Jumaat, 27 April 2012

...Nukilan Biasa...

Facebook share. 
Ya, ilmu bukan pada pointer, tapi zaman sekarang ni dengan pointerlah yang menentukan tahap keilmuan kita. Sama ada kita mampu kecapi kesemua ilmu ataupun tidak. Dengan pointer jugak lah menentukan sama ada kita mampu atau tak meneruskan pengajian dalam bidang yang diminati. Semuanya memerlukan POINTER~ Mungkin buat sesetengah orang dia tak kisah dengan resultnya janji dapat teruskan pengajian dengan jayanya, tapi bagi yang lain pulak, sukar untuk menerima segala keputusan yang telah ditetapkan. Dan ya, mungkin aku salah seorang yang xmampu nak menerima segala keputusan itu. Perit, perit sangat. Diam tidak berkata bila mellihatkan result aku. Aku takpernah terbayang yang aku akan dapat seteruk begini. Seteruk yang takdapat nak bayangkan. Tapi aku tahu, ada lagi yang lebih teruk dari aku. Cuma, aku perlukan masa. Perlukan masa untuk pulih dari semua ini. Pulih dari ingatan yang menghantui aku. 

Gagal sekali tak bermakna gagal selama2nya. Ya, katakata semangat yang sering kawan aku bagi bila aku down macam ni. Tapi, dulu mungkin aku boleh terima. Tapi kali ni? Entahlah, dua kali gagal bukan satu benda yang senang nak terima.Susah sangat. Dua kali aku kecewa. Dua kali aku merana. Semester lepas merana gembira, semester ini merana duka. Susah untuk gambarkan.

Nukilan yang ditaip secara spontan ni sedikit sebanyak dah meringankan otak yang semakin lemah ni. Semoga aku terus kuat dan kuat dan kuat. Terima kasih kawankawan kerana banyak menyokong aku bila time aku down macam ni. :'(

Jumpa lagi.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM