Monday, April 16, 2012

...Asasi Pintar UKM...

Assalamualaikum...

Yehaaa.. Malam2 hari ini ingat nak kongsi sesuatu untuk budakbudak lepasan SPM 2011. Well, bertuahlah korang yag dapat masuk Asasi Pintar UKM ni. Aku baca pun jeles kot. Haha. Abaikan. Meh kita baca dulu yang kat bawah nih.


Apa itu asasi Pintar?
Pihak UKM telah memintaPusat PERMATA pintar negara untuk mengendalikan program asasi Pintar yang telah dimulakan pada 20 Jun 2010 dengan pelajar permulaan seramai 250 orang tajaan JPA.

Berapa tahun belajar?
Program Asasi Pintar UKM merupakan program pra-siswazah yang mengambil masa 1 tahun sahaja

Untuk siapakah Asasi Pintar?
AsasiPINTAR pada asalnya adalah antara program PERMATA pintar.Korang tahukan.Salah satu proGram di mana pelajar bijak pandai yang dikenal pasti melalui satu ujian yang dijalankan ONline.Pelajar yang sememangnya terpilih ini akan ditawarkan AsasiPINTAR.Namun,asasiPINTAR akhirnya dibuka kepada pelajar SPM yang bukan pelajar PERMATA pintar bermula tahun INI~.AsasiPINTAR terbuka kepada pelajar Aliran SAINS

Bidang pengajian Asasi Pintar UKM
Program ini menggunakan khidmat pakar oleh tenaga pengajar dari UKM sendiri.Bidang pengajian adalah lebih tertumpu kepada bidang Sains ,Teknologi dan Matematik.Pelajar sekurang-kurangnya mengambil sejumlah 40jam kredit kursus-kursus tahun pertama UKM.Pengendalian program ini akan melibatkan semua fakulti di UKM yang berasaskan sains dan teknologi termasuk Fakulti Pendidikan; Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina;Fakulti Sains dan Teknologi; Fakulti Perubatan; Fakulti Pergigian dan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu. Pelajar akan bersama dengan pakar untuk melakukan penyelidikan melalui pendekatan pembelajaran berasaskan masalah.

Kemana nak pergi selepas tamat Asasi Pintar?
Pelajar yang tamat program ASASIpintar dan mencapai tahap kecemerlangan yang ditetapkan oleh UKM akan diterima masuk ke pelbagai fakulti di UKM. Oleh kerana mereka telah mengambil sebanyak 20 jam kredit kursus-kursus wajib universiti yang ditawarkan di UKM, mereka akan dapat memendekkan tempoh pengajian mereka dari tempoh yang diberikan untuk sesuatu bidang pengajian. Justeru, mereka akan dapat menamatkan pengajian mereka lebih awal dari pelajar biasa.

Program asasi Pintar UKM sememangnya untuk budak-budak genius dan bijak pandai.Tengoklah kelayakan minimum bagi Asasi Pintar.
Dengar ura-ura mengatakan Asasi PINTAR dibawah tajaan JPA .But still not confirm yet.Tapi yang 1st batch memang Fully under JPA.Apa korang tanya UKM sendiri sempena JOM MASUK U karnival atau di laman WEB UKM
<http://www.ukm.my/v3/index.php>

Tapi semua asasi ada biasiswa.Semua bergantung kepada tahap pencapaian anda.Setelah masuk Ijazah Pertama.Anda perlu cari sendiri tajaan atau tanggung sendiri.

Asasi PINTAR seperti Asasi Sains yang lain tetapi untuk yang PINTAR .Sebab itulah modul pembelajaran mungkin ada yang istimewa sikit,sy pun tak pasti sebab this year baru start dan kurang perkongsian pengalaman dari budak - budak lepasan ini.UKM web pun tiada update baru pasal Foundation ini
Ujian Saringan?
pusat asasi PERMATApintar dan dia kata TIADA ujian saringan diadakan..Jika anda apply,boleh terus masuk dengan syarat kelayakan 6A dalam SPM mengikut syarat kelayakan di atass WARNING ! ujian UKM2 dan MEQI adalah untuk profile dan penaksiran awal.Tiada perkataan gagal atau lulus yer.Tahu tak MUET tu apa?

Ujian selepas masuk?
Ada 3 Ujian yang perlu diambil.

UKM2 - Untuk menilai tahap kepintaran
MEQI - Untuk tujuan profiling
MUET - syarat kemasukan ke program prasiswazah

JPA scholarship.
Pelajar Asasi Pintar akan dapat Full Scholarship dari JPA untuk menyambung pelajaran di pusat PERMATApintar

Luar negara.
Pelajar boleh sambung pelajaran ke luar negara setelah ditemu duga oleh JPA.

Nama Unik AsasiPERMATA pintar
Sebenarnya ia merangkumi SAINS HAYAT dan SAINS FIZIKAL..

Boleh sambung ke program mana di UKM?

Kejuruteraan
Farmasi
dentist
perubatan dll
:D


maklumat lanjut sila ke SINI

p/s: ambik masa untuk baca benda ni betulbetul. err.. untung sangatsangat for those yang dapat asasi ni. :)




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

9 comments:

sw said...

apa makna 40 credit jam kursus?
bolehkah saya tahu tentang courses dalam asasi pintar?
terima kasih....
3 ujian ada diajar dulu atau terus pergi mendudukinya?

AlyaaIBH said...

@sw

boleh refer entry saya yg baru nanti. tq. :)

Durga said...

Thank you soooo much! You have shed some light on my confusion :) Thanks!

AlyaaIBH said...

@Durga

my pleasure ;)

szexuen phang said...

tapi ujian saringan bkan utk pilih yg pintar je ke? ke smua yg ambek ujian tu dpt masuk??

Eylia said...

tapi ujian saringan bkan utk pilih yg pintar je ke? ke smua yg ambek ujian tu dpt masuk??

Anonymous said...

Kak Alyaa, subjek-subjek yang diajar adalah dalam bahasa inggeris ataupun bahasa melayu?

Anonymous said...

Kak Alyaa, subjek- subjek yang diajar bagi asasi pintar ni adalah dalam bahasa melayu ataupun bahasa inggeris?

AlyaaIBH said...

@szexuen phang

bukan semua yang lalui ujian saringan dapat masuk ke asasi ni ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA