Selasa, 10 April 2012

Lama tak dapat BE. Sedih atau Cool? Jom Baca dulu. :)

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Kenapa selamat pagi? Sila tengok jam di dinding mahupun di laptop ye. Sekarang dah hampir pukul 1 pagi. Haha. So, kira pagi lah kan? Hihi. Err.. lama kan Alyaa tak buat entry tentang Nuffnang dan adik beradiknyaa Churp2. Arghh.. Sebenarnya Alyaa merajuk sikit nih dengan diorang. Nak tahu kenapa? Dah lama tak dapat BE. Sedih. :'( Eh? Ada yang taktau BE tu apa? Okeh, kalau sapa2 yang blogger tegar setegar2nya, mesti akan tahu. Tapi, kalau yang masih baru2 ni, mungkin tak tahu sangat kan. BE ni hape? Entahlah, Alyaa nak describe sangat pun tak tau. *ceh, ingatkan terer sangat.haha* Untuk para blogger yang macam Alyaa ni, ramai yang menafsirkan BE ni sebagai rezeki la. Dengan BE ni, kita punya earning dekat Nuffnang akan bertambah banyak dan bila sampai limitnya, kita boleh cashout kan nya. Haha.. Setakat ni, itu jelah yang Alyaa faham setakat ni. BE ni dalam nama panjang nya Buffered Earning. BE ni, lama2 akan jadi ME. Kalau dah jadi ME ni, maknanya dah takda income la untuk blog kita. Muehehe.

#google cari#
Oh, dahdah la Alyaa cerita pasal tu. Cerita lah banyak mana pun, kalau dah takdak rezeki, memang takdapatlah BE tu. Haha. Takpelah, nak buat macam mana kan. Well, Alyaa berblog ni pun bukannya nak cari income sangat. Just saja2 dan isi masa2 yang terluang. Sesekali tu, bolehlah share2 maklumat yang Alyaa tahu, pasal artis2 ka, pasal personal life Alyaa ka. Hasrat dulu nak tulis diari, tapi disebabkan tangan ni malas nak menulis semalas mana nak menaip, so terhasillah blog ni. Itupun pada awalnya mana aktif sangat. Buat bodoh2 macam tu ja. Haha. Eh, tapi diari pun ada juga. Cuma masa sekolah menengah ja, tambah2 masa form 3. Al-maklumlah masa tu duduk kat negeri orang, so excited nak ceritakan kenangan2 waktu tu. Hihi. *kelakar pulak bila baca balik. hihi.*


#google cari#
Apapun, Alyaa harap janganlah ada blogger2 yang give up awal-awal semata-mata jeles tengok blogger lain update pasal Nuffnang, Churp2, Heartbeat dan apa lagi yang boleh bagi income sebagai blogger. Ingat, rezeki setiap orang ni lain2. Alyaa pun cuba menerima hakikat yang rezeki Alyaa memang tak berapa nak murah untuk blogging ni sebab takpernah lag cashout. Tapi, ini tak menghalang Alyaa untuk teruskan menaip entry. So, fikir2kan dan selamat beramal ! :)

Btw, back to main point why we create this blog? If from early you set to have income from blogging, so you need to put your hard work more to it. In a simple way, be full time blogger. :)

#google cari#
p/s: Entry macam dah lari tajuk. Err. Apa2pun, takdapat BE, kena relax dan cool ja. Belum masanya lagi. :O

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM