Memaparkan catatan dengan label Doodle. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Doodle. Papar semua catatan

Rabu, 29 Mei 2013

Bila dah lama tak mendoodle ~

Assalamualaikum, selamat tengahhari


Hai semua. Aku kembali lagi dengan semangat yang baru selepas semalam agak kecewa ! HAHA. Macam apa lagi kecewa. Muehehe. Takapalah, malas nak fikir sangat tentang apa yang dah berlaku. Berserah segalanya dengan ketentuan Allah. :)

So, kita tinggalkan bab bab sedih, tersentap dan sebagainya ni, berbalik kepada tajuk yang nak aku kongsikan harini. Kepada mereka yang rajin stalk aku ataupun blogwalking ke blog aku ni, mesti akan perasan kan yang aku dulu rajin main main doodle ni sejak dah terer sikit kan buat doodle. Haha. Walaupun hodoh semacam doodle yang aku buat, janji aku puas ! Sebab tu hasil usaha aku sendiri. Kihkih.

Nak dijadikan cerita, 2 malam lepas kot kalau tak silap aku, aku takdapat nak tidur malam tu, mungkin akibat aku telan nescafe satu tin pagi tu time dekat hospital time appointment dengan doktor, jadinya malam tu mata ni jadi cerah semacam, takmau lena sampai ke Subuh. Untuk itu, aku pun merajinkan diri untuk try buat doodle, dengan menggunakan saki baki kemahiran yang dah berkarat ni. Haha. 

Aku lukis doodle apaaaa? Meh kita tengok . . . .


1




2




3




4

.


.



.



.



.


.


DOMOKUN !
Taraaaaaa. Nampak sangat aku menipu kan? Haha. Tapi, memang binatang ni lah yang aku lukisnya malam tu, tapi memang hasilnya jauh api dari panggang denga gambar asalnya. Kahkah. Meh tengok aku punya doodle DOMOKUN !

Malas nak letak watermark. Haha
Beginilah rupanya doodle DOMOKUN aku ni. Haha. Macam pelik sikit lah aku tengok tapi rasa puas dapat lukis DOMOKUN ni. Aku nak kata minat dengan DOMOKUN ni takdalah sangat, tapi aku ada beg DOMO ni 2 jenis jugaklah, satu porch satu beg sandang tepi. Hehe. Bantal DOMO pun ada. Haha.

Oklah, nak update tu ja. Nak try lukis benda lain pulak. Tungguuuuu. ~




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 13 Jun 2012

Segmen : Mari Berhijab


Cuba nasib walaupun tahu dah penuh dah orang join kan. Haha.

Nama: Alyaa

Warna: Pink + Putih

p/s: online dan update pakai laptop baru boleh join segmen. Huhu.


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 5 Jun 2012

Assalamualaikum dan selamat malam.

Fuh.. fuh.. sejak dah semakin baik ni.. Aku dah mula sibuk pulak. Terpaksa cover kakak aku untuk hantar adik aku ke Pusat Tuisyen. Dan harini aku memang over sibuklah. Pagi2 hantar adik, pergi beli makanan kt kakak, beli surat khabar, basuh baju, pergi balik ambik adik. *err, perlu ke aku bagitau semuanyaa? haha* Sila abaikan perkara itu ye. Jadi, bila malam ni baru dapat update sat. Itupun nak share benda yang aku buat sepanjang aku menyepi dari blogging tadi. Aku try lukis dan warna benda yang paling menguji kesabaran aku. Nak tengok benda apa? Sat nak tunjuk. Tapi, jangan gelak. Senyummm sajaa. Haha. Sebab sangat burukk . >,< 


Ok, tau lah buruk. Jangan over sangat gelak tuu ye. Wuawua~ Penat tau try buat. Lepas ni aku nak try lagi buat. Mungkin makin better. Hehe. Oklah, nanti aku update lagi.  Thankyou kepada yang singgah blog aku dan comment tentang doodle aku. Really appreciate it! :') Nanti aku akan reply semua comment korang dan lawat blog korang balik. :) Babai...


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 4 Jun 2012

Makin Sihat. :')

Alhamdulillah, hari ini aku makin sihat dan dapat lah buat kerja2 yang banyak tertangguh sebelum ni. Esok akan bersambung kerja2 mengemas barang. Malam ni rasa malas pulak. Hihi. Sebelum tu, terima kasih sangat2 aku ucapkan kepada mereka yang rajin datang dan comment entry aku terutamanya pasal entry first doodle from photoshop tu.. Hihi. Errr..Rasa nak buat sesuatu je untuk orang yang selalu datang comment tu. InsyaAllah, ada masa nanti aku buat sesuatu eh.: ) Okay, atas tu satu lagi doodle yang aku buat. Doodle yang ketiga aku. Yang kedua, yang bawah ni. Haha. Mesti pelik kenapa ada muka saja. Memang lah, sebab baru belajar sampai muka. Badan dan baju belum lagi. 
Haha. Mesti pelik kenapa ada muka saja. Memang lah, sebab baru belajar sampai muka. Badan dan baju belum lagi. Haha. Nanti-nantilah ye aku belajar lagi. Aku dah takdak masa dah sekarang. Sibuk nak prepare masuk universiti balik dah hujung minggu ni.

Okaylah, just buat entry nak bagitau yang aku MAKIN SIHAT ! Jadilah, bolehlah aku menghabiskan sisa2 cuti ni dengan jayanyaa. Hehe. Nak blogwalking pun senang dah. :) Maka, tunggulah aku di blog korang ye ! Babai. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

First Doodle from Photoshop. :)

Assalamualaikum dan selamat pagi semua !

Yeah, apa khabar harini? Aku alhamdulillah makin sihat selepas mendapat rehat yang panjang iaitu TIDUR ! Hehe. Semalam aku tidur awal kot, saja nak rehatkan diri yang letih dan sakit ni. Perut dah makin okayy cumanya rasa sakit2 tu masih ada lah. Huhu. Bila aku dah tidur terlampau awal, makanya aku akan bangun pun awallah. Haha. Itulah aku. Nak bangun awal, kena tidur awal. Hihi. So, aku bangun lebih kurang pukul 5.00 pagi tadi. *awalkan. hoho* lepastu, aku try install Adobe Photoshop ke dalam laptop aku nih. Fuh, gigih betui kot aku nak belajaq pakai Adobe Photoshop ni sampaikan dah banyak kali aku cuba download dan install. Masa nak download no problem, okey ja smooth jalan. Masa nak install masuk komputer, itu yang masalahnyaa. Sampaikan nak dekat tujuh kali download benda yang sama, last sekali boleh juga aku install masuk yang last sekali punya download. Seronok, gumbira tak terkatalah. Bersyukur sangat2lah. Dapatlah aku main2 dengan Adobe pulak lepas ni. Hehe.

Jadi, lepas godek sana sini, bukak tutorial yang sememangnyaa dah aku jumpa di http://alieff.com, makanyaa aku mencuba membuat doodle pertama aku dari photoshop. Lagipun, orang yang biasa datang blog aku mesti tahu kan yang sebelum ni aku hanya melukis doodle menggunakan Microsoft Excel 2007. Tapi kan, susah oo nak buat pakai Adobe Photoshop ni kalau tak pandai godek. Macam aku ni pun, bedal je lah apa yang aku tau. Asalkan nampak okay dan jadi sudahlah. So, doodle yang aku buat pertama kalinyaa menggunakan tutorial yang sedia ada itu amatlah berbeza sekali dengan apa yang diajarkan. Haha. Takpelah, first try aku kan buat doodle guna Adobe Photoshop ni. Hehe. Nak tengok? Meh nak tunjuk. Err, aku tau tarak cantik, jadi jangan gelak over sangat k. *Malu kot nak tunjuk*


Hahah. Amacam? Comment dialu2kan. Nak kritik pun tarak hal. Aku terima saja. Ermm. Lepas ni kalau aku ada masa lagi, aku ingat nak explore lebih lagi Adobe ni. InsyaAllah, nak try buat doodle macam2 lagi dari sini. Hehe. Oklah, aku nak pi buat kerja lain lagi ni. Barang tak packing lagi. Tinggal beberapa hari saja ooo mau duduk di rumah. Sangat lah tak sanggup mau masuk belajar kembali. Huhu. Errrr, babai. :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 27 Mei 2012

Terasa nak bagi freebies ! :)

Assalamualaikum dan selamat pagi !

Okey, aku tau aku bukanlah hebat mana buat doodle ni kan. Tapi, tiba2 terasa nak bagi freebies doodle ni. Korang nak ambik atau tak, tak kisah. Tak ambik pun takpa kot. Haha. Sebabnyaa bukannya cantik punn. Aku just nak letak ja dalam blog ni sebagai penghargaan untuk diri aku sendiri sebab mampu buat doodle sendiri yang aku impikan dari dulu lagi walaupun agak susah. Huhu. ~

Silalah jenguk doodle2 yang ada ye. Rasa nak ambik tu, bagitau lah ye. Hehe. Babai. ^__^






Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 24 Mei 2012

Hasil Kerja Doodle #4 - Angry Birds


Sementara menunggu waktu berbuka puasa, aku mencuba melukis karton ini. Haha. Nak kata aku minat tu, tak adalah. Tapi aku suka jugak main angry birds punya mainan ni. Hehe. So, sajaa try2 lukis. Nampak macam cantik, tapi tak taulah yang pakar kata macam mana. Hihi. Okaylah, dah nak waktu berbuka dah ni. Babai.. 

p/s: Nanti ada satu lagi gambar angry bird yang aku nak tunjuk. :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 22 Mei 2012

Singa Comel Tumpang Lalu !


Haha. Tajuk entry tu yang taktahan dengar. Hehe. Setelah aku mencuba untuk lukis doodle orang sebelum ni, kali ni aku try buat dan lukis singa comel ni. Haha. Nak kata menjadi atau tak, aku pun taksure. Iyelah, first time try buat dan lukis. Tapi, alhamdulillah, bagi pandangan mata aku, singa ni memang kelihatan agak comel. Dan terima kasih kepada rakan2 blogger yang comment entry sebelum ni. InsyaAllah, aku akan belajar mahirkan tangan aku ni dengan brush dan juga curve tu. Wua~~ Bukan senang tau nak control tangan tu. Hehe. Btw, harini aku rasa lemah badan lagi, itu yang update entry pun lambat. Hehe. Blogwalking pun dah jarang. Jadi makanya aku akan ambik satu masa yang panjang malam ni untuk blogwalking saja. Yeayy! :)

p/s: Takde orang nak comment lukisan singa comel ni? Kalau rajin, bagilah comment. Boleh improvekan lagi. Hehe. ^__^

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 21 Mei 2012

Hasil Kerja Doodle #3




Harini aku tak berapa nak sihat. Selsema dan batuk. So, mood hilang sikit nak update blog. Oh ya, aku sebenarnya dah janji dengan junior tu kata nak buat entry tentang UiTM. InsyaAllah, dalam pembikinan lagi. Aku tengah buat rangka2 soalan lagi. Hehe. Oklah, disebabkan takdak mood, jadi aku rasa nak tunjukkan doodle yang aku dah buat. Memang tak lawa, sebab masih praktis lagi. Nanti dah lawa, baru tunjuk lain. Haha. Btw, doodle atas sekali tu aku guna untuk buat ucapan selamat hari lahir kat kawan aku yang ada di Mesir. Saja2 try buat. Muehehe. :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 19 Mei 2012

Hasil Kerja Doodle #2


Walaupun tak secantik dan secomel orang lain buat, tapi sekurang-kurangnya aku mencuba dan terus mencuba. Aku mintak maaf sebab dah jarang sikit dah update blog sekarang kan. Tengah cari idea balik ni. InsyaAllah, nanti akan ada entry super duper panjang.

Err.. Nak comment boleh tapi silalah jaga tutur kata kalian ye. Segala teguran aku masih boleh terima jika diberi dengan baik. Doodle ni tak curi dimana2, buatan sendiri hasil tutorial yang sedia ada. Anda pun mesti mencubanya. Nanti bolehlah kita share2 doodle kita yang ada. Hihi.

p/s: thanks to tuan punya tutorial yang sudi singgah blog C.A ni dan beri comment yang bagus di entry SINI. :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Hasil Kerja Doodle #1

Assalamualaikum semua.

Waaah, dah masuk hari Sabtu la. Entry hari Jumaat rasanya aku tak update pun. Haha. Sorry lah kawan. Many things to do lah. Berserabut, bercelaru habis kepala ni. Rushing ke sana ke mari dek kerana planning last minute yang dibuat orang rakan2 untuk berunion. Adoi, sabar sajalah. Balik2 dari reunion, pergi pasar malam pulak. Memang letih laa. Ngeh3. Err, Okeylah, petang tadi kan sebelum aku sibuk dengan semua benda2 kat atas yang aku sebutkan, aku blogwalking kat SINI tau. Tuan punya blog bercerita tentang aktiviti harian nya berserta dengan hasil doodle yang dibuat akibat kebosanan. Aku pun ushar2 lah kan. Macam menarik. Dengar pulak katanya buat dengan Microsoft Excel. Aku pun teruslah excited. Haha. Dah lama kot nak buat doodle ni, tapi takpernah tercapai.

Alhamdulillah, rezeki aku untuk baca entry tu masa tu. Lepastu, aku terus pergi ke link blog yang dijadikan panduan olehnya aka owner punya tutorial untuk buat doodle guna Microsoft Excel ni. Setelah meneliti dan menggodek segala benda yang ada dalam blog INI, lantas aku pun mencubanya. Hehe. Macam aku cakap sebelum nilah, taksalah kan kalau mencuba. Seperti mana nasi goreng yang dibuat aku sebelum ni, doodle ini jugalah yang pertama kali aku mencubanyaa sedikit. Memang tak awesome sangat, tapi bagi aku, aku sangat puas hati sebab aku mampu juga buat sendiri walaupun memang agak menguji kesabaran kadang2. Haha. Aku akan tunjukkan, cuma jangan kutuk banyak2 ye. Aku masih bertatih lagi. Haha.

Oh ya, bila jumpa tutorial ni kan, aku rasa macam loser sikit la sebab sebelum ni bab2 software, komputer kiranya aku hebat sikit la dalam family aku, tapi takpernah tau pun yang doodle boleh buat pakai Microsoft Excel. Haha. Noob betul. Memang awesomelah orang yang buat tutorial ni. Thank you eh. Hihi. :)

Ermmm. Jom tengok doodle yang tak seberapa dari aku ini ye. Biarpun tak comel, aku akan terus mencuba dan mencuba lagi. Hihi. *aku tengok comel je aku buat.* ^_^

.

.

.

.

.

.

.

.

Amacam? Comel kan. Hehe. 

Jadi, setakat ini saja dulu aku mampu buat. InsyaAllah, akan datang aku nak cuba buat yang lain2 pulak. Dan kepada tuan blog, terima kasih bagi pinjam tutorial. :)

p/s: Macam biasa entry sebelum tidur memang kena pendek2, takleh panjang2. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 13 November 2011

Alyaa Suka Doodle FizGraphic. ^-^

Assalamualaikum semua. =)

Erm. Kali ini Alyaa nak kongsikan serba sedikit tentang Doodle Freebies FizGraphic. Sikit je nak cerita sebab rasanya korang semua akan tahu sendiri bila terjah blog FizGraphic ni. Hehe.

Sebelum tu, korang semua perasan tak yang blog ni dah lain sikit kan. Dah macam blog ustazah pilihan pulak.. *haha. perasan jap*. Alhamdulillah, blog ni dah nampak better sikit daripada sebelumnya. Nanti Alyaa akan buat entry lain berkenaan dengan wajah blog baru ni. Hehe. *padahal dah buat sebelum ni*

Okey berbalik pada tajuk, untuk korang semua yang minat sangat dengan doodle yang ada kat blog Alyaa ni, dukacita dimaklumkan yang tu semua bukan Alyaa yang punya. Tapi Doodle Freebies FizGraphic yang punya. Haha. Dia lah yang buat semua doodle yang ada kat blog ni. Alyaa cuma ambik kat dia.. *katapun FREE kan* Haha.. Korang semua patut tengok sendiri la doodle2 yang dibuat oleh FizGraphic ni. Bukan nak kata la, tapi dia ni memang seorang yang kreatif! Alyaa memang salute habis la kat orang-orang yang macam dia ni. Diberi kelebihan oleh Allah dalam bidang-bidang macam ni. *mesti syok kan. huhu*

Doodle ni ada banyak warna dan bermacam-macam gelagat ada. So, jangan malu jangan segan, singgahlah ke sana ye. Memang korang tak akan menyesal punyalah. Haha. Tapi sebelum ambik tu, tinggalkanlah komen dulu ye. Bagitahu yang korang ambik. At least, senang sikit hati tuan punya tu.

OoopS! Dah macam panjang pulak entry ni kan. Tadi kata nak buat sikit je. Haha. Biasalah tu. Bila idea dah mencurah-curah. Haha. Erm.. Sampai sini dulu Alyaa ceritakan pasal doodle-doodle ni. *eh, sejak bila minat, alyaa?.* InsyaAllah, kalau ada kesempatan lagi, Alyaa akan kongsikan lagi.

p/s: Semua doodle yang terdapat dalam sebarang entri mahupun di kawasan blog ini adalah kepunyaan Doodle Freebies FizGraphic melainkan dinyatakan sumbernya. *peace*

Saya blogger Penang. *maaf, terbuka aurat seketika. haha*
Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM