Saturday, June 8, 2013

Seminggu berPRAKTIKAL di Hospital Seberang Jaya

Assalamulaikum, selamat malam.

Apa khabar semuaaaa ?? Rindu aku takk? Baik mengaku kata rindu. Haha. Ok, tetiba rasa kekok pulak nak menaip kat sini. Almaklumlah, dah lama tak menaip panjang panjang ni. Aceh, padahal baru seminggu tak menaip. Kahkah.

Ok, mula2 sekali, alhamdulillah, aku telah pun selamat menjadi sebahagian daripada 'staff' Hospital Seberang Jaya pada 3 Jun 2013 yang lepas. Dan harini hari Sabtu, jadi aku tak kerja dan boleh rehat. Nikmat baq hang ! Haha.

So, apa pengalaman aku sepanjang di Jabatan Farmasi Hospital Seberang Jaya ? Untuk seminggu ni, boleh dikatakan agak banyak juga pengalaman yang aku dapat. Itu baru seminggu, belum sebulan dan setahun lagi. Haha. Sabaq je lah awak eh. Haha. Untuk memudahkan pembacaan, moh la kita baca dari hari ke hari. Actually, aku memang nak menaip masa hari pertama aku masuk praktikal haritu, tapi disebabkan letih amat tersangat, makanya aku tangguhkan dulu, dan cerita sekaligus dalam satu entry ni. Senang. *pemalas*

Hari Pertama :

Hari pertama masuk HSJ, memang rasa awkward teramat sangat sangat. Sumpah tak tipu. Dengan pakai baju uniform praktikal nya lagi, nak pergi cari pintu masuk nya lagi. Haha. Memasing orang yang dalam hospital tu, tengok ja kami sebab jalan satu group kan, baju semua sama pulak tu. Muehehe. Tapi, ada aku kisah? Redah ja masuk kat farmasi tu. Bukannya pi redah sorang2. Jadi, nak dipendekkan ceritanya, Local Preceptor (LP) kami takdak haritu mungkin atas sebab salah komunikasi macam mana tah aku pun malas nak ambik port. Katanya madam kami a.k.a lecturer tak maklumkan yang kami akan masuk haritu. Maka, menadah telingalah kami hari berikutnya. 

Disebabkan itu, kami 1 group berpecah dan diletakkan di lain lain unit buat sementara waktu sementara menunggu hari orientasi hari berikutnya. Agak nasib tak baik utk aku, sebab kena attach sorang2 masa hari pertama tu. Yang lain semua kena pasang-pasangan. Redha jelah. Kat mana aku kena? Dekat Unit Farmaseutikal dan Pengeluaran ataupun lebih dikenali sebagai Galenikal. Perghhh, mulamula masuk sini ingatkan kena observe saja, rupa2nya dah kena buat kerja bagai. Penat tu takpayah kata lah tetambah kita ni traineer baru pulak. Haha. Tapi, apa2pun, ianya satu pengalaman yang baru buat aku dan aku sangatlah seronok kat sana walaupun sehari je sebab staff2 dalam tu sangatlah teramat peramah. Dekat jabatan ni buat apa? Haish, macam tak thrill cerita awal2. Nanti bila aku dah kena attach betul2 aku cerita details, okay?

Tempat kerja untuk external preparation

Prepacking, masuk ubat, buat ubat semua dekat area ni. 
Attach dekat sini lepas kurang kena attach dekat OPD. Sakit kaki takpayah cerita. Balik balik rumah rasa macam nak cari tukang urut saja. Haha

Buat prepacking sodium dihydrogen phosphate. 
Tempat menimbang 

Buat prepacking cream

Hydrocortisone cream

Lap peluh. Haha. Banyak juga buat

Department ni kena pakai selipar, takboleh pakai kasut dalam ni

PPE penting dalam kawasan galenikal ni.

Okay, sudah cerita pasal Galenikal Department ni. Nanti aku dah attach di sana, bolehlah baca selanjutnya.

p/s: Satu ja taksuka duk sini, ppf suka tanya banyak. Haha

Hari Kedua :

Hari ni kami hanya ada orientasi. Dengaq taklimat dari semua department yang ada dalam hospital. Dari OPD [Outpatient Department], IPD[WardSupply], TDM[Therapeutic Drug Monitoring], TPN[Total Parentaral Nutrition], CDR[Lupa nama penuh. Haha] . Kami dibawa pusing setiap department yang ada. Emm, taksemua jugaklah tapi adalah buat lawatan tu. Haha

Kami juga diperkenalkan dekat semua orang yang kami jumpa. Rasa macam femes sekejap. Kahkah. Alhamdulillah, hari kedua ni rasa tak teruk sangatlah. Kami juga jumpa dengan preceptor kami, Madam VJ. Kena bagi warning siap siap suruh buat elok2 praktikal ni. Masa ni rasa macam takmau masuk praktikal dah. Seram waa cakap lu. Dalam hati berbisik, "Kenapalah aku masuk bidang ni. Hmm.". Serius rasa nak lari diri dari bidang ni lepas lalui hari orientasi. Haha

Hari Ketiga, Keempat, Kelima :

Masa ni jadual dah keluar dan aku kena attach di OPD. Di OPD ni, macam aku kata lah, hati kena kental, kaki kena kuat. Kalau rasa2 tak kuat, mohon jangan masuk farmasi. Haha. Masuk department ni juga, otak kena kuat, dan pantas sebab nak ingat kedudukan ubat ubat dengan pantas dan cepat. InsyaAllah, aku akan ditempatkan di sini selama sebulan. Ok, aku taknak cerita pepanjang dalam entry ni sebab entry ni pun dah panjang sangat kan. So, tunggu esok. Aku akan cerita dengan lebih details dan emosi. Haha. *Aku tau aku hutang 1 entry pasal semester 4 aku kan* Nanti aku buat lah ya. Buat auto publish lah kut. Hehe

So, sampai sini dululah aku cerita ya. Maaf kalau rasa annoying dengan entry aku lepas2 ni sebab semuanya akan berkisar tentang praktikal dan hidup aku saja. Haha. Selamat malammmm ~





Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

1 comments:

qhalida amat said...

assalam, good luck untuk praktikal k, between, memang pakai selipar ke kat manufac, heavennye, kami kene pakai kasut phua chu kang hah, kuning gila. tapi galenikal sangat seronok sebab ppf dye banyak bagi ilmu, even penat kadang2, but hati diorang baik. n kat opd tu, selamat berjuang la. memang penat gila kan. lama2 nanti hafal la semua kedudukan ubat tu, silap hari bulan, pejam mata pun boleh amek. keh3. jaga kasehiatan and be humble k!, kita da lepass da!, weee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA