Tuesday, October 27, 2015

Setelah sebulan menghilang ;)

Assalamualaikum selamat tengahariiii duhai blog tercinta,


Ohhhhh lamanyaaa rasa tak menaip dekat sini, dah hampir sebulan sejak dari entry terakhir daripada aku hahaha, Maaf sesangat terlalu sibuk dengan kehidupan dekat sini sebagai seorang pelajar yang berdedikasi lagi karisma gittew, ok tipu haha. 

Alhamdulillah, dalam kesibukan yang terkata ni, aku masih sihat, syukur Allah berikan kesihatan yang baik sampai ke harini walaupun dengan keadaan jerebu yang agak teruk. Bercakap mengenai jerebu, macam mana jerebu dekat tempat korang? Oh tempat aku makin pulih alhamdulilllah harapnya terus pulih tak payah datang lagi okey kesian kami kat sini nak pergi kelas semua. Haha. Paling teruk dalam minggu lepas tak silap aku sebab jerebu disertai dengan warna kuning udara. IPU masa tu memang tinggi seriau benar rasa masa tu risau makin teruk lagi huhu.

Gambar FB dari ehsan Ihsan :)

Ok dah cerita pasal jerebu. Meh nak cerita pasal aku haha pasal kehidupan lah sebenarnya, kenapa aku macam nampak sibuk sangat kan sampai tak menyempat nyempat nak update blog. Haha. Well incase kalau korang nak tahu, banyaakkk sebenarnya aktivit yang kita boleh buat bila kita tak da internet ni (cliche answer of course :P) Sebab yang paling utama sekali kenapa aku tak update blog adalah kerna masalah internet di rumah aku. Aku pun taktahu kenapa mifi umobile aku taknak berikan kerjasama yang baik dari 3 minggu lepas lagi. Kiranya aku banyak bergantung kepada mobile data dan semestinya kena berjimat bila pakai mobile data ni hehe, Aku lebih banyak fokus ke whatsapp dengan twitter oh instagram sama (bukan selalu habis data nanti haha).

Dan sebab yang kedua (cliche juga okeyy yang ni) aku sangatlah dan teramatlah sibuk dengan kelas yang jadual nya terlalu padat sampai tak terkata dan juga diselaputi dengan test, quiz dan assignment hampir setiap minggu. Hah, sekarang bagitau aku dekat celah mana aku nak ada masa buat entry haha sampai kekadang hujung minggu pun tak rasa macam hujung minggu kekeke. Lumrah lah kalau dah jadi pelajar pamasi ni hah. Kalau perasan previous entry aku pasal semester baru kan, hah masa tu masih heaven lagi kelas start petang, assignment tak banyak so bolehlah goyang goyang kaki banyak sekarang ni semua kelas pakat nak start 0830 pagi dan kekadang tu drag sampai 1030 malam sebab nak buat replacement class alahai.

Seronok betul tengok experiment yang kita buat berjaya haha
Lab microbiology, lebih prihatin sikit gais haha

Ok sekarang nak cerita apa lagi? Hahaha. Lama sangat tak update terus rasa blurrr. Oh ya teringat nak cerita pasal program Pharmafiesta 2015 anjuran Biro Kebudayaan SOPHYS. Sebab kawan baik aku adalah sebahagian daripada team yang handle program ni, jadi aku selaku kawan baik kenalah turun memberikan sokongan, tak gittew haha :P Alhamdulillah program berjalan dengan lancar walaupun terpaksa ditambah masa hingga tengah malam dek kerana ada masalah teknikal. Tahniah semua AJK PharmaFiesta. Mohon tahun depan buat lagi hehe.


Ada banyak benda lagi sebenarnya nak cerita dekat sini tapi macam dah kesuntukan masa sebab kejap lagi aku ada kelas ni haha. Ini pun curi curi masa kejap datang update blog kat makmal komputer sebab dah rindu sangat nak blog hahaha gigih kan seorang Alyaa biasalah tu :P Nanti ada masa lagi insha Allah aku akan update lagi okey sebab nak kongsi cerita pasal konvokesyen kakak aku (ya konvokesyen aku pun tak cerita lagi kan?) Haha. Takpa slow slow step by step aku cerita okey nanti boleh lah aku mengimbau kenangan sikit sambil taip. Rindunya nak konvo :')

Okey macam biasalah nah belanja satu selfie sebagai penutup enty bagi mereka yang rindu aku hahaha walaupun takda like i care kan (oopss) Byeee semua doakan aku dipermudahkan segala urusan dekat sini dan dapat bercuti dengan tenangnya nanti amin :)

Selfie dengan adik manja kesayangan saya :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

1 comments:

Sweetie said...

As/kum Alya.. mcm mana study... moga semuanya ok...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA