Khamis, 10 Mac 2011

JOM MAIN KUTU...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kawan-kawan semua, JOM MAIN KUTU..

Eh, korang tahu ke main kutu tu ape? Isk3.. Kesiannya.. Tak tahu yer. Meh Nurul terangkan serba sedikit tentang main kutu ini..

Main kutu ini adalah permainan duit. Ianya seolah-olah tabungan yang kita simpan pada orang lain. Duit itu akan dikutip setiap awal bulan atau minggu dan jumlahnya akan berlipat kali ganda menjelang giliran kita untuk mendapat wang kutu. Main kutu juga adalah salah satu cara untuk mengumpulkan wang..

Tetapi, AWAS!! Jangan ingat senang-senang je nak main kutu ni. Kita kena tahu baik dan buruknya permainan ini supaya kita tak tersalah langkah dan ini akan merugikan kita. Biasanya permainan ini dimainkan oleh makcik-makcik yang duduk di kampung ataupun budak-budak sekolah dan jarang sekali dimainkan oleh penduduk di bandar yang mempunyai kerjaya.

Jom, mari sama-sama kita tengok baik dan buruknya MAIN KUTU ini.

...KEBAIKAN MAIN KUTU...

1. Mudahnya mendapat wang...



Mudah dan fleksibel untuk mendapatkan wang. Tiada faedah dan tidak memerlukan penjamin. Kita pasti rasa gembira dengan hasil kutipan dan apabila tiba dengan giliran kita, tentu sudah terfikir barang apa yang hendak dibeli kan??? =)

2. Mengajar kita menabung...


Wujudnya sikap menyimpan dan disiplin menabung wang. Jadi, bagi kita yang boros, cubalah bermain kutu dan ia akan 'memaksa' kita untuk menyimpan duit setiap bulan untuk diserahkan kepada wakil kutu.

3. Semakin ramai kenalan...


Eratkan tali persahabatan serta sikap setia kawan sesama ahli kumpulan. Setiap orang pasti ada ragamnya. Namun, pembentukan kumpulan ini sudah pasti akan merapatkan hubungan kita sesama rakan. Mendapat ramai kenalan tentulah idea yang bagus untuk kita.


...KEBURUKAN MAIN KUTU...

1. Gaduh sesama sendiri?

Boleh menyebabkan pergaduhan sesama ahli kumpulan akibat masalah sikap seperti kawan makan kawan, tidak menepati janji dan juga tidak amanah. Kita harus mempunyai sikap percaya antara satu sama lain agar tidak timbul isu ini.

2. Liat membayar wang kutu...

Mungkin ada di antara ahli kumpulan kita yang liat membayar wang? Pasti pening si 'ibu kutu' untuk mengutip wang. Pasti ada sahaja alasan yang diberikan bukan? Jadi, jangan biarkan kawan-kawan kita bengang dengan kita ok?

3. Tempoh masa yang lama...

Bayangkan, jika kumpulan kita terdiri daripada 20 orang, dan giliran kita adalah yang terakhir. Kita pasti tidak sabar menunggu giliran bukan? Mungkin masa yang diambil hampir setengah tahun. 


Jadi, kita tentukanlah. Jika ia bermanfaat pada kita, teruskan sahaja. Tetapi, jika sering mengalami masalah, fikirkan semula untuk bermain kutu. Sememangnya ia adalah salah satu cara menabung, tetapi jangan tertipu yer...

Credit to Remaja- Tip Bajet...

So, macam mana?  Nak main ke taknak? Hehe.. Renung-renungkan dan selamat beramal! =)

Sekian..



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wah, lama gler da x men kutu..hehe..alyaa main kutuk ke skrg neyh??

AlyaaIBH berkata...

owh.. tak pun.. hehe.. last main mse sek rendah klu xsilap. hehe..

hanisa sabrina berkata...

dulu main kutu . best bila dah dapat duit tu . tapi bila kena tunggu lama lama mcm malas gila

AlyaaIBH berkata...

hanisa: hehe.. betul tu.. then, mulalah ase malas nak bayar.. hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM