Assalamualaikum semua..
Nampaknya hari pun dah nak masuk petang kan? Harini Alyaa nak kongsikan sesuatu dengan kawan-kawan semua. Artikel ni Alyaa jumpa masa tengah on9 kat FB. Hehe. Tajuk artikel ni ialah..
Kebaikan Air Mata
Seperti yang kita tahu, wanita adalah antara yang paling banyak mengeluarkan air mata. Tak kiralah sebab sedih ke ataupun sebab terlampau gembira. Hal ni disebabkan wanita mempunyai hati yang lembut dan cepat terasa apabila disentuh walaupun sedikit. Hehe.. Korang semua pun mesti pernah menangis kan? Tipulah kalau korang takpernah menangis dan keluarkan air mata korang sepanjang korang hidup kan? Haha..
Sekarang ini jom kita tengok kebaikan air mata yang kita selalu keluarkan tuu.. Hehe..
1. Membantu penglihatan
dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-
bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang
mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.
3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis menurunkan level depresi dengan menangis, mood seseorang akan terangkat
kembali. Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis emosi mengandung 24 % protein albumin yang berguna
dalam mengawal sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa
air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu
menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.
5. Mengurangi stressBagaimana menangis mengurangi stres? Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu
endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap stress, air mata juga membantu
melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
6. Mengenal erti sosial
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dalam
masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan teman-temannya atau
seseorang , dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.
7. Melegakan perasaan
Semua orang ingin merasa demikian. Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan,
namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan
jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.
Sekian.
Nota kaki:
Menangislah banyak2 untuk melegakan segala yang terbuku di fikiran dan minda kita. =)
1 ulasan:
sangat sangat sangat setuju . dpt legakan perasaan.
Catat Ulasan