Thursday, March 31, 2011

Contest kM: Header Simple Tapi Menarik!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Contest yang seterusnya ialah Contest kM: Header Simple Tapi Menarik!

Nurul telah ditag oleh Farhana Masdo.


Kat bawah ini merupakan header Nurul yang comel sangat-sangat tu. Hehehe.. =)


Bagi Nurul, header ini sangat-sangat comel seperti tuannya*nak perasan jap!* Hahaha. 

Header ni menarik dan Nurul rasa simple juga. 

Tak menyerabutkan kepala kawan-kawan semua. Betul tak? 

Tapi, kalau menyerabutkan juga, please inform me ASAP, oke! =)

Tarikh tutup: 4 April 2011

Tag 5 orang rakan blogger.






Untuk maklumat lanjut, boleh tekan banner di atas. 

Sekian..




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

BEAUTIFULGIRLSHOP GIVE AWAY

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Okey, malam ni mood agak malas nak update blog. Hahaha..

Tapi, malam ini mood nak join contest. So, kepada sesiapa yang ada anjurkan contest, just tinggalkan link korang kat entri ni.

Nurul join contest ni pun sebab ditag oleh CIK JELLY CHAN. Thanks dear sebab tag! =)

Malas nak taip dia punya syarat-syarat. Kepada sesiapa yang nak join, just klik banner di bawah tau!

Sebelum tu, tag 3 orang untuk join contest ni:







Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Katakan 'No' Pada Lelaki Jenis Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini Nurul nak berkongsi sesuatu yang Nurul rasa penting untuk pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta sekarang ini. 

So, sila TAKE NOTE 

Terutamanya kepada kaum wanita di luar sana supaya korang semua tak terpedaya dengan lelaki-lelaki yang jenis macam ini.

Antaranya:


  • Merayu pada kamu untuk datang ke rumahnya
  • Kaya dengan kata-kata manis dan pujuk rayu
  • Cuba mengambil kesempatan terhadap kamu misalnya awal-awal lagi berani menyentuh kamu
  • Menjauhkan diri dari kamu ketika menjawab panggilan
  • Mengajak kamu ke tempat-tempat yang sunyi dan jauh dari orang. Alasannya, perlukan 'privacy' tetapi hakikat sebenarnya kamu sendiri tak pasti mengagaknya.
  • Takut memperkenalkan kamu pada teman-teman dan ahli keluarganya
  • Terlalu banyak undang-undang. Misalnya tidak boleh menghubungi si dia pada waktu-waktu tertentu dan sebagainya
  • Terlalu banyak alasan setiap kali kamu mencurigai sikapnya. Menggunakan wang dan kekayaan untuk menarik perhatian perempuan.
  • Ada waktu-waktu tertentu si dia menyepi tanpa berita kemudian tiba-tiba muncul dengan pelbagai alasan
Credit to Remaja.

So, kepada sesiapa yang berkenaan, sila ambil perhatian dengan perkara yang di atas. Jangan biarkan diri anda diselubungi MISTERI~~ Hahahaha...


p/s: Jadi lelaki yang baik dan taat pada ajaran agama supaya hidup akan sentiasa diberkati. Hubungan pun direstui. =)


Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

DECO DECO BENG BENG BOONG!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi ini ingat nak join satu segmen yang dianjurkan oleh BEN ASHAARI

Lagipun, lama pulak rasanya tak join segmen Abg Ben. 

Kepada sesiapa yang nak join boleh klik header di bawah.


Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, March 30, 2011

...Jom Terjah Blog Kat Sini...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Malam ini rasa bosan sangat-sangat. So, tengah nak edit-edit sikit la blog ni.. 

Untuk jadi lebih comel macam tuan dia. Hahahaha...

Berbalik kepada cerita asal entri ni, sebenarnya Nurul nak terjah satu blog ni. 
*sebenarnya, tuan punya blog yang suruh terjah. hahahaha*

Memandangkan tuan blog ni merupakan kawan TERbaik Nurul, 

so Nurul tak segan silu la membantu untuk mereview blog dia secara percuma..

Kepada kawan-kawan Nurul yang membaca entri ini, jangan segan silu ataupun malu-malu untuk menjenguk ke blog dia. Seriously cakap, dia memang seorang yang peramah. Jom kita tengok blog siapa yang kena! Hehe..


Inilah dia. Orang yang bertuah tersebut. Nurhamidah Zulkifli a.k.a Mimi. 

Jemputlah beramai-ramai ke blog dia kerana di sana terdapat pelbagai info yang menarik. 

Blog dia pun senang nak LOADING~~

Untuk sesiapa nak ke blog dia, just klik header di atas..

Sekian..

p/s: Agak2 nya kalau Nurul buat Segmen untuk review blog orang, ada tak orang nak join? Huhu.. =)





Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ujian Memandu Guna Kereta Automatik?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni Nurul nak share something yang baru saja Nurul baca tadi dari blog someone yang Nurul follow.

Tajuk entri dia Ujian Memandu Menggunakan Transmisi Auto?


Berikut merupakan sedikit petikan yang dipetik daripada blognya.


Untuk selanjutnya, baca SINI

Wah2!!! Bapak ar.. Gila best sangat2 kot, boleh bawak kereta auto masa test dengan JPJ. Kalau macam ni, semua orang boleh lulus. Senang la macam tu.. Sekali test saja dah lulus. Hehe.. Tapi, ada jugak yang tak bestnya sebab diorang hanya boleh bawak yang auto saja. Tak mencabar langsung. Erm.. Nasib baik la Nurul dah lulus test kereta walaupun kena test 2 kali. Huhu.. 

Apa-apa pun, ikut diri masing-masing la. Kalau ambik test JPJ guna kereta manual, ada kelebihan sikit. Nanti boleh bawak 2-2 jenis kenderaan berbanding yang ambik test guna kereta auto tu. Tapi, pada pendapat Nurul, better ambik test JPJ guna kereta manual, sebab nanti kita akan dedahkan dengan pelbagai jenis situasi lagi. Apa-apa pun, semoga hasrat orang ramai untuk menggunakan kereta auto semasa test dapat ditunaikan oleh kerajaan.

p/s: Kawan saya, Nurhamidah Zulkifli akan test JPJ hari Khamis ni, 31 Mac 2011. Good Luck Mimi! =)

Sekian...

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tuesday, March 29, 2011

Anda Memang Hebat Sahabatku! Proud to be Your Friend.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, ini merupakan entri yang terakhir dari Nurul untuk Sekitar Keputusan SPM.


Entri ini dibuat khas untuk 2 orang sahabat Nurul yang berjaya meletakkan diri mereka antara yang cemerlang untuk keputusan SPM 2010 di sekolah masing-masing. Salah seorang daripada mereka merupakan sahabat Nurul di MRSM Kuala Berang. Manakala seorang lagi merupakan sahabat Nurul semasa di bangku sekolah rendah yang menuntut di SMKA Al-Irshad.

Nurul memang respect dengan mereka berdua kerana mendapat keputusan SPM 2010 yang teramatlah cemerlang. Sepanjang Nurul kenal mereka, mereka memanglah seorang sahabat yang baik sangat-sangat. Mereka juga sangatlah humble dengan orang-orang disekeliling mereka. Sangat suka memberi senyuman walaupun terhadap makcik-makcik cleaner. Betapa senangnya orang disekeliling mereka dengan senyuman tersebut. Hehe.. Seriously cakap, sapa-sapa yang bersahabat dengan mereka tidak akan rasa menyesal punyalah. Mereka ni merupakan contoh yang terbaik untuk dijadikan sahabat. Confirm korang takkan buat jahat punya. Diorang ni boleh dikatakan sebagai ustazah la. Sebab diorang ambik aliran Sains Agama.Hehe..

Isk2, Nurul ni dah melalut sangat dah ni. Okey, berbalik kepada cerita asal. Sekarang, Nurul ingin memperkenalkan mereka kepada anda-anda semua.


Ini merupakan sahabat Nurul semasa di MRSM Kuala Berang. Nama dia NurFarihah Binti Muhammad Reza. Sekarang sedang menuntut di UIA Petaling Jaya dalam jurusan Foundation in Science. Bakal doktor ni kawan-kawan.. Hehe.. 

Mesti korang dah tertanya-tanyakan berapa result yang dia dapat.. Tengok gambar kat bawah ni.


credit to Syarafina Sabri

Macam mana? Nampak tak? Dia dapat 11A+ kawan-kawan. Hebat kan dia. Saya bangga dapat kawan macam dia. Dan kalau tak salah saya dia merupakan pelajar terbaik MRSM. TAHNIAH untuk awk Farihah! =)

Sahabat saya yang seterusnya ialah..


Aliaa Shafinas Mohd Don

Dia merupakan bekas pelajar SMKA Al-Irshad. Seperti Farihah, dia juga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 11A+. So proud of u friend! =) Dia memang hebat la wa cakap lu. Daripada UPSR sampailah SPM, memang tak pernah kurang bilangan A dia tu. Like her sister, Ainatul Mardhiah Mohd Don yang dulu memang terkenallah dengan kejayaannya. Nurul tak pastilah kat mana kakak dia study sekarang. Kakak dia dulu siap pernah masuk paper lagi tau. Mesti bangga kan mak bapak dia. Dan, sekarang giliran dia pulak menggembirakan hati mak bapak dia seperti gambar di bawah:


Boleh rujuk SINI

Nurul rasa setakat ini sahaja yang Nurul nak kongsikan dengan korang semua tentang kejayaan 2 orang sahabat Nurul ni..

Akhir kata daripada Nurul,

Anda Memang Hebat Sahabatku! Proud to be Your Friend.. =)

p/s: Semoga kejayaan yang dikecapi oleh sahabatku ini dapat dijadikan contoh untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM.

Sekian.. 


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Dah Selesai Semuanya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lamanya rasa tak update blog padahal baru 1 hari. Hahaha,, Sory la kawan-kawan semua. Nurul busy sangat-sangat mengisi segala jenis borang yang ada. 

Letih tu tak la, cuma penat je. Hahaha.. Alhamdulillah.. Nurul dah selesai mengisi borang UPU. Syukur sangat sebab Nurul masih layak untuk apply course yang Nurul nak tu. Semoga Nurul dapat tempat dalam Universiti yang Nurul dah pilih tu walaupun sedar terlampau sedikit orang yang mintak Universiti tu dan course itu.. Huhu..

Kepada kawan-kawan Nurul khususnya kepada para pelajar Lepasan SPM 2010.. Sila cepat-cepat mengemaskini permohonan UPU anda semua. Tarikh tutup dah dekat tu.. Jangan leka dan lalai tau. Nanti tak dapat masuk Universiti pulak.. Huhu..

Sekian sahaja dari Nurul sebab Nurul ada 1 benda lagi nak post tentang kejayaan kawan Nurul memperoleh keputusan yang teramatlah cemerlang! So proud of her! Korang nak tahu ke? Tunggu entri yang seterusnya.. Dan entri itu juga merupakan entri yang terakhir untuk Sekitar Keputusan SPM. Hehehehe.. =)




Muka excited dapat menghabiskan mengisi segala macam borang yang ada! =)

Sekian..


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sunday, March 27, 2011

Perbandingan SPM Tahun 2009 Dan 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Isk2.. Nurul ni tak habis-habis lagi dengan Sekitar Keputusan SPM 2010 ni.

Hahaha.. Biasalah.. Dah nama pun bekas pelajar SPM 2010 kan? So, mestilah nak sembang pasal semua ni.

Kali ini, Nurul nak share something yang melibatkan my beloved MRSM KUALA BERANG.


Nurul nak korang tengok perbandingan ranking untuk maktab Nurul pada tahun 2009 n 2010. Meh tengok meh!


Ranking MRSM untuk SPM 2009


1.TAIPING
2.TUN GHAFFAR BABA
3.PENGKALAN CHEPA
4.ALOR GAJAH
5.PENGKALAN HULU
6.PASIR SALAK
7.KULA KUBU BHARU
8.LANGKAWI
9.BATU PAHAT
10.KUALA LIPIS
11.BESERI
12.MUAR
13.KEPALA BATAS
14.TRANSKRIAN
15.LENGGONG
16.KUBANG PASU
17.KUANTAN
18.MUADZAM SHAH
19.BALIK PULAU
20.PONTIAN
21.PENDANG
22.KUALA KRAI
23.PDRM KULIM
24.KUCHING
25.KUALA TERENGGANU
26.KOTA KINABALU
27.MERSING
28.KUALA BERANG
29.SERTING
30.JELI
31.GEMENCEH
32.TAWAU
33.MERBOK
34.KOTA PUTRA
35.TERENDAK
36.BESUT

----)  Credit To beliamuda{dot}com


Ranking MRSM SPM 2010
  1. PENGKALAN CHEPA
  2. TUN GHAFAR BABA
  3. TAIPING
  4. LANGKAWI
  5. KUALA KUBU BHARU
  6. KUBANG PASU
  7. KUALA BERANG
  8. ALOR GAJAH
  9. KUALA TERENGGANU
  10. SERTING
  11. PENGKALAN HULU
  12. TAWAU
  13. KUCHING
  14. KEPALA BATAS
  15. MUADZAM SHAH
  16. MERBOK
  17. KOTA PUTRA
  18. PASIR SALAK
  19. PONTIAN
  20. KUALA LIPIS
  21. TERENDAK
  22. KOTA KINABALU
  23. PDRM KULIM
  24. KUANTAN
  25. LENGGONG
  26. BATU PAHAT
  27. BESUT
  28. GEMENCHEH
  29. JELI
  30. BESERI
  31. BENTONG
  32. BALIK PULAU
  33. PENDANG
  34. MERSING
  35. MUAR
  36. KUALA KRAI
  37. BETONG
    38.TRANSKRIAN

----) Credit to 2DAYBLOGGER.COM


Okey, yang tu je nak tunjuk. Sebenarnya, bukan nak riak or apa, just nak kongsi something yang membuatkan semua cikgu-cikgu yang mengajar kami rasa gembira dan sentiasa nak senyum sekarang ini. Semoga dengan ini, calon-calon SPM 2011 mampu mengikut jejak langkah kitaorang dalam menempatkan MRSM KUALA BERANG di tempat yang lebih atas.



Sekian..



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ranking SPM Untuk MRSM & SBP

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Okey, isu sekarang ni masih lagi tentang sekitar Keputusan SPM. Kali ini dengan Ranking SPM Untuk MRSM & SBP.

Nurul rasa kebanyakan orang dah tahu tentang Ranking SPM Untuk MRSM & SBP ni. Lagipun, benda ni dah kecoh dekat suratkhabar kan? So, mesti ramai dah tahu. Tapi, Nurul nak jugak share dengan korang semua tentang ranking ni. Untuk info sahaja, supaya nanti kalau ada yang tanya, janganlah jawab:

" sorrylah saya tak ambik tahu tentang ranking keputusan SPM tu"

Wah2! Nampak sangat suratkhabar pun tak baca. Yela, kalau nak diikutkan tak semua mampu nak ada line internet tapi takkan paling kurang pun, surat khabar takde? Kalau takde duit, LIBRARY pun ada. Yang penting, usaha ada untuk baca suratkhabar.

-eh, tiba-tiba nak bersyarah berleter pulak. Hehe..-

Sekarang jom kita tengok Ranking SPM 2010 Untuk  SBP...


Nampak tak? 

Nampaknya, Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir ataupun dulu dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Seremban(SASER) telah mendahului semua sekolah SBP di seluruh Malaysia. Dengan GPK 0.89, Nurul rasa mesti kebanyakan atau separuh daripada pelajar sekolah terbabit memperoleh keputusan Straight A's. So, daripada Nurul, setinggi-tinggi TAHNIAH!! Semoga kejayaan dapat dikekalkan pada tahun-tahun akan datang.

Sekarang, kita teruskan kepada Ranking SPM 2010 Untuk MRSM...


Untuk Ranking SPM 2010, MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan telah mendahului dengan memperolehi GPM 0.83. Nampaknya, MRSM PC masih lagi mengekalkan kedudukannya di tempat teratas. Seperti SASER, Nurul yakin sebahagian daripada pelajar-pelajar MRSM PC juga telah mendapat keputusan Straight A's. TAHNIAH MRSM PC! =)

Korang sebenarnya, perasan tak yang GPK SASER 0.89 manakala GPM MRSM PC 0.83. Tapi, sekolah yang diumumkan terbaik oleh Kementerian ialah SASER. Padahal kalau nak diikutkan, MRSM PC patut dijadikan sekolah terbaik. Adakah disebabkan MRSM stand for Maktab, so tak layak digelar sekolah? Apa-apa pun, semua sekolah hebat. Tak kiralah Maktab ke SBP ke yang penting pelajar-pelajar di dalam sekolah tersebut. Kalau sekolah je cemerlang, tapi para pelajar tak cemerlang, tak jadi jugak kan?
Lagipun, tak baik nama menunjuk sangat. Betul tak? Hehe...

Okeylah, setakat ini sahaja rumusan daripada Nurul untuk Ranking SPM Untuk MRSM & SBP. Maaf daripada Nurul kalau entri kali ini agak kasar. Biasalah Nurul kan ANAK MARA! Hehe.. =)

Sekian..







Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, March 26, 2011

Segmen 1 Hari 1 Blogger The Faceblog

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini ingat nak join segmen dari Admin Faceblog. Saja-saja nak join untuk mengeratkan hubungan antara rakan-rakan blogger. Baru lah orang tak kata kita sombong kan? Hehe..



...SYARAT-SYARATNYA...

-Ahli Kepada Faceblog-

**Done**

-Buat satu entry di blog-

1. Nama anda @ nickname

-Nurul Alyaa-

2. Nama blog anda & rahsia di sebalik nama tersebut

-Pena dan Kertas Berbicara Soal Hati-

-Tak de rahsia disebalik nama ni cuma masa nama blog di cipta, Nurul sedang melukis dan mencoretkan satu lukisan di atas kertas. Dan lukisan itu ialah...

Hati.. 

So, harap-harap korang dah faham lah yer...




3. Ceritakan tentang blog anda.

-Blog saya ni macam-macam ada.. Benda mengarut pun ada, benda berINFO pun ada. Macam-macam ADA-

4. Tujuan anda blogging.

Untuk mengisi masa lapang yang ada disamping ingin menambah kenalan blogger.=)

5. Harapan anda untuk blog anda.

Semoga blog ni terus sukses dan ramai follower.. 

6. Sedikit nasihat@pesanan kepada blogger lain.

Semoga kalian semua terus berjaya dalam dunia blogging ini. 

**Done**

-Letakkan banner segmen-

**Done**

Kepada sesiapa yang nak join, boleh klik SINI...

Sekian....





-


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Friday, March 25, 2011

Nak BANGGA Lagi Boleh Tak???

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ingat tak Nurul pernah buat entry tentang kejayaan Qber meletakkan tempat di ranking ke 7 MRSM Se-Malaysia dalam ENTRI ni.


Okay, boleh tak kalau Nurul nak bangga sekali lagi? Ala... Boleh la.. Kali ini je nak bangga.. Tak lama, kejap pun jadi lah.. Sebab rasa agak gumbira di sini.. Hehehe..




Sekarang ni, mungkin perkataan di atas yang sedang meniti di mulut cikgu-cikgu di MRSM Kuala Berang kerana kejayaan para pelajar Tingkatan 5 Sesi 2009/2010*i salah sorang taw* meletakkan QBER sebagai salah satu MRSM yang cemerlang.

Di sini, Nurul ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada semua cikgu-cikgu yang telah banyak membantu kami dalam mencapai kejayaan ini.*even my result not excellent like my buddies. hehe...* 
Seluruh warga Maserati Phantom ingin juga mengucapkan sekalung kalung tinggi penghargaan kepada semua warga Qber kerana menahan melayan karenah pelajar2 Tingkatan 5 09/10.

Nak tahu kenapa Nurul rasa Nak BANGGA Lagi?  Sebab.... 



Tengok la bawah.. Sorry la kalau tak berapa jelas.




Jeng2...











Ranking Subject:

Bio: 3

Add Math: 10

Math:6

Chem:5



Macam mana???? Hebat tak?? Hehe.. Tapi, mereka-mereka je yang hebat.. Nurul tak sangat.. Huhu.. Dah2, jangan sedih lagi. Nak buat macam mana, tak dak rezeki kan.. Setakat ni, ni sahaja maklumat yang Nurul dapat. Kalau ada pertambahan nanti, Nurul akan tambah lagi. But, setakat ni semua masih top 10. =) 


Agak bangga di situ yer.. Hehe..




BTW, Nurul sangat-sangat bangga dengan kedudukan kita sekarang ni. Diharapkan nama batch kita sentiasa meniti di bibir cikgu-cikgu dan menjadi contoh tauladan utk adik-adik SPM 2011..

Sekian...

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

...Congrats To All Qberianz...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Update lagi walaupun masih dalam kepenatan sekarang ini.

Alhamdulillah, selamat sampai rumah lebih kurang pukul 1.30 ptg tadi..

Nak update jugak blog ni walaupun entri pendek. So, jangan marah yer! Hehe.

Entri kali ni khas untuk semua bekas pelajar MRSM KUALA BERANG SESI 09/10..

CONGRATS TO ALL OF U..

Tahniah kerana telah berjaya meletakkan nama MRSM kita di tempat yang sepatutnya..

Saya bangga dengan kalian semua walaupun result saya tak segempak result kamu-kamu.

Yang penting, Nurul bangga dengan keputusan Nurul dan bangga menjadi salah seorang pelajar tahun 09/10..

Tahniah sekali lagi buat kita semua kerana telah berjaya membuat cikgu2 bangga dengan kita. Semua cikgu senyum sahaja dengan kejayaan kita.

Kita telah membuktikan yang kita boleh berjaya! Tahniah kawan-kawan...

Hope persahabatan yang terjalin kekal selamanya.. 

Korang nak tahu tak no berapa ranking MRSM Nurul... Jom baca bawah ni..


Nampak tak? MRSM KUALA BERANG dengan GPM 1.73.. Mendapat tempat ke-7 dalam ranking MRSM Se-MALAYSIA.. Siap masuk paper lagi. Bapak bangga gila rasa.. Haha..

Okeylah, last sekali 

TAHNIAH SEKALI LAGI BUAT SEMUA MASERATI PHANTOM 09/10...

Sekian..

p/s: Boleh rujuk SINI

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, March 23, 2011

Alhamdulillah.. Semua dah Terjawab!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sorry kepada semua kerana lama tak update blog. Seperti yang sedia maklum, Nurul sangat-sangat la sibuk.

Sekarang pun masih berada di Kuantan, Pahang. After breakfast esok, baru bertolak pulang ke Batu Pahat, Johor.

Entri ni pun maybe pendek saja. Nak inform yang Nurul dah selamat mengambil result di MRSM Kuala Berang tadi..




Walaupun sampai agak lambat tadi, jalan sesak sikit la.. Tapi, still kena ambik result jugak..

Korang mesti tertanya-tanya result Nurul kan? Ala, tak payah la tanya..

Tak penting kot rasanya.. Tapi, syukur alhamdulillah.. Result itu masih boleh dibanggakan...

Sekarang, tengah pening nak pilih kos ape? Nak mintak scholarship pun macam tak lepas je..

Aish, sedih la pulak rasanya.. Tapi, Nurul apply je semuanya. Ada kesah dengan syarat-syaratnya?

Hehe.. Lagipun, tak salah mencuba kan? Kalau ada rezeki, dapatlah.. Kalau tak, kirim salam je..

Nurul harap sangat-sangat dapat scholarship.. Senang sikit. Tak menyusahkan parents..

Okeylah.. Setakat ini sahaja yang nak cerita. Sapa-sapa rasa nak tahu result Nurulm silalah tanya sendiri yer! Hehe....

p/S: Malu nk publish result sendiri. Tak sehebat Hanisa Sabrina. Congrats to her....

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Friday, March 18, 2011

Siapakah Yang Bertuah Itu??

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Okey, ini merupakan entri kedua yang Nurul pernah cakap sebelum ini dan ini merupakan entri yang terakhir sebelum Nurul memulakan perjalanan ke Pulau Pinang pada hari esok. *baju xpacking lagi.hehe..*

SIAPAKAH YANG BERTUAH ITU??

Entri ini Nurul buat khas untuk 2 orang follower Nurul yang bertuah. Nurul pilih berdasarkan nombor bertuah yang Nurul suka-suka nak pilih.. Aci tak? Hehe..

Tapi, Nurul tak dapat nak kenalpasti siapa yang menjadi orang yang bertuah ini. Dan, Nurul harap dia boleh mengaku yang gambar yang dibulatkan dibawah ini adalah KAMOO!! Baik mengaku je, rugi kalau taknak mengaku. So, kepada KAMOO!! KAMOO!! KAMOO!! yang rasa-rasa gambar yang dibulatkan dibawah, adalah gambar kamoo, silalah comment. Tinggalkan sekali link blog taw. Senang nak masuk blog kamoo and bagi something..

Jom tengok kat bawah ni..



...Follower ke 169...


...Follower ke 200...

So.. Diulang sekali lagi, Sesiapa yang rasa itu adalah diri kamoo... Silalah comment entry ini.. Cepat2 taw.. Sebab Nurul nak buat another entri untuk appreciate kamoo semua..

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Terima Kasih Awak!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang diberitahu di entry ini, Nurul akan buat 2 entri sekaligus yang mana padat dan mampat.. Haha..

Yang ini merupakan entri yang pertama. Entri ini merupakan entri khas Nurul kepada seseorang. Nurul ingin mengucapkan jutaan TERIMA KASIH AWAK! kepada dia.

Nak tahu dekat siapa Nurul ucapkan terima kasih ni?. Sebenarnya, Nurul ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Budak Kuat Makan kerana telah meletakkan Blog Nurul ni dalam bloglist dia.

Terima Kasih Awak! Jom tengok bawah ini..


Nurul punya blog masuk dalam kategori Buah Beri.. Comel-comel. Suka sangat-sangat. Terima kasih tau.

Setakat ni sahaja entri kali ini. Sorry kalau membosankan..

Sekian...



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

...Kesibukan Melanda Diri...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Wah! Tajuk memang dahsyat. Hehe.. Sebenarnya, memang agak sibuk sikit dalam bulan Mac ni. Tak percaya ke? Jom tengok schedule Nurul.



7 Mac: Test Kereta(walaupun GAGAL.sob3)

8 Mac: Test Moto (Lulus. =))

10 Mac-13 Mac: Berada di Dungun, Terengganu

15 Mac: Test Kereta Ulangan (Lulus. Syukur..)

18 Mac: Perjalanan ke Pulau Pinang

18 Mac- 21 Mac: Menghadiri konvokesyen kakak di Politeknik Pulau Pinang

21 Mac: Perjalanan pulang ke Batu Pahat, Johor

22 Mac: Perjalanan pergi ke Kuala Berang, Terengganu

23 Mac: Ambik result SPM(Takutnya!!!)

24Mac: Akan berada semula di Batu Pahat, Johor

So... Sekarang tengah sibuk nak packing barang-barang untuk ke Pulau Pinang. Namun, Nurul akan cuba mengupdate blog ni. Nurul akan cuba curik-curik masa kejap untuk update blog ni supaya tak terbiar.

p/s: Nurul akan buat dua entri sekaligus lepas ni yang mana satu untuk ucapan terima kasih kepada seseorang dan satu lagi untuk menghargai follower Nurul. 2 Follower Nurul yang bertuah akan mendapat award! =)

Sekian..



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Thursday, March 17, 2011

IRMA HASMIE bertudung ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Okey, kali ini nak update lagi dengan berita yang agak mengejutkan Nurul. Hehe..

Korang nak tahu ke berita apa?Jom la baca sampai habis. 

Sebenarnya, tadi Nurul merajinkan diri untuk berblogwalking kejap. Then, terjumpa satu entri ni dekat dashboard Nurul. Entri yang dikeluarkan oleh Faraa Halim.

Entri yang menceritakan tentang Irma Hasmie bertudung.. Wah!! Betul ke? Mesti korang tak berapa nak percaya kan? Tak pe, tunggu. Kita tengok gambar ni.


Macam mana? Dah percaya ke tak? Comel kan bila Isma pakai tudung.. Nurul suka gila bila dia pakai tudung. Nampak comel saja. Btw, Nurul harap sangat Isma kekalkan imej ni supaya lebih ramai penyokong dia. And, nampak lebih sweet je...

Semoga dengan penampilan yang macam ni, Isma akan dapat jodoh yang lebih baik. Semoga Isma tabah juga menghadapi dugaan yang diturunkan. Nurul suka Isma punya lakonan sangat-sangat. 

Kepada korang semua, contohilah Isma Hasmie yang sudah semakin berubah ni.. Hehe...

Sayang Isma Hasmie lebih!!!

p/s: Sebenarnya Nurul tak pasti betul ke tak berita ni. Just nak kongsi.. =)

Sekian...


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Family Day at MayangSari Resort, Dungun Terengganu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, Nurul akan cuba menceritakan serba sedikit tentang Family Day yang Nurul pergi hari tu.

Family Day ini diadakan di MayangSari Resort, Dungun Terengganu. Korang tahu ke kat mana? Confirm tak tahu melainkan korang tu orang Dungun.. Hahaha..

Sebenarnya, kalau boleh taknak cerita panjang-panjang, takut orang bosan pulak nak baca kan? Lagipun, tak berapa nak menarik sangat kalau cerita pasal ni kan? Back to the story, Nurul bertolak dari Batu Pahat, Johor pada hari Jumaat malam. Selepas adik balik dari sekolah, terus meneruskan perjalanan ke Terengganu. Memang penat kalau travel malam-malam ini. Sampai kat Kuantan dalam pukul 1.00 pagi. Terpaksa berhenti kat Kuantan sebab abah tak mampu nak meneruskan perjalanan yang mungkin memakan masa lebih 3 jam. Lagipun, Nurul dan adik beradik dah letih sangat-sangat(padahal duduk dalam kereta je.. hahaha)..

Sampai je hotel lepas sembahyang, terus tertidur. Bangun lebih kurang 6.30 pagi. Fuh! Memang kena tahan la mata ni.. Mengantuk lagi kot. Tapi, disebabkan nak meneruskan perjalanan lagi, so TERPAKSA bangun. Huhu.. Pagi tu Nurul dan adik beradik breakfast kat HOTEL.. Best sangat-sangat. Banyak ooo makanan.(isk,macam xbiasa lak dia ni.. hehe..) Okey, korang nak tahu satu perkara tak?

Meh2.. Nak gitau.. Tapi, sebelum tu tengok dulu gambar ni.


Ni lah perkara yang Nurul nak bagitahu. Nurul pakai baju kurung pagi tu for the first time after almost three months.. Hahaha.. Tiba-tiba je rasa macam lain.. Hehe..


Nurul lagi dalam pakaian baju kurung..

Mesti korang tertanya-tanyakan kenapa Nurul pakai baju kurung pagi tu? Sebenarnya, Nurul nak pergi kahwin kenduri.. Hehe.. Kenduri kahwin la atau kalau kat Terengganu ni, diorang panggil makan gulai. Huhu..
Kenduri kahwin tu sebenarnya kawan mak punya. Orang Felda Rasau 2. Check in masuk MayangSari pukul 2 lebih. Satu bilik dengan kakak dan satu villa dengan mak dan abah.. Hehe.. Adik dapat villa lain tapi last2 datang tidur villa yang sama dengan kitaorang. Hehe. Nak dipendekkan cerita, lepas check in terus kena siapkan diri untuk aktiviti sukaneka. Yahooo.... Menang no 3 kot.. Best gila la... Masa sukaneka tu, kitaorang kena pakai baju free.. Oops! Biasalah kata family day kan.? Hehe..


Nilah baju free... Hahaha..

Malam pulak, ada SUPERB DINNER>!!


Antara makanan yang dihidangkan... Sedap la....


Kek pun ada.. Jangan jeles ye korang.. =)


My sis dengan kawan mak.. Anak-anaknya sangat COMEL..


Main sorok2.. Hehe..Masa ni dah nak balik dah. Kat sana hujan la.... Angin kuat. Ombak bergelora. Nasib baik semuanya selamat semasa aktiviti dijalankan..


My adik yang agak POYO.. Haha... Sorry to say. Dia ni perasan sikit dah sebab kena puji yang dia HANDSOME. wek! 

Okeylah.. Rasanya setakat ni jelah nak cerita. Macam yang Nurul cakap, tak berapa nak best sangat cerita pasal ni. Agak membosankan! Hope korang tak marah... =)

Sekian..


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, March 16, 2011

Ben Ashaari: Blogger Ikut Negeri Kelahiran

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini ingat nak join Segmen Ben Ashaari

Lama tak join segmen Abg Ben. So, saja2 nak join kali ini. *padahal malas nak update blog lagi* 

Hehe.. Gurau jep! 

Okey, jom kita teruskan, lagipun tak baik buang masa kan? =)

1) Letak banner


**DONE**

2) Ceritakan latar belakang anda.

Okey, nama saya Nurul Alyaa. 
Umur 18 tahun.
Lahir di Kedah.
Dibesarkan di Pulau Pinang.
Belajar di Terengganu.
Stay dekat Batu Pahat, Johor.

Nak lagi ke? Tanyalah Nurul sendiri.

and Nurul is Single and Available. Huhu..

**DONE**

3) Profesion anda sekarang?

Menjadi penganggur tetap. Akan bekerja tidak lama lagi. Maybe kot. Tengah tunggu result SPM.  Dah...

**DONE**

4) Blog favourite anda.. Kenapa?

Mestilah blog Ben Ashaari. Sebab senang nak loading, cepat. Entri menarik. Tapi, jarang boleh komen, sebab dah terlalu ramai yang komen.. Hehe.. So, just jadi silent reader je kot..  Dan juga menyimpan impian agar beliau sudi menerjah blog ini dan menjadi followerku. *walaupun agak mustahil, tpi xsalahkan menyimpan angan2, hehe..* 

**DONE**

5) Blog yang anda tak suka masuk... Kenapa?

Blog yang susah nak loading and lambat je keluar template. Blog yang ada autoplayer. Buatnya ada sakit jantung, memang jalan la jawabnya.. Huhu. Dan blog yang mempunyai entri yang tulisan kecik2. Memang sadis betul.. Hehe..

**DONE**

6) Impian anda terhadap blog anda.

Hope supaya blog ini kekal and banyak follower. InsyaAllah... Dan dapat menambah pendapatan saja. Hehe..

**DONE**

Okey, dah siap... 

Sekian.........



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM