Isnin, 13 September 2021

Akhirnya, aku POSITIF Covid-19 😭

Assalamualaikum dan selamat malam semuaaa !

Bertemu lagi kita dalam entry baru di dalam bulan yang baruu 😁 Mungkin entry kalini ringkas saja dari akuuu untuk update keadaan semasa aku kalini. Seperti tajuk yang dinyatakan, aku akhirnyaaaa tewas jugaa dan menjadi mangsa kepada virus yang ganas ini; virus COVID-19 😣😩 Masih jelas dalam ingatan aku hari dimana akuu lihat dua garisan yang jelas pada kit ujian kendiri COVID-19 (COVID-19 Self Test Kit). Rasa macam direntap jantung waktu tuu sambil fikir apaaa laaa nasib ahli keluarga aku yang lain pulak lepasni haih 😩  Terutamanya Abah aku laa, sebab aku tahu Abah aku mesti akan fikir macam macam bila anak anak dia kena jangkitan COVID-19 ni 😣

SMS kiriman KKM yang menyentap pagi hari akuu haritu 😭

Buat yang bertanya, aku sebenarnyaa merupakan close contact (kontak rapat) kepada adik aku sendiri; yang disahkan positif melalui test kendiri yang dia buat sebelum dia masuk kerjaa malam (night shift) hari Sabtu malam baru ni (4/9/2021). Masa adik aku bagitau aku pasal result tu, aku tengah berada di rumah sewa aku untuk uruskan bilik sewa aku sebab aku dah last month dah menyewa bilik, jadi agak sibuk la masa tu. Dari rumah sewa aku singgah ke farmasi duluu untuk nak beli oximeter dan thermometer. Dah lama aku plan nak beli untuk letak dekat rumah sebagai persediaan tapi tak terbeli, bila dah adik aku positif tiba tiba ni kena lah beli siap siap. Balik rumah adik aku buat test lagi sekali untuk double confirm dan keputusan masatu masih lagi dua garisan; jadinya confirm lah yang adik akuuu positif dann perlu buat laporan di MySejahtera. Aku pun buat juga ujian kendiri tuu sebab nak pastikan kami ahli keluarga yang lain tak sangkut dengan COVID-19 ni. Alhamdulillah masa tu result aku negatif. Begitu juga dengan keputusan kakak aku dan ayah aku. Alhamdulillah masa ni rasa seronok sangat, sebab yalah at least kuarantin saja tak perlu risauu nak kena jangkitan ka apa kann.

Keputusan ujian makmal aku yang keluar lebih awal dari adik aku 🤧

Tapi, bak kata orang; ku sangkakan panas sampai ke petang, tapi rupanya hujann di tengahari begituu. Malam pertama kena kuarantin tuu aku telah melakukan perkara yang agak bodoh sebenarnya haha bila difikirkan balik, tapi memang dah takdir untuk aku nak kena kan, aku pun redha saja 🤲 Benar SOP yang ditetapkan KKM tu, bila dah kena duduk kuarantin dengan orang positif, sebaiknya elak buat kontak terus dan asingkan segala makanan, minuman alatan dan sebagainya. Kenapa aku cakap macam tuuu? Sebab aku juga terkena ahaha adeh. Salah akuu juga, dari terhindar dari virus, akuu menjemput dia kedalam badan aku sebab aku berkongsi thermometer (alat cek suhuuu) dengan adik akuu 😩 Kebetulan sebenarnya, aku memang dah demam pada 1/9/2021 tuu sehari lepas cuti Merdeka tuu dan aku dapat MC sampai dua hari sehingga 2/9/2021. Waktu ni memang aku sangat yakin aku bukan kena COVID-19 sebab demam biasa biasa sajaaa dan aku rasa tak sedap telinga; ada jangkitan dalam telinga (aku memang yakin waktu ni demam sebab jangkitan telinga (ear infection) yang tak lega lagi walaupun dah on antibiotik). Jadinyaaa dah alang-alang membeli thermometer kan, aku pun ingat nak cek suhu badan aku sama la, tanpa memikirkan masa tuuu yang akuuu dah cek suhu badan adik akuu dan ada air liur diaa di situu 😭 



Negatif COVID-19 pada malam 4/9/2021

Positif COVID-19 pada pagi 8/9/2021

Jadinyaaaa, dipendekkan cerita, hari ke 4 aku menjadi kontak rapat, aku masih sihat sejahtera sempat buat macam macam kerja rumah lagi dan dah plann macam macam wehh almaklumlah dapat rehat panjang sikit sebab kontak rapat kena kuarantin at least 14 hari kann hihi 😂 Sekali nyaaa bila dah petang sikit aku dah mula rasa tak sedap badan, rasa lemah lain macam. Dah sampai malam tuu memang badan rasa seram sejukk dah tapi sempatlah lepak di ruang tamu bawah dengan kakak dan ayah aku. Naik atas untuk tidur malam tu; try cek suhu lagi sekali ambik hang; tinggi betul sampai 38.4 ‘C 🤧  Masa ni ikutkan aku memang dah makan antibiotik (terpaksa tunda temujanji aku dengan pakar KPJ sebab dah jadi kontak rapat masa tu), jadinya lagi sekali aku rasa demam sebab jangkitan haha. Malam tu memang tak dapat lena sangat ikutkan sebab badan rasa panas sangat, dah mula batuk dan selsema. Tapi masa ni memang demam yang paling kuat sekali aku rasa, tak pernah demam panas macam ni sekali. 

Suhu badan aku pada malam pertama aku diserang virus yang jahat ituuuu ‼️

Harini dah 13/9/2021. Makanya dah masuk hari ke 5 aku disahkan positif COVID-19 dan sedang berkuarantin di rumah. Sampai sekarang masih belum di panggil untuk ke mana mana Covid Assessment Centre (CAC) di tempat tinggal aku ni; mungkin sebab di negeri aku ni kes tengah mencanak naik sampai tidak terurus. Aku kecewa sikit la sebenarnya sebab pengurusan macam tak berapa jelas sikit di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) di negeri tempat tinggal aku ni. Bayangkan adik aku dah positif sejak 4/9/2021 (Sabtu), tapi hari Rabu (8/9/2021) baru diberi tarikh untuk buat swab test; itu pun RTK Antigen sahaja dan sampai saat aku taip entry ni status dia dalam MySejahtera hanyalah sebagai kontak rapat akuu bukan sebagai kes positif. Kalau kena dekat orang yang tak jujur, mesti akan ambil sambil lewa saja jalan ke sana ke mari yalah dah dalam MySejahtera status masih biruuu “Low Risk, No Symptoms”. Memang tempting betul nak keluar merata waktuu ni 😅 

Jadi, macam mana aku punya boleh jadi lajuu dan MySejahtera tukar jadi merah? Alkisahnya lepas dah dapat result ujian kendiri tuu, aku terus bagitau dekat boss tempat kerjaaa aku yang aku positif COVID-19. Korang pun tahu kan, aku sekarang ni masih di bawah bumbung KKM, jadinya bila dah jadi staff KKM ni SOP yang ditetapkan dah jadi lain; dah kira jadi top prioriti pulak kes aku ni begituuu. Boss besar tempat kerja aku pun maklumkan yang aku boleh buat swab test (RT PCR) di tempat kerja aku sendiri untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pengesahan positif COVID-19 ni. Pagi 9/9/2021 (sehari lepas aku buat ujian kendiri tu), aku pun pergi buat RT PCR di tempat kerja aku. Dan sebelah malam dalam pukul 10 malam lebih dah terima panggilan pengesahan 😭 Begitulah serba sedikit cerita macam mana aku disahkan positif terlebih dahulu dari adik aku (kiranya MySejahtera aku bertukar merah cepat dari adik aku) dan bagaimana aku dapat pakai gelang pink dulu dari adik akuu haha; pening bukann. Ikutkan 15/9/2021 ni dia dah habis kuarantin tapi masih tak dipakaikan gelang sampai saaat ni dan tiada surat kuarantin diberikan (harap dapat tuntut surat kuarantin lepasni untuk mudahkan urusan kami semua) 🤲

Ini MySejahtera aku dan ahli keluarga yang lain bila masukkan nama adik aku sebagai orang positif COVID-19; ikutkan kami boleh ja melilau pu merata sebab kontak kasual masih bebas ke mana mana begituu tapi kami duduk rumah saja sbb kami tau betapa kontak rapatnyaa kami sekeluarga.

Ok, aku rasa dah panjang sangat aku taip entry untuk kalini. Ini pun taip sesambil tengok Netflix haha sajalah nak share pengalaman kena COVID-19 di sini nanti di masa hadapan bolehlah baca lagi, kenang kenangan hidup di era pandemik ini 😂 InshaAllah lepasni aku buat entry lain cerita pasal simptoms yang aku hadapi sepanjang kena COVID-19 ni; apa yang aku buat sepanjang kuarantin, macam mana nak buat bila kena kuarantin di rumah dan lain lain lagi yang berkaitan hehe. Semoga aku terus rajin dan semangat nak menaip. Doakan aku dan keluarga aku cepat sembuh yaaa, diberi kekuatan untuk hadapi ujian yang satu ni amin amin 🤲 Ikutkan aku pun baru ja rasa kuat sikit harini itu yang rasa nak menaip tuuu, sebelum ni banyak rehat sajaaa sebab memang badan rasa lemah sangat, jadi tak bermaya dan rasa nak baring sajaa 😣 Pleaseee semorang yang terlintas dengan entry ni mohon doakan buat aku dan keluarga yaa moga tiada yang serius berlaku pada kami semua amin amin 🤲

Jumpa lagi di lain entry,

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM