Ahad, 17 Oktober 2021

Kembali menjadi seorang pelajar ✨

Hai Assalamualaikum semuaaaa !!! 🥳

Kembali lagi kita dalam entry yang baruuuu untuk harini. Hahha setelah hampir sebulan aku menghilangkan diri tak update entry dekat sini, fuh akhirnyaaa datang balik kerajinan pada diri untuk menaip hihi.

Dalam tempoh sebulan ni, macam macam lahhh yang jadi yaaa sebab tuuu aku tak sempat sangat nak luangkan masa menaip entry baruuu dekat sini. Last entry akuuu adalah pasal aku positif COVID-19 tuuu kann, aku pun Alhamdulillah dah rasa sihat dah sekarang ni cumanya kadang2 tuuu lah rasa macam nak terbatuk sikit sikit macam tuu.  

Entry kalini aku tak berhajat nak taip panjang panjang sebab aku cuma nak bagitau (update) perkembangan akuu sekarang ni hahaha acah macam ada nak baca yaa entry kamu ni, Alyaaaa. Haha takpalah kurang kurang nanti aku akan baca balik entry akuu ni hehe.

Seperti tajukkk yang terteraa di atas, aku telah punn selamat kembali menjadi seorang pelajar Sarjana di UiTM 🥰 Mulanya aku ingat nak rahsiakan saja dari orang lain tapi bila fikir balik, aku perlu doa dari semua orang untuk doakan kejayaan aku dalam pengajian Sarjana akuu ni makanya akuu pun buat keputusan untuk bagitauu sajaaa dekat Twitter, Instagram dan juga di Whatsapp status akuu haha. Terasa macam influencer yaaa bila update harituu terus berderuuu DM masuk, message masuk haha. Jadinya sekarang masa untuk bagitau di blog juga walaupun belum tentu ada yang nak membaca nya haha 🤣

InshaAllah, pengajian aku masih di dalam bidang Farmasi. Masih sayang pada farmasi walaupun susah amat kursusnyaaa hahaha 😭 Moga pengorbanan yang aku buat untuk sambung belajar ni, nanti akan ada hasilnya amin ✨ Susah juga sebenarnya aku nak buat keputusan untuk sambung belajar ni; al maklumlah dengan keadaan sekarang yang masih lagi dalam keadaan pandemik. Aku harap semuanya baik baik saja nanti. Bila dah lama tinggal belajar ni, aku akan struggle sikit la nak mula balik proses pembelajaran ni haha, tambahan pula sekarang ni aku masih belajar online untuk Semester 1. InshaAllah, akan pulang ke kampus bila dah Semester 2 dan keatas 😚

Bagi yang membaca entry kalini, aku mohon doakan akuuu, doakan akuuu dapat habiskan pengajian Sarjana akuu ni dengan jayanyaa. Moga aku lulus cemerlang semuaaa subjek yang adaa. Aku ni bukanlah pelajar cemerlang sangat masa Sarjana Muda duluu, tapi aku akan cuba sehabis baik untuk buat yang terbaik bagi Sarjana kalini. Jadi, aku sangat memerlukan doa dari semua; dari mereka yang mengenali aku secara langsung ataupun tidak langsung; moga aku dapat grad on time (GoT) dan dapat kerja yang baik lepas tuuu inshaAllah amin 🤲

Oh btw, aku jugaaa nak kongsikan di sini yang aku pun dah meninggalkan KKM pada bulan lepas; setelah membuat timbang kira semua. Lagipun, kontrak aku bakal berakhir November ni; jadinya aku ambil keputusan untuk keluar awal sedikit demi menyambung pengajian aku. InshaAllah ada masa aku buat entry baruu pasal perpisahan akuu dengan KKM lahh tiber sedih betul yaa bunyi perpisahan ituu hahaha 😂

Sampai sini duluuu aku update; inshaAllah bertemu lagi nanti di lain entry. Kalau dah tak nampak sangat entry dari aku tuu faham faham sajalah yaaa, sibuk menjalani kehidupan seorang pelajar begituuu hehe 🤪 Sungguh padat ya jadual pelajar Sarjana ni; mungkin sebab setahun pengajian sajaa haha 😌

Satu gambar kenangan secara virtual semasa sesi perkenalan pelajar Sarjana bersama Dekan Fakulti Farmasi UiTM ❤️

Jumpa lagi yaa di lain entry.

Salam sayang,
Alyaa ❤️



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM