Ahad, 20 Februari 2011

Sudu dan Garfu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang, jam menunjukkan pukul 2.15 a.m. Tapi, mata masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu tidur.

So, sebelum tanda-tanda mengantuk sampai, ingat nak update sikit blog tentang cakerama yang Nurul tonton pukul 10.00 p.m tadi..

Ceritanya sangat la best. Kelakar pun ada. Tajuk cekerama tu SUDU DAN GARFU..

Nak tahu kenapa cerita tu dinamakan sudu dan garfu? Haha.. Rasa-rasa kenapa? Sebelum tu, jom kita kenal dengan pelakon-pelakon yang menjayakan cerekarama ini..

Tahniah kepada mereka semua! Great Jobs, Guys!

FAUZI NAWAWI

memegang watak sebagai ANDY.

SITI SALEHA

memegang watak sebagai ALYA.

(tiba-tiba rasa glamour pulak dia guna nama Alya.. hehe..)

Cerita ini mengisahkan tentang Andy dan Alya yang berjiran di sebuah taman. Alya yang baru mendapat pekerjaan telah menumpang rumah sahabatnya yang kebetulan bersebelahan rumah Andy. Andy dan Alya sering bersengketa, tak kira di mana sahaja mereka berjumpa. Memang kelakar masa mereka bergaduh. Namun, tanpa sedar, mereka telah pun berkenalan antara satu sama lain di 'alam maya' ataupun chatting. 

Andy telah menggunakan gelaran HANDSOME dan Alya sebagai JELITA. Handsome telah jatuh hati pada Jelita tanpa mengetahui yang Alya adalah Jelita yang sebenarnya sehinggalah satu pertemuan diaturkan oleh mereka. Setelah masing-masing mengetahui status diri, segalanya berubah. Alya mula menerima Andy dalam diam-diam.

Kedatangan ibu Alya telah menamatkan sengketa antara mereka. Alya cuba berbaik-baik dengan Andy dengan menghantar makanan kepada Andy yang sakit dek kerana menolong ibu Alya yang hampir diragut itu. 
Alya yang sememangnya seorang yang pemalas mula merungut kepada ibunya tentang perangai Andy, namun tidak diendahkan oleh ibunya.

Ada satu bahagian yang menarik minat Nurul apabila ibu Alya berkata..

"Kamu berdua ini ibarat sudu dan garfu, kamu, Alya sebagai garfu dan Andy sebagai sudunya"

"Walau sering berbeza haluan namun akhirnya akan bertemu juga, iaitu di pinggan"

(dialog ini hanya direka, namun maksudnya lebih kurang sama untuk menggambarkan walaupun mereka sering bersengketa, nescaya akan bersatu juga)

Alya yang pada mulanya, sukar untuk mempercayai teori sudu dan garfu ini, mula memahami sedikit demi sedikit sehinggalah pada penghujung cerita, Andy bertanya pada Alya satu soalan:

Andy: " Aku nak tanya satu soalan, boleh?"

Alya: " Apa dia, tanyalah?"

Andy: "Kau makan guna apa? Sudu ke Garfu?"

Alya: " Sudulah

Akhirnya,

Andy: "Kalau begitu, izinkan aku untuk menjadi sudumu walaupun aku bukan sudu impianmu"

Dan akhirnya, mereka telah berbaik dan saling jatuh cinta.

Apa yang menariknya dalam cerita ini, ianya umpama gabungan cerita-cerita P Ramlee yang dimodenkan dan diubah jalan ceritanya Ceritanya sangat menarik.

Rasa-rasanya, tak payahlah Nurul terangkan lagi kenapa cerekarama kali ini tajuknya Sudu dan Garfu. Semua dah faham kan? Kalau tak paham lagi, boleh tanya la.

Kesimpulannya,

  Janganlah terlalu bencikan seseorang itu kerana kelak kita yang akan menyayanginya.

Sekian..









Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

2 ulasan:

ιѕмaιl pυтra aιdιl adнa berkata...

hahaha cam sweet je sudu and garfu ^^

AlyaaIBH berkata...

betul3.. sweet sangat diorang.. hehe.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM