Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entri kali ini agak menyedihkan sedikit + beremosi... So, kalau nak baca, silakanlah..
Malam tadi, lebih kurang 8 malam, Nurul dikejutkan dengan satu berita yang menyedihkan.
Ayahanda kepada salah seorang sahabat baik Nurul iaitu Wan Norhafizah binti Wan Razali telah kembali ke rahmatullah..
Ayahandanya, Wan Razali telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 5.15 pagi tadi.
Nurul sangat-sangat terkejut kerana Nurul pernah menghubunginya dan bertanyakan tentang keadaan arwah ayahnya. Memang Nurul akui, masa tu arwah dah sangat agak teruk. Tapi, masih boleh bertahan katanya.
Tetapi, bila berita ini sampai di pengetahuan Nurul, lemah rasanya lutut kaki Nurul ini. Hanya sempat menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.. Tak terkata dengan ucapan masa itu.
Nurul mendoakan semoga arwah ayahanda awak ditempatkan di dalam golongan yang beriman dan ditempatkan di tempat yang sepatutnya. Nurul harap awak tabah dalam menghadapi dugaan yang diturunkan oleh Allah kepada awak. Sesungguhnya, Allah lebih menyayangi arwah. Tabahlah menghadapi dugaan ini. Ingatlah Allah sentiasa bersama dengan kita..
Untuk pengetahuan semua, arwah menghidap penyakit brain cancer. Pernah menjalani pembedahan di otak. Namun, kesan yang dialami arwah agak teruk. Semoga arwah tenang di sana dan terlepas dari derita yang dialami selama ini..
Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Semoga dengan ini, arwah dapat tenang di sana..
WARKAH UNTUK HAFIZAH, SAHABATKU...
Assalamualaikum sahabatku..
Kehadapan Hafizah,
Saya percaya awak kuat untuk menghadapi dugaan yang diturunkan kepada awak. Saya tahu awak faham dan mengerti yang Allah lebih menyayangi arwah. Kuatkanlah diri sahabatku, Ingatlah yang Allah ada bersama-sama kita. Saya ingin sekali berada bersama awak sekarang ini. Saya ingin bersama-sama awak seperti mana awak perlukan saya suatu ketika dahulu. Disaat awak mencurahkan segala-galanya. Saya tak tahu samada rakan-rakan kita yang lain tahu atau tidak kisah yang sebenarnya. Awak jangan risau. Saya akan simpan segala rahsia yang pernah awak ceritakan kepada saya. Saya akan simpan sehinggalah awak membenarkan saya untuk menceritakan segala-galanya kepada rakan-rakan kita. Akhir sekali, saya doakan awak dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini. Saya sayang dan rindu awak, Hafizah. Jagalah adik-adik awak dengan baik-baik..
Sekian...
p/s: Kepada sesiapa yang membaca entri ini, diminta untuk menyedekahkan Al-fatihah untuk arwah...
AL-FATIHAH>>>
6 ulasan:
Al-Fatihah buat beliau~
Al-Fatihah...moga tabah yer nurul..
al-fatihah...sy tak tahu langsung sal berita ni..smga fizah dapat cekalkan hatinya..anyway, tq alyaa bgtau sal ni...kalau x , saya lgsung tak tahu la jwbnya
Insyallah Allah merahmati roh beliau & org2 beriman yang lain. Aminn
thanks semuanya.. sama-samalah kita doakan supaya beliau tabah menghadapi dugaan ini..
amin~~
amin :)
Catat Ulasan