Ahad, 8 April 2012

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 [ABPBH]

Assalamualaikum semua.

Oh, nampaknyaa semalam Alyaa tak update blog. Wuawua. Ada sebabnya kenapa Alyaa tak update blog semalam. Nanti Alyaa buat entry pasal semalam. Kali ni nak buat entry pasal ABPBH 2011 yang ramai orang tengah kecoh2 kan sekarang. Erm.. Sebenarnya malas nak turun tengok sebab kalau duduk kat bawah, line internet macam siput sikit. Tapi, dah abah dengan adik asyik jerit2 panggil turun tengok, so Alyaa pun turunlah dengan berat hati. Haha. Bawak turun jugak lappy, cuba2 nasib kot2 dapat line internet kan. Alhamdulillah, setakat nak update blog ni boleh lagilah. Ngeh3.

Okay, berbalik kepada tajuk asal. Setakat ni anugerah yang dimenangi oleh pemenang2 memang sangat Alyaa puas hati cuma adalah beberapa yang macam mengejutkan sikit. Haha. Apa2 pun tunggu je entry penuh tentang keputusan ABPBH 2011 ni ye. InsyaAllah, Alyaa akan update nanti. Tapi, apa yang penting kebanyakan yang Alyaa target, MENANG!! Syokkk sangat. Haha..

#google cari#

Erm.. Kalau tak salah, tema tahun ni perak sebab ABPBH 2011 ni menyambut jubli perak. Pakaian2 artis kebanyakannya boleh tahanlah cantik. Kalau artis lelaki tu memang taknak komen banyak2lah sebab balik2 mesti akan pakai tuxedo punya. Kalau artis perempuan? Better takyah cakap, sebabnya nanti tak pasal2 kena banned. Haha. Abah Alyaa pun ada komen jugak pasal pakaian artis2 perempuan nih. Haha, sabar jelah abah. Tengok je siapa yang menang, jangan tengok baju diorang. Nanti dapat dosa kering ja. Hihi. Oklah, sampai sini dulu lah. Malas nak taip banyak2 lagi. Kepada semua, selamat menonton ABPBH 2011. :)

p/s: Tahniah kepada artis yang menang setakat ni.. :)

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM