Assalamualaikum semua.
Sorry la sebab semalam tak dapat update. Sebab takdak mood nak buat entry. Lagipun, Alyaa masih dalam mood sedih sebab agak kecewa dengan result final exam. Huhu. Takpelah dah takde rezeki kan. Nak buat macam mane. Kan3. Tapi Alyaa masih bersyukur sebab lulus semua subjek. No repeat. ^^
So, kita tinggalkan kisah tentang result tu. Nak cerita pasal ASK 2011 pun macam takmenarik. Sebabnya ASK tak best sangat. Huhu. *jangan marah2 k. saya mmg jujur sikit*. Konon2nya nak canggih sangat kan. Pakai Ipad. Diorang ingat semua orang pandai guna la tuh. Huhu. *sory terlebih emo. padahal tengok kejap je. haha.*
Okey2, sekarang berbalik kepada tajuk asal. Esok, hari Sabtu bersamaan 9 Zulhijjah merupakan Hari Arafah. Alyaa takberapa sure betul ke tak, tapi kakak yang cakap macam tu. Hehe.. So, jom baca apa yang Alyaa jumpa kat FB tadi.
Bismillah, esok 9 Zulhijjah hari Wukuf sangat digalakkan untuk berpuasa. Saya berpesan kepada diri saya dan seluruh rakan fb yang beragama Islam serta seluruh umat Islam keseluruhannya untuk tidak melepaskan peluang berpuasa besok hari yang dijanjikan ganjaran pengampunan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang, insya Allah.
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : “Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.”
(Hadis adalah hadis sahih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)
So, dengan itu rasanya elok benar kita ambik peluang yang telah Allah kurniakan untuk kita. Rebut peluang ni sebab bukan senang Allah nak bagi ganjaran yang Alyaa rasa terlalu besar nilainya. Lagipun kita sebagai manusia memang takkan lepas dari membuat dosa samada dosa kecil ataupun dosa besar.
#google images# |
Jadi, inilah masanya yang sesuai untuk kita membersihkan diri kita. Alyaa pun nak berpuasa jugak. Hehe. Erm... Rasanya macam dah panjang pulak menaip malam ni. Huhu. Dah gian sangat nak menaip nampaknya. Haha..
Okeylah, sampai sini saja entry kali ni. Kepada korang semua, jangan lupa puasa esok taw. Tak wajib, tapi disunatkan! ^-^
Sekian.
0 ulasan:
Catat Ulasan