Memaparkan catatan dengan label ukm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ukm. Papar semua catatan

Khamis, 25 April 2013

Asasi Pintar UKM - Keywords paling banyak

Assalamualaikum dan selamat malam , 

Alhamdulillah, dapat juga aku taip entry ni macam biasa kan. Kihkih. Hah, seperti tajuk yang aku tulis kat atas, memang aku tipu ! Serius ramai betul masuk blog aku ni cari info pasal Asasi Pintar UKM sejak sejak aku buat entry ni :


iaitu lebih kurang setahun yang lalu. Untuk pengetahuan, entry tu aku hanya ambik dari group di FB tu hah. Ingatkan saja lah nak tampal di blog, rupa rupanya jadi hot jugak eh. So, atas rasa tanggungjawab untuk entry tu, aku wujudkan lagi sekali entry mengenai asasi pintar UKM ni. Maaflah kalau entry yang lepas tak memenuhi citarasa pembaca di blog. Setahun lepas, masih belum matang dewasa. Haha



Nuffnang, Blog Stat menunjukkan asasi pintar UKM ranggul carta  paling atas
Lama jugak lah aku fikir nak buat ke tak entry ni. Risau tak dapat nak sediakan maklumat yang cukup kat sini. Tapi insyaAllah aku akan buat yang terbaik. Haha. Rasa macam nak jawab final exam pulak. Kihkih.

Berdasarkan carian aku di google serta baca sana sini, apa yang dapat aku simpulkan Asasi Pintar ini sememangnya untuk orang yang PINTAR sahaja. Haha. Sebab kebanyakan mempunyai latar belakang straight As. Namun begitu, syarat kemasukan yang diletakkan hanyalah 7A. Tapi, biasalah zaman sekarang ni bebudak dah makin pandai, saingan pun mulalah nak sengit bagai kan. Namun begitu, usahalah kuatir, cuba mohon dulu, dapat tak dapat serahkan pada yang Maha Esa. Kalau tak dapat asasi pintar, asasi lain kan ada lagi. Boleh mohon juga. Hehe.

Klik untuk pembesaran

Klik untuk pembesaran

Ok, berkaitan dengan ujian yang kena ambil selepas masuk iaitu UKM2 - Untuk menilai tahap kepintaran dan juga MEQI - profilling ni, ianya hanyalah ujian biasa yang mana tidak meletakkan syarat lulus atau gagal. UKM2 rasanya lebih kurang ujian IQ yang diambil lepas kita memohon untuk masuk ke MRSM. Tahu kan ujian tu ? Tiada betul atau salah , cuma hanya mahu tengok tahap kita sahaja. Manakala MEQI tu untuk profilling bagi simpanan pihak pusat asasi. (Berdasarkan pembacaan yg dilakukan)

Dah habis bab sebelum masuk dan apply, sekarang proceed kepada apa yang anda akan belajar bila dah diterima masuk. Sebelum tu, TAHNIAH diucapkan lah kepada mereka yang berjaya masuk Asasi Pintar ni ya. :)

Sebelum tu, terima kasih saya ucapkan kepada Luqman's Blog kerana ada berkongsi mengenai subjek yang akan pelajar pelajar Asasi Pintar ni belajar semasa semester 1 dan semester 2. Berikut merupakan subjek subjek yang telah pusat asasi tetapkan semasa anda di dalam asasi pintar ini :- 

SEMESTER 1
SUBJEK
JAM KREDIT
BIOLOGI 1
3
FIZIK 1
3
KIMIA 1
3
PENAAKULAN MANTIK
4
STATISTIK
4
KEMAHIRAN PENYELIDIKAN
3
APRESIASI BAHASA DAN KESUSASTERAAN
4
PEMBANGUNAN JATI DIRI KEBANGSAAN
3
JUMLAH
27

SEMESTER 2
SUBJEK
JAM KREDIT
BIOLOGI 2
3
KIMIA 2
3
FIZIK 2
3
KALKULUS VEKTOR
4
PROJEK PENYELIDIKAN
6
ANALISIS KRITIKAL SEMASA
3
KEPIMPINAN DAN MEMBUAT KEPUTUSAN
3
JUMLAH
25


Grade yang ditetapkan :-

GRED
NILAI GRED
A
4.00
A-
3.67
B+
3.33
B
3.00
B-
2.67
C+
2.33
C
2.00
C-
1.67
D+
1.33
D
1.00
E
0.00

Okay, berdasarkan apa yang aku baca di blog Luqman, silibus ni adalah berdasarkan silibus AP(Advance Placement) iaitu salah satu exam di US yang diubah suai mengikut kesesuaiannya. Yuran kemasukan ke asasi ni boleh tahan mahalnya. Namun kalau tak silap rata rata yang masuk sini adalah dari tajaan JPA ataupun bursary KPM. 

Last but not least, mengenai penempatan. Katanyaa rata rata pelajar asasi Pintar ni akan ditempatkan di 

Picture credit to Luqman's blog
KOLEJ PENDETA ZA'BA

Picture credit to Luqman's blog

So, rasanya sampai sini saja dulu kot. Harapnya dapat membantu adik adik, ibu bapa atau kakak abang sepupu sepapat yang mencari maklumat mengenai Asasi Pintar UKM di blog ni. Dan kepada penuntut Asasi Pintar UKM sendiri, kalau ada mana mana untuk ditambah, dipersilakan untuk comment di entry ini. Taksalah berkongsi kongsi ilmu kan. :) Semoga memberi manfaat untuk semua. Sekian. ~

:: Maklumat lanjut bolehlah bertanya sendiri kepada Luqman di sini :- http://kelantaner.blogspot.com ::
::Ataupun boleh ke laman web Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri. :) ::





Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 16 April 2012

...Asasi Pintar UKM...

Assalamualaikum...

Yehaaa.. Malam2 hari ini ingat nak kongsi sesuatu untuk budakbudak lepasan SPM 2011. Well, bertuahlah korang yag dapat masuk Asasi Pintar UKM ni. Aku baca pun jeles kot. Haha. Abaikan. Meh kita baca dulu yang kat bawah nih.



Update: Maaf andai entry ni tak membantu sangat. Boleh google search untuk entry mengenai Asasi Pintar UKM ni dari blog yang lain ya. Di Youtube pun ada tak silap aku. Lagipula waktu aku share entry ni dulu, program ni baru sangat lagi jadi nya tak banyak info aku dapat kongsi hihi. 

Apa itu asasi Pintar?

Pihak UKM telah meminta Pusat PERMATA pintar negara untuk mengendalikan program asasi Pintar yang telah dimulakan pada 20 Jun 2010 dengan pelajar permulaan seramai 250 orang tajaan JPA.

Berapa tahun belajar?

Program Asasi Pintar UKM merupakan program pra-siswazah yang mengambil masa 1 tahun sahaja

Untuk siapakah Asasi Pintar?

AsasiPINTAR pada asalnya adalah antara program PERMATA pintar.Korang tahukan.Salah satu proGram di mana pelajar bijak pandai yang dikenal pasti melalui satu ujian yang dijalankan ONline.Pelajar yang sememangnya terpilih ini akan ditawarkan AsasiPINTAR.Namun,asasiPINTAR akhirnya dibuka kepada pelajar SPM yang bukan pelajar PERMATA pintar bermula tahun INI~.AsasiPINTAR terbuka kepada pelajar Aliran SAINS

Bidang pengajian Asasi Pintar UKM

Program ini menggunakan khidmat pakar oleh tenaga pengajar dari UKM sendiri.Bidang pengajian adalah lebih tertumpu kepada bidang Sains ,Teknologi dan Matematik.Pelajar sekurang-kurangnya mengambil sejumlah 40jam kredit kursus-kursus tahun pertama UKM.Pengendalian program ini akan melibatkan semua fakulti di UKM yang berasaskan sains dan teknologi termasuk Fakulti Pendidikan; Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina;Fakulti Sains dan Teknologi; Fakulti Perubatan; Fakulti Pergigian dan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu. Pelajar akan bersama dengan pakar untuk melakukan penyelidikan melalui pendekatan pembelajaran berasaskan masalah.

Kemana nak pergi selepas tamat Asasi Pintar?
Pelajar yang tamat program ASASIpintar dan mencapai tahap kecemerlangan yang ditetapkan oleh UKM akan diterima masuk ke pelbagai fakulti di UKM. Oleh kerana mereka telah mengambil sebanyak 20 jam kredit kursus-kursus wajib universiti yang ditawarkan di UKM, mereka akan dapat memendekkan tempoh pengajian mereka dari tempoh yang diberikan untuk sesuatu bidang pengajian. Justeru, mereka akan dapat menamatkan pengajian mereka lebih awal dari pelajar biasa.

Program asasi Pintar UKM sememangnya untuk budak-budak genius dan bijak pandai.Tengoklah kelayakan minimum bagi Asasi Pintar.
Dengar ura-ura mengatakan Asasi PINTAR dibawah tajaan JPA .But still not confirm yet.Tapi yang 1st batch memang Fully under JPA.Apa korang tanya UKM sendiri sempena JOM MASUK U karnival atau di laman WEB UKM

Tapi semua asasi ada biasiswa.Semua bergantung kepada tahap pencapaian anda.Setelah masuk Ijazah Pertama.Anda perlu cari sendiri tajaan atau tanggung sendiri.

Asasi PINTAR seperti Asasi Sains yang lain tetapi untuk yang PINTAR .Sebab itulah modul pembelajaran mungkin ada yang istimewa sikit, aku pun tak pasti sebab this year baru start dan kurang perkongsian pengalaman dari budak - budak lepasan ini. UKM web pun tiada update baru pasal Foundation ini
Ujian Saringan?

Pusat asasi PERMATApintar kata TIADA ujian saringan diadakan. Jika anda apply,boleh terus masuk dengan syarat kelayakan 6A dalam SPM mengikut syarat kelayakan di atass WARNING ! ujian UKM2 dan MEQI adalah untuk profile dan penaksiran awal. Tiada perkataan gagal atau lulus yer.Tahu tak MUET tu apa?

Ujian selepas masuk?
Ada 3 Ujian yang perlu diambil.

UKM2 - Untuk menilai tahap kepintaran
MEQI - Untuk tujuan profiling
MUET - syarat kemasukan ke program prasiswazah

JPA scholarship.
Pelajar Asasi Pintar akan dapat Full Scholarship dari JPA untuk menyambung pelajaran di pusat PERMATApintar

Luar negara.
Pelajar boleh sambung pelajaran ke luar negara setelah ditemu duga oleh JPA.

Nama Unik AsasiPERMATA pintar
Sebenarnya ia merangkumi SAINS HAYAT dan SAINS FIZIKAL..

Boleh sambung ke program mana di UKM?

Kejuruteraan
Farmasi
Dentist
perubatan dll
:D


maklumat lanjut sila ke SINI

p/s: ambik masa untuk baca benda ni betulbetul. err.. untung sangatsangat for those yang dapat asasi ni. :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM