Sabtu, 23 Januari 2016

3 bulan menghilang !

Assalamualaikum selamat pagi,


Alhamdulillah akhirnyaaaa dapat juga aku menaip kembali dekat blog ni setelah sekian lama aku hanya mampu melihat dari jauh saja sebab terlalu sibuk tak mampu nak teruskan niat nak menaip dekat sini sobs. Jadi kenapa harini aku mampu menaip? Sebabnyaaa aku dah mula bercuti semester yey akhirnyaaa penat tau tunggu nak sampai cuti semester kalini haha. Mungkin sebab sibuk sangat sampai dah tak sabar sabar nak habiskan huu. 

Bila tengok balik entry lepas like wow macam tak percaya dah 3 bulan lebih aku hiraukan blog kesayangan aku ni. Haha. Followers pun dah ke laut dah, viewers tak payah ceritalah kan, takpalah yang penting niat aku nak teruskan blogging tu masih ada. Niat nak kongsi cerita dan pengalaman dengan orang :) Mana tau kita dapat bantu orang daripada pengalaman kita tu tak begitu hahaha lantaklah benda benda lain tu. 

InshaAllah, cuti semester ni aku ingat nak banyakkan tulisan di blog nak mengimbau kenangan gittew orang kata haha harapnya ada lah masanya kan. Aku bukannya malas sebenarnya tapi bila nak update pakai laptop tu leceh sikit biasalah laptop dah lama, asyik nak kena pakai power supply ja haha. Lagi pula aku bercadang nak cari kerja parttime untuk cuti kalini tapi masih dalam pencarian hehe inshaAllah kalau ada rezeki nak kerja, aku kerja lah kalau tak aku melangut sajalah dekat rumah sampai habis cuti sem hihi.

Disebabkan tiga bulan aku menghilang jugaklah, aku takdapat nak balas atau reply komen2 yang dtinggalkan dekat blog ni sejak kali terakhir aku taip previous entry. Jadi sejuta kemaafan aku mohon sebab bukan sengaja taknak reply tapi memang betulbetul sibuk dengan urusan belajar sebelum ni. Sampai ada yang email ke aku juga aku tak sempat reply. Nanti aku reply semua okey. Maaf sesangat. Hehe

Okey, nak cerita apa lagi ni? Hahaha kelu lidah mahu berbicara, kaku tangan untuk menaip sebab rasa macam lama sangat tak mengarang kat sini. Fokus study katanyaa gitteww. Oh btw, cuti sem kalini adalah cuti sem rehat bagi aku sebab aku tak join mana2 program untuk cuti sem kalini berbanding cuti cuti sem lepas. Ingatkan nak join PMDS tapi rasa semangat tu tak sampai lagi nak apply haha entahlah bila nak apply aku pun taktahuuu hehe. Hmm. Daripada aku merepek lagi panjang, baiklah aku sudahi entry harini dekat sini je dulu, nanti aku update lain dengan cerita yang lain okeyy, banyak lagi benda tak tercerita kat sini hiks. Bye.



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM