Tuesday, May 15, 2012

Hari Ibu dan Hari Guru 2012

Assalamualaikum dan selamat malam.

Oklah, malam ni aku tibatiba terasa nak buat entry tentang Hari Ibu dan Hari Guru ni. Aku pun taktau kenapa. Haha. Ye2, aku tau Hari Ibu dah lepas dua hari yang lalu, tapi Hari Guru esok kan? So, aku gabung duadua acara ni dalam satu entry. Senang cerita. Haha. Okey, 13 Mei 2012 lepas adalah Hari Ibu, rasanya ramai yang dah tahu kan. Seperti biasa, kami adik beradik jarang sangat nak ambik tau pasal benda2 ni. Cuma bila dah sampai harinya baru serahkan hadiah. Simple saja. Jadi, nak dijadikan cerita, tahun ni punya Hari Ibu kami semua sambut di Shah Alam dan Kuala Lumpur dek kerana pada hari itu abang aku akan konvokesyen diploma. Dari Sabtu malam lagi bila emak aku dengaq tentang Hari Ibu tu, mak aku tanya adik aku nak bagi apa. Adik aku buat taktau ja sebab sebelum ni pun bukannya dia ambik tau sangat. Haha. Biasanya aku, kakak dengan abang ja gabung beli hadiah. Tahun2 sebelum ni biasanya bagi hadiah yang biasa2 ja, almaklumlah student lagi kan. Tapi, emak aku tak kisah pun. Terima seadanya. Lagipun bagi aku, kasih sayang bukannya ditunjukkan melalui nilai sesebuah barang yang kita beri. Betul tak? Haha. Kami 4 orang adik beradik sepakat nak beli bunga yang biasa2 saja. Alhamdulillah, emak suka + seronok dengan hadiah tu. Err, hadiah tu beli dekat konvo abang saja. Kebetulan banyak bunga yang dijual kan. Muehehe. Jadi, di kesempatan ini Selamat Hari Ibu aku ucapkan kepada emak aku. Semoga cepat sembuh dari sakit2 yang ada. Amin..

FizGraphic.com

Okey, seterusnya Hari Guru. Rasanya semua rakyat Malaysia ni tahu yang esok, 16 Mei 2012 adalah Hari Guru kan. Siapa taktau nampak sangat tak pernah masuk sekolah. Haha. Jadi, tak banyak yang aku boleh share pasal Hari Guru ni memandangkan aku pun dah tak sekolah kan. Tapi walaupun begitu, pensyarah2 aku juga adalah guru aku. Cuma yang beza word lecturer dengan guru saja. Namun, tujuannya sama iaitu mendidik. So, kepada pensyarah2 saya yang ada dari Semester 1 hinggalah ke Semester 6 nanti (insyaAllah), SELAMAT HARI GURU diucapkan. Terima kasih kerana sudi mengajar kami dan melayan karenah kami. Haha. Terimakasih juga kerana mendidik kami sedikit sebanyak tentang masa depan kami nanti. Semoga Allah merahmati miss/madam/sir sekeluarga. :) Tak lupa juga kepada guru2 aku yang berada di Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam (2000-2005), SMK Dato' Onn (2006-2007), SMK Tengku Intan Zaharah (2008-2009) dan juga MRSM Kuala Berang (2009-2010), SELAMAT HARI GURU diucapkan. Semoga terus maju dalam bidang pendidikan ini dan terima kasih kerana sudi mengajar anak bangsa seperti kami ini. Terimakasih sangat2 kerana telah banyak mendidik kami, menasihati kami dan memberi tunjuk ajar yang betul kepada kami. Hanya Allah saja yang mampu balas semua jasa2 cikgu2 dan guru2 serta lecturer2. :)

FizGraphic.com

Rasanya sampai sini dululah. Ada banyak lagi entry nak buat plus nak buat kerja2 yang banyak tertangguh dari tadi lagi. Haha. Jadi, kepada mereka2 yang bergelar IBU, mahupun GURU

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU 2012

13 MEI 2012


SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2012

16 MEI 2012

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

5 comments:

Iena Eliena said...

Assalammualaikum
singgah sini(^_~)
cik iena nk invite join 1st giveaway cik iena
jom terjah blog cik iena
http://www.ienaeliena.com/2012/05/1st-giveaway-by-iena-eliena.html
tHanKs..

::CIK LYNN:: said...

2 hari yg sgt bmakna utk kita..=)

maszull said...

assalamualaikum alyaa...selamat hari guru semua...:)

AlyaaIBH said...

@::CIK LYNN::

hari utk rasa dihargai. hihi

AlyaaIBH said...

@maszull

waalaikumsalam. selamat hari guru. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA