Monday, November 28, 2011

Pecah rekod peribadi.. ^-^

Assalamualaikum semua....

Apa khabar harini? Harap semuanya sihat, okey? :)

Btw, apa perasaan korang bila Malaysia kalah game malam ni? Mesti ada yg upset kannn.. Erm.. Apa2 pun Malaysia dh main dgn baik dh. Cuma rezeki msih x berpihak pada Malaysia. Korang sepatutnya berbangga k..

Oklah, berbalik kepada tajuk asal. Alhamdulillah, malam ni rezeki berpihak kepada Alyaa dalam game bowling. Hehe.. First game score 110, second game 117 dan last game 151 sekaligus memecah rekod peribadi Alyaa sendiri. Hehe. Syukur sgt. Alyaa berjaya mengekalkan score 100 ke atas.

Bukan senang nak maintain macam ni. Setelah penat dimarahi dan diherdik oleh coach2 yg ada. Haha.. Poyo je ayat.. Apa yg nak dirumuskan ialah, dlm ssuatu game, jangan cuba nak mngatasi orang yg lebih handal dari kita. Cuba cipta rekod sendiri sebelum mengalahkan orang lain.. :)

Oklah, sampai sini dulu. Selamat malam..

Sekiann...
Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah... ^-^

Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah, kita dah pun menginjak ke bulan Muharam. Tahun baru mengikut kalendar Islam.. :)
Semoga dgn kedatangan tahun baru ni, kita akan berhijrah ke arah yang lebih baik dari sebelumnya. Jadikan apa yang berlaku sebelum ini sebagai pengajaran buat kita. Jangan ulangi lagi semua itu.
Semoga dengan kedatangan awal Muharam ini akan membuatkan hidup kita lebih diredhai oleh Allah      S.W. T. Amin..
Ingatlah, untuk kebahagian yg hakiki, sentiasalah berdamping(beribadat) dgn Allah kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Kuasa.
Sekian..
Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, November 23, 2011

Kesibukan di Kampus

Assalamualaikum semua...

Huhu.. Lamanya tak update blog. Sorrylah kawan2 ye. Alyaa memang betul2 sibuk sekarang ni sampai tak ada masa utk update blog kesayangan ni. Lagipun, sini nak access internet susah sikit. Lambat lain mcm je.. Huhu. Dahlah laptop tak beli lagi.. Sabar jelah. Ni update pon pkai fon je. Tak selesa nk taip banyak2.

Btw, sekarang ni Alyaa memang agak sibuk di kampus sana. Banyak benda kena uruskan sejak jadi class rep balik.Kelas pun abis lewat petang.. Mcm mna...Huhu.Dah la tu, mcm bnyak plak assignment yg dtg. Hoho.. Subject2 pulak makin susah. Dah mcm nk jadi doctor je. Ermmm.. ..

Oklah, nnt aade mse Alyaa update lagi.. Hehe. Semoga gembira harini. Jumpa lagi nnti. Salam..
Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Thursday, November 17, 2011

Wordless Wednesday #6

*Peace*



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, November 16, 2011

Love Biology~~

Hai semua. Assalamualaikum.

Wah, lamanya rasa tak update blog. Huhu. Sekarang ni sibuk sikit sebab taklama lagi dah nak masuk sem 2. So, banyak benda nak kena uruskan. Hehe.

So, hari ini nak kongsikan gambar-gambar berkenaan dengan subject Biology. *mentang2 budak F5 tengah SPM kan.Haha.. *



Sekian..~~

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tuesday, November 15, 2011

Line Internet Slow, Tak Dapat Update Lama-lama

Salam semua.

Sorry takdapat update blog hari ini sebab line internet tak mengizinkan diriku berbuat demikian. 

Harap maaf! 



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Monday, November 14, 2011

Malaysia Tumpaskan Kemboja 4-1 dalam Sukan SEA ke-26

JAKARTA 13 Nov — Peluang Malaysia ke separuh akhir dalam Kumpulan A masih terbuka apabila mengalahkan Kemboja 4-1 pada saingan bola sepak Sukan SEA ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno di sini, malam ini.

Assalamualaikum semua. 

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana berjaya menumpaskan Kemboja dalam perlawanan bola sepak Sukan SEA ke 26 ini. Pasukan bola sepak Malaysia akan bertemu tuan rumah Sukan SEA kali ini, Indonesia untuk ke peringkat separuh akhir. Alyaa doakan semoga pasukan bola sepak Malaysia akan berjaya lagi dalam perlawanan menentang Indonesia. InsyaAllah. Sama-samalah kita doakan, okey?



Sekian.

p/s: Petikan berita dan berita selanjutnya di SINI.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sunday, November 13, 2011

Sebelum dan Selepas.

Assalamualaikum semua.

Bertemu lagi kita ye. Hehe. Tiba-tiba mood rajin datang suruh taip banyak-banyak entry. Erm. So, kita tengoklah berapa entry nak keluar hari ni. Haha.. Kali ini Alyaa nak buat entry pendek je. *pendek ke? huhu* Just nak UPDATE sikit tentang entry yang sebelum ni Berwajah Baru.

Cuma tajuk kali ni lain sikit. Iaitu Sebelum dan Selepas. Kali ini Alyaa nak paparkan beberapa gambar yang Alyaa print screen sebelum dan selepas blog ini menjadi sebegini rupa. Sebenarnya Alyaa sendiri teruja tengok blog ni. Rasa macam tiap-tiap hari nak bukak blog. Haha. Rasanya, elok begini rupanya daripada
sebelum ini.



Jadi, kepada sesiapa yang tebaca entry ni, silalah komen dan beri pandangan tentang perubahan wajah yang berlaku ni. Huhu. *padahal tahu takde yang nak komen*

Sebelum

Selepas

Yang mana lagi okey?*wink*
Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Alyaa Suka Doodle FizGraphic. ^-^

Assalamualaikum semua. =)

Erm. Kali ini Alyaa nak kongsikan serba sedikit tentang Doodle Freebies FizGraphic. Sikit je nak cerita sebab rasanya korang semua akan tahu sendiri bila terjah blog FizGraphic ni. Hehe.

Sebelum tu, korang semua perasan tak yang blog ni dah lain sikit kan. Dah macam blog ustazah pilihan pulak.. *haha. perasan jap*. Alhamdulillah, blog ni dah nampak better sikit daripada sebelumnya. Nanti Alyaa akan buat entry lain berkenaan dengan wajah blog baru ni. Hehe. *padahal dah buat sebelum ni*

Okey berbalik pada tajuk, untuk korang semua yang minat sangat dengan doodle yang ada kat blog Alyaa ni, dukacita dimaklumkan yang tu semua bukan Alyaa yang punya. Tapi Doodle Freebies FizGraphic yang punya. Haha. Dia lah yang buat semua doodle yang ada kat blog ni. Alyaa cuma ambik kat dia.. *katapun FREE kan* Haha.. Korang semua patut tengok sendiri la doodle2 yang dibuat oleh FizGraphic ni. Bukan nak kata la, tapi dia ni memang seorang yang kreatif! Alyaa memang salute habis la kat orang-orang yang macam dia ni. Diberi kelebihan oleh Allah dalam bidang-bidang macam ni. *mesti syok kan. huhu*

Doodle ni ada banyak warna dan bermacam-macam gelagat ada. So, jangan malu jangan segan, singgahlah ke sana ye. Memang korang tak akan menyesal punyalah. Haha. Tapi sebelum ambik tu, tinggalkanlah komen dulu ye. Bagitahu yang korang ambik. At least, senang sikit hati tuan punya tu.

OoopS! Dah macam panjang pulak entry ni kan. Tadi kata nak buat sikit je. Haha. Biasalah tu. Bila idea dah mencurah-curah. Haha. Erm.. Sampai sini dulu Alyaa ceritakan pasal doodle-doodle ni. *eh, sejak bila minat, alyaa?.* InsyaAllah, kalau ada kesempatan lagi, Alyaa akan kongsikan lagi.

p/s: Semua doodle yang terdapat dalam sebarang entri mahupun di kawasan blog ini adalah kepunyaan Doodle Freebies FizGraphic melainkan dinyatakan sumbernya. *peace*

Saya blogger Penang. *maaf, terbuka aurat seketika. haha*
Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Berwajah Baru.. =)

Assalamualaikum semua.

Selamat pagi. Apa khabar hari ini? Semoga semuanya sihat-sihat saja. Alhamdulillah, Alyaa masih diberi kekuatan untuk mengharungi dugaan yang mendatang. Harapnya kawan-kawan pun begitu juga.

Okeylah, pagi-pagi lagi dah nak buat entry pasal Berwajah Baru.. Apa yang berwajah baru ni? Haha, yang pasti bukan Alyaa yang berwajah baru. Tapi, blog kesayangan Alyaa yang berwajah agak baru. Wah, rasanya lapang sikit tengok blog macam ni. Hehe. Kan3?



Sekarang, jom tengok apa perubahan yang dah berlaku dalam blog ni:


  • Menu tab Alyaa dah buat lain. So, harap-harapnya korang sudi lah klik kat semua menu tab yang Alyaa dah sediakan itu. Walaupun tak cantik, tapi puas hati sebab hasil tangan sendiri. =)

  • Satu ruangan untuk Tinggalkan Jejak Di Sini yang kebiasaannya berada di bawah menu tab tu, Alyaa dah ubah dan masukkan ke dalam menu tab Blogger. 

  • Alyaa jugak dah buat menu tab Banner *takhabishabispasalmenutab.haha.sorry.* untuk memudahkan Alyaa bertukar-tukar banner dengan kawan-kawan blogger yang lain. *walaupunbannersendrihuduh* Jadi, jangan segan silu nak letak banner kat sini. Haha.

Erm.. Rasanya yang tu je perubahan yang paling nyata. Dan kalau ada yang perasanlah, bahagian owner blog pun dah berubah sikit. Background pun lain. Itu pun kalau perasan lah kan. Haha. So, sebarang komen amatlah dialu-alukan. Jangan risau, Alyaa boleh menerima segala kritikan yang diberikan. *peace* Okey2, taknak tulis panjang-panjang, nanti kang ada pulak yang bosan. ^^

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, November 12, 2011

Faisal Ismail dapat anak lelaki 11.11.11. ^-^

KUALA LUMPUR: Kesedihan juruhebah radio popular Hotfm, Mohd Faizal Ismail, 35, atau lebih dikenali FBI kerana kehilangan anak kedua yang meninggal dunia selepas 11 hari dilahirkan akibat komplikasi jantung tiga tahun lalu, kini terubat apabila dikurniakan anak ketiga pada tarikh 11.11.11, semalam.
Bayi lelaki diberi nama Mohd Khalish Iman itu dilahirkan jam 9.03 pagi semalam di Hospital Pantai Kuala Lumpur, di sini dengan berat 2.65 kilogram.
“Kehilangan zuriat kedua pada April 2008 memang memberi tamparan kepada saya kerana dia pergi beberapa hari selepas dilahirkan tanpa dapat melihat dia membesar dengan sihat. Namun, saya tidak menyalahkan takdir dan menganggapnya sebagai ujian Allah.
“Berkat kesabaran dan tidak pernah jemu berdoa kepada Allah, isteri tersayang, Nor Azlina Ahmad Din, 35, disahkan mengandung untuk kali ketiga dan pada hari ini saya dikurniakan bayi lelaki yang sihat,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Hospital Pantai, di sini, semalam.
Faizal dan isteri ditemani anak sulung mereka, Nur Khairina Iman, 10.
Faizal berkata, dia dan isterinya tidak pernah merancang untuk melahirkan bayi pada 11 November dan pemeriksaan terakhir, doktor mengatakan kandungan sudah matang dan mencadangkan bayi dilahirkan melalui kaedah pembedahan pada tarikh istimewa itu.

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Faisal Ismail. Seorang putera telah dilahirkan oleh isteri tercinta. Semoga hidup mereka sekeluarga bahagia hendaknya. Sesungguhnya, Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar dan tabah menghadapi ujian-Nya. Harapnya bayi yang lahir pada penghulu segala hari, hari Jumaat , dapat menjadi anak yang soleh untuk kedua ibu bapanya. Amin~~

#google images#

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Friday, November 11, 2011

Bayi nombor siri 11111111

2011/11/11Terengganu tunggu hari istimewa
KUALA TERENGGANU: Dalam satu kebetulan yang menarik, bayi yang lahir hari ini di Terengganu akan mempunyai empat set nombor 11 bagi lapan digit pertama MyKad dan sijil kelahiran mereka. 
Selain nombor 111111 bagi hari, bulan dan tahun kelahiran mereka, bayi di Terengganu juga akan mempunyai satu lagi set nombor 11 iaitu bagi menandakan kod negeri Terengganu.
Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri Terengganu, Nafisah Abdullah, berkata bayi yang lahir antara 12 pagi hingga 11.59 malam ini di Terengganu, akan mendapat nombor kad pengenalan dengan senarai angka berkenaan, tidak kira sama ada ibu bapa mereka berasal dari negeri ini atau tidak.
“Bayi yang dilahirkan sebelum atau selepas tempoh itu tidak dibenarkan menukar tarikh dan masa kelahiran,” katanya ditemui di sini, semalam.
Ditanya sama ada berlaku perubahan dalam kaedah pemberian nombor MyKad pada masa depan, beliau berkata, kurang kemungkinan ke arah itu kerana ia sudah digunakan dengan berkesan sejak lebih sedekad lalu. 
“Kami sentiasa memberi keutamaan untuk menambah baik mutu MyKad. Kita tidak lihat masalah dengan sistem nombor sedia ada, malah ia dapat digunakan tanpa masalah ketika kita melalui peralihan milenia 11 tahun lalu,” katanya.
Rekod JPN negeri menunjukkan purata 60 bayi dilahirkan setiap hari di Terengganu. 


Assalamualaikum semua.. ^^

Bertuah bayi-bayi yang lahir pada hari ini. Terserlah sinar kebahagiaan ibu dan ayah dengan kelahiran ini. Semoga bayi-bayi ini akan menjadi generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. =)

#google images#
Sekian.. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Thursday, November 10, 2011

Wordless Wednesday #5

Hai semua. ^-^

Hoping the best for my future. =)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, November 9, 2011

Keputusan UPSR 2011

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2011akan diumumkan di seluruh negara pada hari Khamis 17 November 2011 ini. Mereka yang menduduki UPSR 2011 boleh menyemak keputusan daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10:00 pagi hari tersebut.
Assalamualaikum semua.

Seperti yang dinyatakan di dalam petikan di atas, nampaknya tak lama lagi keputusan UPSR akan dikeluarkan. Wah2, debaran makin terasa ye. Hari ini pun dah masuk 9 November 2011. Mungkin sekarang ini adik-adik dah tak senang duduk memikirkan keputusan yang bakal mereka terima nanti. Apa-apa pun keputusan itu, semuanya hasil usaha keras adik-adik semua. Alyaa yakin adik-adik semua dah berusaha dengan sehabis baik.

Jangan risau sekiranya adik-adik tidak berjaya mendapat 5A kerana UPSR bukan penentu segalanya. Adik-adik masih punya masa hadapan yang jauh. Masih banyak lagi halangan yang perlu ditempuhi untuk masa-masa hadapan. Yang penting, yakin pada diri sendiri. Jangan mudah berputus asa k?
 *oops, dah macam motivator la pulak. hehe.. *

Btw, Alyaa ada tiga orang sepupu yang ambik UPSR tahun ini. Agak-agaknya bagaimana lah keputusan mereka kan? Alyaa tak bimbang sangat dengan diorang ni sebab semuanya dari baka-baka yang pandai. Hehe. InsyaAllah, kalau ada rezeki, 5A lah mereka akan dapat.

#google images#
Okeylah, rasanya sampai sini dulu entry kali ini. Biasalah, nak tulis panjang2 pun bukan ada yang nak baca. Kan3? Sedih lak rasa. Haha. So, kepada adik-adik yang akan mengambil keputusan UPSR tak lama lagi, semoga berjaya Alyaa ucapkan. ^-^

Sekian.

p/s: Petikan teks dari ePutra

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Testing...

Hai semua. Testing je ni. Huhu.
Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Nak Join Segmen Lagi..

Assalamualaikum semua.

Jumpa lagi kita ye. Hehe. So, sebenarnya Alyaa nak maklumkan sesuatu je. Sebenarnya, Alyaa nak join mana2 segmen, GA ataupun contest. Tak kisahlah sapa pun yang anjurkan. Yang penting, simple dan mudah nak join.Tak maw yang syarat berat2 sangat. Hehe.

Jadi, sapa2 yang rasanya nak buat segmen ka nak tagged Alyaa ka, sila maklumkan dekat chatbox ataupun comment. InsyaAllah, Alyaa akan join semuanya. Erm.. Lagipun, dah lama tak join benda2 macam ni. So, tak salah rasanya kan.

Oklah, sampai sini saja. Semoga ketemu lagi di lain entry. ^-^

#google images#

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tuesday, November 8, 2011

Segmen : Promote and Review Blog

Assalamualaikum semua.

Jumpa lagi hari ni. Hehe. Alhamdulillah, Alyaa semakin baik. Okey, harini Alyaa nak join satu segmen yang rasanya dah lama Alyaa tak join. So, tak berlengah masa lagi.. Jom kita ikut syarat2nya...

Sebelum itu, meh tengok banner segmen ni dan tuan punya segmen ni..


Okey, tuan segmen ni namanya Azreen. Dia ada tanya kenapa nak Azreen review dan promote blog ni. Sebabnya.....  Alyaa nak promote blog Alyaa lah. Haha. Yela sejak2 dah jadi student balik ni, dah tak dak masa nak blogwalking segala bagai. Huhu.. So, kena join segmen jelah. Hehe.. 

So, kepada sapa2 nak join, joinlah. Tarikh tutup: 12/11/2011.. Join jangan tak join. Tak susah pun nak  join segmen ni. Hehe.. 

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Monday, November 7, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha ...


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, November 5, 2011

Puasa Sunat Esok!! ^-^

Assalamualaikum semua.

Sorry la sebab semalam tak dapat update. Sebab takdak mood nak buat entry. Lagipun, Alyaa masih dalam mood sedih sebab agak kecewa dengan result final exam. Huhu. Takpelah dah takde rezeki kan. Nak buat macam mane. Kan3. Tapi Alyaa masih bersyukur sebab lulus semua subjek. No repeat. ^^

So, kita tinggalkan kisah tentang result tu. Nak cerita pasal ASK 2011 pun macam takmenarik. Sebabnya ASK tak best sangat. Huhu. *jangan marah2 k. saya mmg jujur sikit*. Konon2nya nak canggih sangat kan. Pakai Ipad. Diorang ingat semua orang pandai guna la tuh. Huhu. *sory terlebih emo. padahal tengok kejap je. haha.*

Okey2, sekarang berbalik kepada tajuk asal. Esok, hari Sabtu bersamaan 9 Zulhijjah merupakan Hari Arafah. Alyaa takberapa sure betul ke tak, tapi kakak yang cakap macam tu. Hehe.. So, jom baca apa yang Alyaa jumpa kat FB tadi.

Bismillah, esok 9 Zulhijjah hari Wukuf sangat digalakkan untuk berpuasa. Saya berpesan kepada diri saya dan seluruh rakan fb yang beragama Islam serta seluruh umat Islam keseluruhannya untuk tidak melepaskan peluang berpuasa besok hari yang dijanjikan ganjaran pengampunan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang, insya Allah.
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : “Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.”
(Hadis adalah hadis sahih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)

So, dengan itu rasanya elok benar kita ambik peluang yang telah Allah kurniakan untuk kita. Rebut peluang ni sebab bukan senang Allah nak bagi ganjaran yang Alyaa rasa terlalu besar nilainya. Lagipun kita sebagai manusia memang takkan lepas dari membuat dosa samada dosa kecil ataupun dosa besar.

#google images#

Jadi, inilah masanya yang sesuai untuk kita membersihkan diri kita. Alyaa pun nak berpuasa jugak. Hehe. Erm... Rasanya macam dah panjang pulak menaip malam ni. Huhu. Dah gian sangat nak menaip nampaknya. Haha..

Okeylah, sampai sini saja entry kali ni. Kepada korang semua, jangan lupa puasa esok taw. Tak wajib, tapi disunatkan! ^-^

Sekian. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Thursday, November 3, 2011

S.A.H.A.B.A.T.. ^-^

Assalamualaikum semua. 

Apa khabar? Haha. Alyaa taksihat laaa. Huhu. Sedihhhh... Bila la nak sihat ni? Sabar-sabar. Korang semua doakan Alyaa cepat sihat k. Sayang semua.. 

Meh baca petikan kat bawah ni. Khas untuk korang semua. Tapi, bukan ayat sendiri. Huhu..~~


Sahabat yg beriman ibarat mentari yang menyinar,
 
Sahabat yg setia bagai pewangi yg mengharumkan, 

Sahabat yg sejati menjadi pendorong impian, 

Sahabat berhati Mulia membawa kita ke jalan Allah...

Sekian.. ^-^

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday #4






Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tuesday, November 1, 2011

Quotes #2

Assalamualaikum semua.

Buat masa ni yang ni je yang Alyaa mampu post. Sebenarnya, Alyaa taklarat sikit. Huhu. Selsema + sakit tekak. Dugaan2. Huhu.








# copy from FB#

^-^

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA