Khamis, 31 Mac 2011

Katakan 'No' Pada Lelaki Jenis Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini Nurul nak berkongsi sesuatu yang Nurul rasa penting untuk pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta sekarang ini. 

So, sila TAKE NOTE 

Terutamanya kepada kaum wanita di luar sana supaya korang semua tak terpedaya dengan lelaki-lelaki yang jenis macam ini.

Antaranya:


  • Merayu pada kamu untuk datang ke rumahnya
  • Kaya dengan kata-kata manis dan pujuk rayu
  • Cuba mengambil kesempatan terhadap kamu misalnya awal-awal lagi berani menyentuh kamu
  • Menjauhkan diri dari kamu ketika menjawab panggilan
  • Mengajak kamu ke tempat-tempat yang sunyi dan jauh dari orang. Alasannya, perlukan 'privacy' tetapi hakikat sebenarnya kamu sendiri tak pasti mengagaknya.
  • Takut memperkenalkan kamu pada teman-teman dan ahli keluarganya
  • Terlalu banyak undang-undang. Misalnya tidak boleh menghubungi si dia pada waktu-waktu tertentu dan sebagainya
  • Terlalu banyak alasan setiap kali kamu mencurigai sikapnya. Menggunakan wang dan kekayaan untuk menarik perhatian perempuan.
  • Ada waktu-waktu tertentu si dia menyepi tanpa berita kemudian tiba-tiba muncul dengan pelbagai alasan
Credit to Remaja.

So, kepada sesiapa yang berkenaan, sila ambil perhatian dengan perkara yang di atas. Jangan biarkan diri anda diselubungi MISTERI~~ Hahahaha...


p/s: Jadi lelaki yang baik dan taat pada ajaran agama supaya hidup akan sentiasa diberkati. Hubungan pun direstui. =)


Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

2 ulasan:

muCux berkata...

i pernah ada bf yg mempunyai smue ciri2 di atas dan
selamat tinggal sayang!!!!

AlyaaIBH berkata...

hehehe.. baguslah tu. xpayah la nak dibuat BF kalau cm 2.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM