Sunday, October 30, 2011

Kelebihan dan Kekurangan Si Kidal..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sudah malam ye nampaknya. Oklah, kali ni Alyaa nak kongsikan sesuatu dengan korang semua. Tajuk kali ini ialah Kelebihan dan Kekurangan Si Kidal.  Memandangkan Alyaa ni merupakan salah seorang daripada golongan si kidal ini, so rasanya agak sesuai untuk Alyaa kongsikan dengan korang semua tentang benda2 ni. Ada beberapa fakta yang diberikan betul, namun ada juga yang bercanggah sedikit. Huhu.



Jom, kita baca artikel tentang Kelebihan dan Kekurangan Si Kidal ni. ^-^

Kelebihan Si Kidal

Menulis
Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.

Kreativiti 
Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

Kamera
Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.

Kekurangan Si Kidal

Kesukaran

Menulis dalam buku tebal(diari, buku laporan, dll)  akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku. Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.

Penggunaan Peralatan 
Kebanyakan peralatan yang dijual hanya untuk tangan kanan sahaja. Contohnya Kerusi meja( kerusi kuliah): Penggunaan kerusi meja di dalam kuliah dicipta khas untuk orang tangan kanan sahaja. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kiri dapat memanfaatkan setiap ruang yang ada. 

Oklah, rasanya yang ini saja Alyaa nak kongsikan dengan korang semua. Jumpa lagi untuk entry seterusnya yang bertajuk, Fakta Tentang Si Kidal. ^-^

sumber: HERE

Sekian.. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA