Isnin, 21 Februari 2011

SAAT TERAKHIR...



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini entry Nurul berkaitan dengan sebuah lagu dan seorang manusia yang juga merupakan classmate Nurul, Muhammad Hamizan bin Sukeri. 

smart tak? Hehe..


Erm... Entahlah.. Tiba-tiba je rasa nak tulis pasal dia.. Lagipun, baru je dengar lagu Saat Terakhir ini. Mesti semua tertanya-tanya apa kaitan Hamizan ni dengan lagu Saat Terakhir kan? Sila baca sampai habis. InsyaAllah semuanya akan jelas nanti..

SAAT TERAKHIR. Lagu ini pernah dinyanyikan oleh Hamizan masa pertandingan QBER IDOL yang diadakan di maktab Nurul pada Minggu Aktiviti Sem 1/2010. Nurul masih ingat lagi waktu sebelum Hamizan menyanyikan lagu ini, dia pernah berkata:

"Lagu ini ditujukan khas kepada orang yang tersayang"

Waktu ini memang kecoh la. Mulalah bunyi suara-suara sumbang yang berbisik sesama sendiri. Hehe.. Relax suda.. Biasalah tu kan. Gimik saja..Korang nak tahu tak? Suara Hamizan ni sangatlah best dan sedap. Kalau dalam kelas, hampir setiap hari kitaorang dengar dia menyanyi. Tak sakit un telinga nie sebab suara dia memang mendayu-dayu. Tapi kan malam tu, masa pertandingan, dia menyanyi dengan penuh perasaan. Feeling habis wa cakap lu! Kebetulan masa tu dia ada gossip dengan budak perempuan 1 batch dengan Nurul iaitu HAMIDAH BINTI AWANG. Dia ni memang kecoh la kat maktab. Tapi bila kena usik je tentang Hamizan, terus senyap! Hahaha.. *ketawa jahat*.. Jap2, best kan pasangan ni..

HAMIDAH & HAMIZAN

Nama dekat-dekat je, senang nak ingat. Tapi, itu semua gosip je. Tak de pape un. Kami un saja-saja je nak usik depa ni. BEST OOO! Nak tahu kenapa best? Sebab yang seorang tu pendiam(HAMIZAN), seorang lagi kecoh satu maktab(HAMIDAH).. Hehe.. Memang tak boleh lawan la suara dia. Memang sedap! So, memang rezeki dia la kan! Dia menang la pertandingan tu. Sejak tu, dia mula dikenali satu maktab. Yela, dia kan pendiam sikit, so tak ramai yang kenal dia ditambah pulak kami ni 2nd intake punya. Nak dipendekkan cerita, memang agak kurang dikenali. Kelas kami pun di hujung dunia. Dekat dengan Dewan Selera pulak tu, Sadis betul.

Erm. Sebab tulah masa Nurul dengar lagu ni, Nurul teringat kat dia. Lagipun, kami kan classmates. 2 tahun bersama, susah dan senang, kami hadapi bersama. Kena denda un satu kelas, kena marah un satu kelas. Memang kenangan la. Dialah satu-satunya 'PENYERI' dalam kelas kami. Sekarang, dia ada dekat PLKN dekat Kuala Kangsar.

Lama Nurul tak dengar berita dari dia sampailah di saat Nurul mencoretkan entry ni. Tetapi, ada suatu yang mengejutkan Nurul apabila terpandangkan akan suatu PROFILE PIC dekat FB Nurul ni. Gambar Hamizan dengan Si Dia. Si Dia? Siapakah tu? Biarlah rahsia.. Hehe. Wah! Terkejut taw Nurul. Tak sangka pulak dalam diam mereka berdua menaruh hati. (isk2, yeke?). Pandai mereka menyembunyikan hubungan mereka daripada pengetahuan kami semua. Yela, batch kami ni memang BUSYBODY sikit. Boleh dikatakan semua yang couple kantoi dengan kami. Tak kiralah yang satu batch ataupun  batch bawah kami. Hahaha.. Hebat tak kitaorang? *WELL*

Sekarang ini, satu persoalan yang timbul di benak fikiran Nurul.

Adakah lagu SAAT TERAKHIR yang dinyanyikan itu ditujukan untuk SI DIA?

Jeng3...

Nurul pun masih lagi mencari jawapan kepada persoalan yang sengaja ditimbulkan di benak fikiran Nurul ni. Apa-apa pun TAHNIAH la buat mereka berdua ni.

Lastly, kepada HAMIZAN DAN SI DIA, Nurul doakan korang berbahagia hingga akhir hayat dan kekal hingga ke jinjang pelamin.. Huhu.. (dalam hati menangis kesdihan..sob3) Kepada Si Dia, jagalah Hamizan sebaik mungkin. Jangan kecewakan dia, jagalah hubungan korang baik-baik. Sebenarnya, SI DIA ni ada blog. So, kalau terbaca entry ni, Jangan marah yer!

p/s: Harap2 dpat BF @ suami yang pandai menyanyi macam Hamizan.. Haha.. 

Sekian..




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

2 ulasan:

Mimi Zulkifli berkata...

dapat kat mn GMBR MIJE TUH???
marah shatin nanti...heheheheh

AlyaaIBH berkata...

hahaha.. biarlah rahsia!! dia xbaca kot entry ni. hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM