Ahad, 16 Oktober 2011

Perginya Seorang Insan Yang Dikasihi, Dirindui dan Disayangi. ='(

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mood dalam entry kalini agak sedih dan pilu. Untuk makluman semua, Nurul baru sahaja kehilangan seorang insan yang sangat nurul rindu saat dan ketika ini. Perginya beliau kerana telah dijemput oleh Allah S.W.T. Sedih dan sebak masih terasa di hati ini. Pemergian arwah ke rahmatullah memang tidak diduga pada awalnya namun hati seorang anak tetap kuat menyatakan yang arwah akan pergi meninggalkan kami semua.

Lebih kurang pukul 12.25 tengah hari, 15.10. 2011, arwah tok(nenek) telah pergi meninggalkan kami semua di alam fana ini. Tok telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Parit Buntar. Sedih bertandang di hati sebab arwah tok tak sempat nak tengok kami semua saat-saat akhir arwah. Hari sebelumnya iaitu hari Jumaat, semua keluarga telah berkumpul di hospital untuk menziarah  tok. Masa tu, tok nampak sedang enak tidur selepas diberi makan ubat. Sayu rasa hati melihat keadaan tok yang nampak tak bermaya, lemah dan susut tubuh badannya. Kami semua ternanti-nanti tok bukak mata masa tu. Tapi, tok taklarat nak bukak mata. Tok tidur je. Masa tu, Nurul dah takberapa sedap hati. Tapi, Nurul tak sampaikan pada mak dan abah sebab taknak mak dan abah risau dan khuatir.

Nurul sekeluarga pulang ke rumah setelah waktu melawat di hospital tamat. Awalnya kami sekeluarga ingin menetap di kampung,tetapi atas sebab2 tertentu, jadi terpaksa pulang. Lagipun, kampung dengan rumah Nurul tak jauh mana. Perjalanan memakan masa 1 jam setengah saja. Malam tu, menurut kata mak, abah takdapat tidur lena kerana asyik memikirkan keadaan tok. Abah mengaji saja pada sepanjang malam tu. Sememangnya naluri abah sebagai seorang anak lelaki sulung takdapat disangkal lagi.

Pagi Sabtu tu, abah pulang dulu ke kampung untuk melihat keadaan tok. Tapi, siapa sangka kali itu adalah kali terakhir abah melihat tok. melihat tok bertarung dengan nyawa di saat-saat akhir. Dan xsiapa juga menduga, ziarah kami semua pada hari Jumaat itu adalah ziarah kami yang terakhir.. =( Abah yang berada di hospital saat itu sempat mengajar arwah kalimah La Illahaillaallah sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Masa arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir, Nurul, mak dan adik beradik masih lagi dalam perjalanan pulang ke Perak. Masa sampai disana, jenazah telah sampai dari hospital. Segala urusan diselesaikan secepat mungkin oleh pihak2 yang terlibat. Selepas jenazah dimandikan dan dikafankan, kami satu keluarga diminta untuk berkumpul disisi arwah. Ciuman dan dakapan kali terakhir diberikan oleh kami untuk arwah.

Nurul masih ingat saat Nurul mencium dahi arwah masa tu. Sayu sangat. Air mata mengalir tanpa dipinta. Sedihnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Namun, Nurul redha atas pemergian arwah tok. Mungkin dah sampai waktunya. Lagipun, arwah tok dah cukup terseksa dengan sakit-sakit yang ada. Kesian arwah tok..

Nurul berdoa supaya arwah tok ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah.  Semoga tok dapat berjumpa di wan di syurga sana. Nurul juga berdoa supaya arwah tok tenang disana. Amin.


#google#

#sorry kalau entry terlampau panjang#

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM