Ahad, 27 Mac 2011

Ranking SPM Untuk MRSM & SBP

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Okey, isu sekarang ni masih lagi tentang sekitar Keputusan SPM. Kali ini dengan Ranking SPM Untuk MRSM & SBP.

Nurul rasa kebanyakan orang dah tahu tentang Ranking SPM Untuk MRSM & SBP ni. Lagipun, benda ni dah kecoh dekat suratkhabar kan? So, mesti ramai dah tahu. Tapi, Nurul nak jugak share dengan korang semua tentang ranking ni. Untuk info sahaja, supaya nanti kalau ada yang tanya, janganlah jawab:

" sorrylah saya tak ambik tahu tentang ranking keputusan SPM tu"

Wah2! Nampak sangat suratkhabar pun tak baca. Yela, kalau nak diikutkan tak semua mampu nak ada line internet tapi takkan paling kurang pun, surat khabar takde? Kalau takde duit, LIBRARY pun ada. Yang penting, usaha ada untuk baca suratkhabar.

-eh, tiba-tiba nak bersyarah berleter pulak. Hehe..-

Sekarang jom kita tengok Ranking SPM 2010 Untuk  SBP...


Nampak tak? 

Nampaknya, Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir ataupun dulu dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Seremban(SASER) telah mendahului semua sekolah SBP di seluruh Malaysia. Dengan GPK 0.89, Nurul rasa mesti kebanyakan atau separuh daripada pelajar sekolah terbabit memperoleh keputusan Straight A's. So, daripada Nurul, setinggi-tinggi TAHNIAH!! Semoga kejayaan dapat dikekalkan pada tahun-tahun akan datang.

Sekarang, kita teruskan kepada Ranking SPM 2010 Untuk MRSM...


Untuk Ranking SPM 2010, MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan telah mendahului dengan memperolehi GPM 0.83. Nampaknya, MRSM PC masih lagi mengekalkan kedudukannya di tempat teratas. Seperti SASER, Nurul yakin sebahagian daripada pelajar-pelajar MRSM PC juga telah mendapat keputusan Straight A's. TAHNIAH MRSM PC! =)

Korang sebenarnya, perasan tak yang GPK SASER 0.89 manakala GPM MRSM PC 0.83. Tapi, sekolah yang diumumkan terbaik oleh Kementerian ialah SASER. Padahal kalau nak diikutkan, MRSM PC patut dijadikan sekolah terbaik. Adakah disebabkan MRSM stand for Maktab, so tak layak digelar sekolah? Apa-apa pun, semua sekolah hebat. Tak kiralah Maktab ke SBP ke yang penting pelajar-pelajar di dalam sekolah tersebut. Kalau sekolah je cemerlang, tapi para pelajar tak cemerlang, tak jadi jugak kan?
Lagipun, tak baik nama menunjuk sangat. Betul tak? Hehe...

Okeylah, setakat ini sahaja rumusan daripada Nurul untuk Ranking SPM Untuk MRSM & SBP. Maaf daripada Nurul kalau entri kali ini agak kasar. Biasalah Nurul kan ANAK MARA! Hehe.. =)

Sekian..







Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM