Saturday, May 12, 2012

Shah Alam, here I come ! :)


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Entry ini adalah auto publish. Mungkin masa korang baca entry ini, aku sudah pun dalam perjalanan pergi ke Shah Alam. Hah, korang ingat tak before this aku ada cakap yang aku sibuk packing2 barang kan? Tak ingat? Meh tengok SINI. So, jadinya aku nak bagitaulah yang aku akan ke Shah Alam untuk 2-3 hari. InsyaAllah, aku pun taksure lagi bila mak abah decide nak balik Penang semula.

Buat apa di Shah Alam? Well, aku tak kan sampai sana kalau tak ada apa2 majlis dan sebagainya. Sebenarnya, abang aku, Afiq akan konvokesyen hari Ahad ni, 13 Mei 2012 bertempat di UiTM Shah Alam dalam Diploma Kejuruteraan Kimia. Alhamdulillah, berkat kesabaran dia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia peringkat diploma ini berbaloi apabila dia dapat convo dengan jayanya. Sekarang ni pun, dia dah pun menyambung pelajarannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia [Kimia dan Proses] di UiTM Shah Alam. Rasanya aku pernah ceritakan tentang keputusan drastik yang diambil abang aku untuk keluar dari matrikulasi Perlis dan masuk second intake uitm dalam entry SINI. Silalah baca entry sana if kelapangan especially untuk student2 lepasan SPM tu. 

Oklah, rasanya sampai sini dulu. Mungkin aku akan offline untuk beberapa hari. Kalau ada update dari aku pun, mungkin aku hanya dapat update melalui Bloggeroid. Guna bloggeroid ni susah sikit nak balas comment dan sebagainya. So, mintak maaf awal2 kalau aku takdapat nak blogwalking kat blog korang dalam masa terdekat ni. Jangan risau, tinggalkan comment dan jejak di shoutbox, insyaAllah aku akan balas balik kesemuanya. :)

Warna hijau untuk Konvokesyen abang. :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

5 comments:

hidayah said...

happy holiday..

jangan lupa update cerita pasal shah alam nanti tau..!

:)

Hafizi Samat said...

bw sini. salam kenal. jangan lupa follow k . i done follow u
http://ucapanuntukbulan.blogspot.com/2012/05/segmen-50-blogger-in-blogwalking-list.html

Yasmin Aris ♥ said...

cepat2 balik taw :D

AlyaaIBH said...

@hidayah

hihi. takpergi holiday pun. pergi convo abang. apa2pun, thanks. :)

insyaAllah, akan update nanti. :)

AlyaaIBH said...

@Yasmin Aris ♥

hihi. rindu saya lettew. haha. okey2, nnt dh balik saya inform. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA