Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini 18 Oktober 2011. Lagi dua hari genap 20 Oktober 2011. Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa Nurul tiba2 je boleh nak sebut pasal tarikh2 ni kan. Oklah, sekarang Nurul nak bagitahu follower2 Nurul sekalian dan juga silent reader(eh, ade ke? haha) blog Nurul ni yang Nurul akan buat sedikit perubahan dan penyesuaian dekat blog ni. Lagipun, kalau ada la yang perasan, dah ada sedikit perubahan kan? Itupun kalau korang semua perasan lah kan. Haha..
Entry kali ini mungkin pendek sahaja kerana entry ini pun untuk makluman semua sahaja. Nurul harap korang semua take note lah pasal ni k. Takut nanti korang semua tercari-cari lak blog Nurul ni. Haha, ok fine! Perasan jap. Hehe.
Mungkin ada juga yang tertanya-tanya kenapa Nurul nak tukar URL blog la, apa la. Erm.. Sebenarnya, Nurul ada sebab Nurul sendiri. Buat masa ni, Nurul tak akan bagitahu lagi sebab musabab tu. Tapi, mana tahu kan nanti satu hari Nurul rajin pulak nak bukak mulut untuk cerita hal yang sebenar kan. Huhu.. Nurul tahu akibat dan kesan sekiranya Nurul tukar URL blog ni. Tapi, daripada tangguh2 lagi, better tukar sekarang. Lagipun, Nurul ingat nak tambahkan lagi bilangan follower. So, bila guna URL yang mudah dan ringkas, senang sikit nak promote kan? Haha..
Dan lepasni jugak maybe Nurul dah tak guna panggilan Nurul dalam entry2 yang Nurul akan postkan. Nurul akan lebih prefer dengan nama Alyaa. =) Lagipun, ramai kawan2 Nurul tertanya2 kenapa guna Nurul dalam blog? Kenapa takguna je Alyaa? Huhu.. So, lepas ni dah takde dah yang tanya. Haha.. Senang kerja.
Erm.. Lagi satu kan... Tibe2 terlepas kat fikiran. Rasanya macam tak best je blog kalau takde bloglist. Kan3? Haha. So, insyaAllah, Nurul akan buat satu bloglist lepas ni. Itu pun kalau ada orang nak join. Kalau tak, Nurul akan pick up secara random je daripada senarai2 follower Nurul. Huhu..
Oopps! Rasanya macam dah terlebih panjang pulak entry kalini kan. Oklah tu, bukan senang sekarang ni Nurul nak buat entry panjang2. Susah ooo.. Haha.. Nurul harap semoga dengan perubahan yang Nurul akan buat ni akan dapat diterima baik oleh semua orang. Doakan Nurul dapat menyiapkan segala-galanya dengan baik, okey?
Semoga bertemu di lain entry.
Sekian..
0 ulasan:
Catat Ulasan