Khamis, 30 Disember 2021

Ceritera Blok 1, Semester 1

Assalamualaikum dan selamat petang semuaaaa

Alhamdulillah akhirnyaaaa aku punya kekuatan untuk bukak blog dan update entry haha. Setelahh sekian lama aku dok berkira kira bila agaknya masa yang sesuai untuk menaip entry baru. Alang alang harini rasa macam malas nak belajar (hari hari malas sebenarnya eh 😜) , jadinya aku curi masa sat nak update blog ni. Ikutkan tahun ni nak aktif balik main blog tapi sesungguhnya kita hanya lah mampu merancang, tak gituu? Haha. Padahal banyak jee entry dalam draft aku tapi tak terpublish lagi. Lepasni la aku publish sikit sikit berhabuk dah pa duduk dalam folder draft lama sangat ahaks.

So, apa perkembangan terkini? Haha, masih lagi menjadi seorang pelajar. Masih struggle. Dah lama sebenarnya tinggal belajar dan exam ni jadinyaaa faham faham lah nak pickup balik mood tu macam mana hihi. Alhamdulillah, aku sudah pun tamat separuh masa pertama (haha dah macam main bola pulak yaa 😂) untuk semester 1 pada November lalu dan pada awal bulan haritu (10/12/2021) adalah paper exam terakhir aku dalam Blok 1, Semester 1 ni. Sebelum ni ingat sempat lah nak update blog sesambil belajar kan, bolehlah jadikan sebagai kenangan tapi kesibukan yang melanda terpaksa lah tunda niat tu. Mungkin boleh mula balik untuk Blok 2, Semester 1 sekarang ni HAHA, moga Alya rajin. 


Aku dapat banyakkkk soalan dari rakan rakan terdekat akuu kenapa aku dok sebut sebut ada blok 1 dan blok 2 ni? Belajar master ni macam mana? Haha. Baiklah, mari aku ceritakan serba sedikit dalam entry kalini. Sebenarnya, sebelum masuk program ni pun, aku tak pernah tau macam mana cara orang postgraduate belajar; untuk coursework lah, kalau research tu kita dah boleh bayang lah jugak kan. Tambah dengan kos aku ambil, yang duluu aku selalu rasa amaze betul dengan orang yang sambung speciality ni (sebab aku tauuu mmg susah uhuk), tapi bila aku sendiri yang hadap memang patutlah orang akan look up to people yang ambik bidang ni; susah huuuui haha 😅 (Marilah doakan seorang Alya berjaya harungi ya hihi) 


Ok sebelum aku terus mengarut, marilah ke soalan yang sebenar haha. Disebabkan COVID-19 yang masih belum pulih sepenuhnya, maka Fakulti Farmasi mengambil keputusan untuk buat kursus kami fully online. (Kalau perasan intake postgrad bulan Oktober kan, waktu ni Menteri IPT dah beri kebenaran untuk pulang ke kampus pada 15 Oktober, dan UiTM pula keluarkan kenyataan secara berperingkat untuk pelajar pulang ke kampus). Jadinya, to be on the safe side, team pensyarah semua dah tetapkan untuk buat semua secara atas talian cumanya jadi a bit susah la bila libatkan kursus aku yang perlukan hospital attachment. Oleh sebab itu, untuk batch aku sahaja (setakat ni lah makluman yang dapat), kesemua subjek teori dibawa ke semester 1 dan semua aktiviti melibatkan attachment (latihan lanjutan) di bawa ke semester 2 dan seterusnya dissertation projek pada semester 3. 

Dipendekkan cerita, disebabkan jumlah subjek teori yang kena ambil sepanjang pengajian master ni adalah 5 subjek dengan jam kredit sebanyak 4.0 untuk setiap subjek, makanya terpaksalah dipecahkan kepada 2 blok demi untuk tidak membebankan otak kami sebagai pelajar ni haha. Bayangkan lah nak carry subjek semua dalam satu semester dan nak exam semua serentak fuh lemas babe, postgraduate punya level pulak bukan calang2 tauuu (ya, aku pun baru tau bila dah masuk alam postgrad ni haha 😂). Jadinya bila dah pecah kepada dua blok ni, dapatlah kami fokus dulu pada 3 subjek untuk blok 1 dan selebihnya pada blok 2. Untuk blok 1 libatkan 9 minggu, begitu juga dengan blok 2. Kami punya cuti, test, assessment semua memang agak berbeza sedikit dari kursus postgrad yang lain. Cuti sem punn seminggu sajaa; itupun akan struggle siapkan projek haha 😆 

Susah tak belajar ikut blok ni? Susahhhh juga la bagi aku sebab silibus semua cramp dalam satu blok tu, sebab selalunya stail UiTM akan kena belajar untuk 14 minggu kan, tapi untuk kami semua PnP dalam 6 minggu sajaa. Haha, susah tapi tak mustahil. Penat sikit lah sebab jadual aku memang pack betul sejak masuk belajar ni; jenuh selit aktiviti bersama keluarga kalau tidak memang depan laptop sajalah akuuu haha. Alhamdulillah, apa2pun selesai dah blok 1 punya final exam. (Please doakan kami lulus semuaa subjek blok 1 tuuu). 

Dan sekarang, tengah hadapi blok 2. Aku sedang berada di minggu 12 mengikut kalendar UiTM (Ikut sistem blok kami, aku di minggu 3 blok 2, semester 1). Masih mencari rentak. Untuk blok 2 ni lain sikit stail para pensyarah, jadi memang kena betul betul cepat tangkap dan belajar sendiri, kalau tidak memang tertinggal, sunggah tak tipu. Lepasni inshaAllah kalau aku rajin, aku update penilaian kami macam mana dan juga cara kami menjawab final exam hihi moga Alya rajin. Kalau ditambah cerita sini memang panjanglah entry kalini haha. 

Tak banyak pun nak cerita pasal blok 1 semester 1 ni sebab basically memang hari hari kelas dari pagi sampai petang, malam pun ada sekali dua ataupun ada discussion malam2, takpun sambung study untuk next class, tidur, bangun pagi, kelas lagi dan ulang ulang sampai habis kuliah untuk blok 1. In between tu adalah asssessment yang kami kena buat kan untuk continuous assessment (penilaian berterusan). Overall untuk blok 1, semester 1 ni memang struggle tapi Alhamdulillah dikurniakan dengan classmates yang sangat membantu jadi rasa perit tu bukan kita sorang tapi bersama sama hahaha

Secara ringkasnya, aku setuju bila orang kata dunia postgrad ni dunia belajar yang agak sunyi haha, nak dibandingkan dia punya excitement tu tak sama macam zaman undegraduate dulu (Degree, Diploma). Tapi overall, kalau dapat classmates yang membantu, inshaAllah akan fun fun juga postgrad life korang. Lagipun sekarang kan belajar online, jadi dia punya level of sunyi, boring tu  another level sikit sebab hang basically berkawan dengan laptop saja di rumah ahaks. Memang kena pandai urus masa sendiri supaya tak ter over stress dengan belajar, projek dan sebagainya. Ada masa memang kena keluar jalan2, ambik angin luar, pi weekend getaways ka ikutlah mana mana asalkan dapat keluar sekejap dari tempat yang korang duduk di rumah tuu, gituuu. 

Aku rasa sampai sini dulu aku update entry harini. Esok inshaAllah kalau rajin aku up lagi satuu entry sebagai penutup 2021 ni. Kira macam rumusan terus tentang perjalanan hidup aku sepanjang 2021 ni hahaha macam orang kisah pulak kan tapi takpelah nanti aku boleh baca balik suatu hari nanti mana tau kot ada tercerita wishlist yang tidak kesampaian lagi ahaks. 

Jumpa lagi di lain entry.

Salam sayang,

Alyaa 💓


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 17 Oktober 2021

Kembali menjadi seorang pelajar ✨

Hai Assalamualaikum semuaaaa !!! ðŸĨģ

Kembali lagi kita dalam entry yang baruuuu untuk harini. Hahha setelah hampir sebulan aku menghilangkan diri tak update entry dekat sini, fuh akhirnyaaa datang balik kerajinan pada diri untuk menaip hihi.

Dalam tempoh sebulan ni, macam macam lahhh yang jadi yaaa sebab tuuu aku tak sempat sangat nak luangkan masa menaip entry baruuu dekat sini. Last entry akuuu adalah pasal aku positif COVID-19 tuuu kann, aku pun Alhamdulillah dah rasa sihat dah sekarang ni cumanya kadang2 tuuu lah rasa macam nak terbatuk sikit sikit macam tuu.  

Entry kalini aku tak berhajat nak taip panjang panjang sebab aku cuma nak bagitau (update) perkembangan akuu sekarang ni hahaha acah macam ada nak baca yaa entry kamu ni, Alyaaaa. Haha takpalah kurang kurang nanti aku akan baca balik entry akuu ni hehe.

Seperti tajukkk yang terteraa di atas, aku telah punn selamat kembali menjadi seorang pelajar Sarjana di UiTM ðŸĨ° Mulanya aku ingat nak rahsiakan saja dari orang lain tapi bila fikir balik, aku perlu doa dari semua orang untuk doakan kejayaan aku dalam pengajian Sarjana akuu ni makanya akuu pun buat keputusan untuk bagitauu sajaaa dekat Twitter, Instagram dan juga di Whatsapp status akuu haha. Terasa macam influencer yaaa bila update harituu terus berderuuu DM masuk, message masuk haha. Jadinya sekarang masa untuk bagitau di blog juga walaupun belum tentu ada yang nak membaca nya haha ðŸĪĢ

InshaAllah, pengajian aku masih di dalam bidang Farmasi. Masih sayang pada farmasi walaupun susah amat kursusnyaaa hahaha 😭 Moga pengorbanan yang aku buat untuk sambung belajar ni, nanti akan ada hasilnya amin ✨ Susah juga sebenarnya aku nak buat keputusan untuk sambung belajar ni; al maklumlah dengan keadaan sekarang yang masih lagi dalam keadaan pandemik. Aku harap semuanya baik baik saja nanti. Bila dah lama tinggal belajar ni, aku akan struggle sikit la nak mula balik proses pembelajaran ni haha, tambahan pula sekarang ni aku masih belajar online untuk Semester 1. InshaAllah, akan pulang ke kampus bila dah Semester 2 dan keatas 😚

Bagi yang membaca entry kalini, aku mohon doakan akuuu, doakan akuuu dapat habiskan pengajian Sarjana akuu ni dengan jayanyaa. Moga aku lulus cemerlang semuaaa subjek yang adaa. Aku ni bukanlah pelajar cemerlang sangat masa Sarjana Muda duluu, tapi aku akan cuba sehabis baik untuk buat yang terbaik bagi Sarjana kalini. Jadi, aku sangat memerlukan doa dari semua; dari mereka yang mengenali aku secara langsung ataupun tidak langsung; moga aku dapat grad on time (GoT) dan dapat kerja yang baik lepas tuuu inshaAllah amin ðŸĪē

Oh btw, aku jugaaa nak kongsikan di sini yang aku pun dah meninggalkan KKM pada bulan lepas; setelah membuat timbang kira semua. Lagipun, kontrak aku bakal berakhir November ni; jadinya aku ambil keputusan untuk keluar awal sedikit demi menyambung pengajian aku. InshaAllah ada masa aku buat entry baruu pasal perpisahan akuu dengan KKM lahh tiber sedih betul yaa bunyi perpisahan ituu hahaha 😂

Sampai sini duluuu aku update; inshaAllah bertemu lagi nanti di lain entry. Kalau dah tak nampak sangat entry dari aku tuu faham faham sajalah yaaa, sibuk menjalani kehidupan seorang pelajar begituuu hehe ðŸĪŠ Sungguh padat ya jadual pelajar Sarjana ni; mungkin sebab setahun pengajian sajaa haha 😌

Satu gambar kenangan secara virtual semasa sesi perkenalan pelajar Sarjana bersama Dekan Fakulti Farmasi UiTM ❤️

Jumpa lagi yaa di lain entry.

Salam sayang,
Alyaa ❤️



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 13 September 2021

Akhirnya, aku POSITIF Covid-19 😭

Assalamualaikum dan selamat malam semuaaa !

Bertemu lagi kita dalam entry baru di dalam bulan yang baruu 😁 Mungkin entry kalini ringkas saja dari akuuu untuk update keadaan semasa aku kalini. Seperti tajuk yang dinyatakan, aku akhirnyaaaa tewas jugaa dan menjadi mangsa kepada virus yang ganas ini; virus COVID-19 ðŸ˜ĢðŸ˜Đ Masih jelas dalam ingatan aku hari dimana akuu lihat dua garisan yang jelas pada kit ujian kendiri COVID-19 (COVID-19 Self Test Kit). Rasa macam direntap jantung waktu tuu sambil fikir apaaa laaa nasib ahli keluarga aku yang lain pulak lepasni haih ðŸ˜Đ  Terutamanya Abah aku laa, sebab aku tahu Abah aku mesti akan fikir macam macam bila anak anak dia kena jangkitan COVID-19 ni ðŸ˜Ģ

SMS kiriman KKM yang menyentap pagi hari akuu haritu 😭

Buat yang bertanya, aku sebenarnyaa merupakan close contact (kontak rapat) kepada adik aku sendiri; yang disahkan positif melalui test kendiri yang dia buat sebelum dia masuk kerjaa malam (night shift) hari Sabtu malam baru ni (4/9/2021). Masa adik aku bagitau aku pasal result tu, aku tengah berada di rumah sewa aku untuk uruskan bilik sewa aku sebab aku dah last month dah menyewa bilik, jadi agak sibuk la masa tu. Dari rumah sewa aku singgah ke farmasi duluu untuk nak beli oximeter dan thermometer. Dah lama aku plan nak beli untuk letak dekat rumah sebagai persediaan tapi tak terbeli, bila dah adik aku positif tiba tiba ni kena lah beli siap siap. Balik rumah adik aku buat test lagi sekali untuk double confirm dan keputusan masatu masih lagi dua garisan; jadinya confirm lah yang adik akuuu positif dann perlu buat laporan di MySejahtera. Aku pun buat juga ujian kendiri tuu sebab nak pastikan kami ahli keluarga yang lain tak sangkut dengan COVID-19 ni. Alhamdulillah masa tu result aku negatif. Begitu juga dengan keputusan kakak aku dan ayah aku. Alhamdulillah masa ni rasa seronok sangat, sebab yalah at least kuarantin saja tak perlu risauu nak kena jangkitan ka apa kann.

Keputusan ujian makmal aku yang keluar lebih awal dari adik aku ðŸĪ§

Tapi, bak kata orang; ku sangkakan panas sampai ke petang, tapi rupanya hujann di tengahari begituu. Malam pertama kena kuarantin tuu aku telah melakukan perkara yang agak bodoh sebenarnya haha bila difikirkan balik, tapi memang dah takdir untuk aku nak kena kan, aku pun redha saja ðŸĪē Benar SOP yang ditetapkan KKM tu, bila dah kena duduk kuarantin dengan orang positif, sebaiknya elak buat kontak terus dan asingkan segala makanan, minuman alatan dan sebagainya. Kenapa aku cakap macam tuuu? Sebab aku juga terkena ahaha adeh. Salah akuu juga, dari terhindar dari virus, akuu menjemput dia kedalam badan aku sebab aku berkongsi thermometer (alat cek suhuuu) dengan adik akuu ðŸ˜Đ Kebetulan sebenarnya, aku memang dah demam pada 1/9/2021 tuu sehari lepas cuti Merdeka tuu dan aku dapat MC sampai dua hari sehingga 2/9/2021. Waktu ni memang aku sangat yakin aku bukan kena COVID-19 sebab demam biasa biasa sajaaa dan aku rasa tak sedap telinga; ada jangkitan dalam telinga (aku memang yakin waktu ni demam sebab jangkitan telinga (ear infection) yang tak lega lagi walaupun dah on antibiotik). Jadinyaaa dah alang-alang membeli thermometer kan, aku pun ingat nak cek suhu badan aku sama la, tanpa memikirkan masa tuuu yang akuuu dah cek suhu badan adik akuu dan ada air liur diaa di situu 😭 



Negatif COVID-19 pada malam 4/9/2021

Positif COVID-19 pada pagi 8/9/2021

Jadinyaaaa, dipendekkan cerita, hari ke 4 aku menjadi kontak rapat, aku masih sihat sejahtera sempat buat macam macam kerja rumah lagi dan dah plann macam macam wehh almaklumlah dapat rehat panjang sikit sebab kontak rapat kena kuarantin at least 14 hari kann hihi 😂 Sekali nyaaa bila dah petang sikit aku dah mula rasa tak sedap badan, rasa lemah lain macam. Dah sampai malam tuu memang badan rasa seram sejukk dah tapi sempatlah lepak di ruang tamu bawah dengan kakak dan ayah aku. Naik atas untuk tidur malam tu; try cek suhu lagi sekali ambik hang; tinggi betul sampai 38.4 ‘C ðŸĪ§  Masa ni ikutkan aku memang dah makan antibiotik (terpaksa tunda temujanji aku dengan pakar KPJ sebab dah jadi kontak rapat masa tu), jadinya lagi sekali aku rasa demam sebab jangkitan haha. Malam tu memang tak dapat lena sangat ikutkan sebab badan rasa panas sangat, dah mula batuk dan selsema. Tapi masa ni memang demam yang paling kuat sekali aku rasa, tak pernah demam panas macam ni sekali. 

Suhu badan aku pada malam pertama aku diserang virus yang jahat ituuuu ‼️

Harini dah 13/9/2021. Makanya dah masuk hari ke 5 aku disahkan positif COVID-19 dan sedang berkuarantin di rumah. Sampai sekarang masih belum di panggil untuk ke mana mana Covid Assessment Centre (CAC) di tempat tinggal aku ni; mungkin sebab di negeri aku ni kes tengah mencanak naik sampai tidak terurus. Aku kecewa sikit la sebenarnya sebab pengurusan macam tak berapa jelas sikit di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) di negeri tempat tinggal aku ni. Bayangkan adik aku dah positif sejak 4/9/2021 (Sabtu), tapi hari Rabu (8/9/2021) baru diberi tarikh untuk buat swab test; itu pun RTK Antigen sahaja dan sampai saat aku taip entry ni status dia dalam MySejahtera hanyalah sebagai kontak rapat akuu bukan sebagai kes positif. Kalau kena dekat orang yang tak jujur, mesti akan ambil sambil lewa saja jalan ke sana ke mari yalah dah dalam MySejahtera status masih biruuu “Low Risk, No Symptoms”. Memang tempting betul nak keluar merata waktuu ni 😅 

Jadi, macam mana aku punya boleh jadi lajuu dan MySejahtera tukar jadi merah? Alkisahnya lepas dah dapat result ujian kendiri tuu, aku terus bagitau dekat boss tempat kerjaaa aku yang aku positif COVID-19. Korang pun tahu kan, aku sekarang ni masih di bawah bumbung KKM, jadinya bila dah jadi staff KKM ni SOP yang ditetapkan dah jadi lain; dah kira jadi top prioriti pulak kes aku ni begituuu. Boss besar tempat kerja aku pun maklumkan yang aku boleh buat swab test (RT PCR) di tempat kerja aku sendiri untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pengesahan positif COVID-19 ni. Pagi 9/9/2021 (sehari lepas aku buat ujian kendiri tu), aku pun pergi buat RT PCR di tempat kerja aku. Dan sebelah malam dalam pukul 10 malam lebih dah terima panggilan pengesahan 😭 Begitulah serba sedikit cerita macam mana aku disahkan positif terlebih dahulu dari adik aku (kiranya MySejahtera aku bertukar merah cepat dari adik aku) dan bagaimana aku dapat pakai gelang pink dulu dari adik akuu haha; pening bukann. Ikutkan 15/9/2021 ni dia dah habis kuarantin tapi masih tak dipakaikan gelang sampai saaat ni dan tiada surat kuarantin diberikan (harap dapat tuntut surat kuarantin lepasni untuk mudahkan urusan kami semua) ðŸĪē

Ini MySejahtera aku dan ahli keluarga yang lain bila masukkan nama adik aku sebagai orang positif COVID-19; ikutkan kami boleh ja melilau pu merata sebab kontak kasual masih bebas ke mana mana begituu tapi kami duduk rumah saja sbb kami tau betapa kontak rapatnyaa kami sekeluarga.

Ok, aku rasa dah panjang sangat aku taip entry untuk kalini. Ini pun taip sesambil tengok Netflix haha sajalah nak share pengalaman kena COVID-19 di sini nanti di masa hadapan bolehlah baca lagi, kenang kenangan hidup di era pandemik ini 😂 InshaAllah lepasni aku buat entry lain cerita pasal simptoms yang aku hadapi sepanjang kena COVID-19 ni; apa yang aku buat sepanjang kuarantin, macam mana nak buat bila kena kuarantin di rumah dan lain lain lagi yang berkaitan hehe. Semoga aku terus rajin dan semangat nak menaip. Doakan aku dan keluarga aku cepat sembuh yaaa, diberi kekuatan untuk hadapi ujian yang satu ni amin amin ðŸĪē Ikutkan aku pun baru ja rasa kuat sikit harini itu yang rasa nak menaip tuuu, sebelum ni banyak rehat sajaaa sebab memang badan rasa lemah sangat, jadi tak bermaya dan rasa nak baring sajaa ðŸ˜Ģ Pleaseee semorang yang terlintas dengan entry ni mohon doakan buat aku dan keluarga yaa moga tiada yang serius berlaku pada kami semua amin amin ðŸĪē

Jumpa lagi di lain entry,

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM