untuk aku berdendam kerana ianya sangat tak digalakkan dalam agama. Aku tahu semua itu. Sebab itu, aku cuba melupakan apa yang perlu aku lupakan. Sedaya upaya aku lupakan dalam tempoh 5 tahun ini.




5 tahun, dalam 5 tahun ini aku telah mengambil keputusan untuk berada jauh dari sini. Jauh dari tempat asal aku. Tempat asal yang banyak menyimpan seribu satu kenangan untuk aku. Mana mungkin aku nak lupakan tempat di mana aku dibesarkan, tapi bagi aku.. Aku perlukan ruang dan waktu untuk bersendirian. Waktu untuk diri ini memikirkan apa yang terbaik pada masa depan. Alhamdulillah, dalam tempoh 5 tahun ini aku berjaya membuatkan kehidupan aku menjadi makin cerah secerah lampu di dinding. Aku panjatkan kesyukuran yang tak terhingga kerana Allah masih menyayangi aku dan masih mengizinkan aku untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Dan 5 tahun ini juga aku bagi ruang pada diri aku untuk mendekatkan diri padaNya kerana sesungguhnya hanya Dia lah yang mampu menenangkan hati ini. Setenang tenang air di lautan aku rasa bila diriku dekat padaNya. Aku yakin semua ini telah pun ditetapkan oleh Nya untuk aku. Aku bersyukur kerana tanpa peristiwa 5 tahun lepas, mungkin aku tak akan mampu mejadi diri aku sekarang ini. Terima kasih Ya Allah.

5 tahun, bila cukup 5 tahun, aku ditakdirkan sekali lagi untuk ditempatkan di tempat asal aku. Tempat asal yang mempunyai beribu memori samada yang manis ataupun yang pahit. Pada mulanya aku sendiri sukar untuk membuat keputusan untuk menerima tawaran itu. Makin lama aku makin sedar. Sampai bila harus aku melarikan diri dari semua ini. Dan dengan penuh tekad aku kembali ke tempat asal aku ini. Tempat dimana aku dibesarkan. Tempat dimana aku belajar ABC, alif ba ta. Semuanya boleh dikatakan di sini. Ya, macam yang aku katakan sebelum ni, 5 tahun bukan jangka masa yang pendek. 5 tahun lalu, aku tinggalkan tempat asal ku ini, masih penuh dengan hutan dan pokokpokok. Tapi, kini bila aku pulang semula, semuanya sudahh berubah. Bangunan bangunan tinggi di kiri kanan. Jalan telah ditar, tiada lagi tanah merah seperti dulu. Ohh, rupanya banyak lagi yang dah berubah. Sungguh aku tak duga dengan perubahan yang berlaku ini.




Begitu juga dengan engkau. Besar sungguh perubahan yang aku lihat pada engkau tatkala kita berjumpa kembali pada pertama kali setelah hampir 5 tahun berlalu. SubhanaAllah, memang tidak disangka yang kita akan bersua lagi. Pertemuan yang tidak disengajakan di stesen minyak sedikit sebanyak telah membawa aku kepada memori lama. Memori yang engkau tinggalkan pada aku. Lepas pertemuan yang tidak disangka itu, aku tahu engkau masih tercaricari aku kerana ingin menyatakan rasa bersalahmu atas apa yang berlaku 5 tahun lalu. Mungkin aku hanya perasan, tapi hampir setiap kali aku ingin mengisi minyak di stesen minyak yang sama, engkau munculkan diri di situ walhal aku tahu engkau tidak bekerja di situ. Sampai saat ini, aku masih tidak menyangka yang aku akan kembali bertemu dengan engkau. Sungguh, aku seringkali berdoa agar aku tak bertemu dengan engkau di tempat ini lagi. Tapi, Allah itu Maha Besar dan Maha Mengetahui. Dia temukan kita kembali mungkin ada sebab yang tersendiri. Sebab yang hanya Dia saja yang tahu.

Sampai ketika ini, kita masih belum punya waktu untuk bersua muka. Bukan tidak punya waktu, cuma aku sengaja mengelak daripada bertemu dengan engkau kerana tidak mahu peristiwa 5 tahun lalu menghantui diri ini kembali.. Sesungguhnya, 5 tahun yang sudah cukup perit untuk aku........

Hasil nukilan,
AlyaaIBH.  

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM