Rabu, 21 Julai 2021

Shopee Haul : July Edition

Hi, Assalamualaikum semuaaaa 😘

Selamat kembali kepada entryy yang baruuu untuk bulan ini hehe. Entry kalini aku pun taktau kenapa aku nak buat, tapi aku rasa nak buat sebab untuk bulan ni aku ada buat shopping bersasar sikit acece konon nak cover lah alasan suka membeli/ shopping di Shopee hihi 😜  Tiba tiba rasa nak tergelak kenapa lah aku buat entry dekat blog pasal Shoppe Haul ni, yelah selaluuu bab bab Shopee Haul ni kann orang buat dekat Youtube, dah kenapa aku pulak nak menaip buat entry?! Haha, sajalah nak buat kelainan sikit dah aku rajin nak menaip, tak rajin nak buat video, edit video bagai hihi.

Btw, kenapa aku kata shopping bersasar? Haha sebab aku shopping kalini demi melengkapkan aku punya ‘work space’ (kawasan bekerja aku) gituuu. Kenapa nak kena lengkapkan workspace aku?! ðŸĪ” Nantilah dalam entry seterusnya atau bila bila aku rajin aku bagitau sebabnyaaa haha. Lagi pula kebanyakan barang yang aku beli ni tengah buat offer/sale jadi apa salahnyaaaa kan membeli hihi lama dah rasa tak shopping banyak hiks. InshaAllah besar harapan aku agar barang barang yang aku beli ni akan tahan lama, kurang kurang setahun dua tahun ke atas, amin 😇





Ayuh tanpa melengahkan masa lagi, mari kita tengok barang apa yang aku beli di Shopee dan juga Lazada (1 barang) tak silap akuuu hihi. And btw, dukacita aku nak maklumkan yang aku TERLUPAAAA nak gunakan SHOPBACKKK masa aku shopping harituuu huwaa silly me 😭 Kalau gunakan, bolehlah dapatkan cashback sikit haha, takpalah nak buat macam mana terghairah nak shopping sangat masa tuuuu hahaha tibehh ðŸĪŠ 



Jadi, barang pertama yang aku beli adalahhhh: 

1) Tribit XFree Tune Bluetooth Headphones !!! 😘

Seperti nama yang terteraaa di atas, yaaa aku beli headphone !! Haha, setelah sekian lama aku fikir headphones yang mana satu yang berbaloi untuk dibeli dan jugaaa harga yang mampu milik bagi aku laa hihi, yang mahal mahal tidak lah mampu noks nak dibeli musim musim sekarang ni haha. Bak kata orang, alah membeli, menang memakai Beli yang kita rasa kita mampu beli dan tahan lama. Bukannya beli yang murah end up akan cepat rosak dan asyik kena beli baru saja gitu. 

Sebelum beli ni pun aku fikir sama ada nak beli headphones/earphone almaklumlah sekarang kan musim ada kelas online lah, ada sesi webinar lah, discussion di google meet lah, jadinya aku rasa untuk ada satu alat pendengaran macam headphones/earphones ni agak perluuu. Yang penting, bila digunakan, benda ni akan buat hang rasa selesa, tak kebas dan tak panas rasa telinga, dan ciri ciri tambahan lain macam bass yang sedap, ada noice cancellation dan sebagainya. Cumanya kena ingat, setiap ciri tambahan yang hadir dalam setiap alat dengar ni mestilah hadir dengan harga yang agak keras hihi. Jadi untuk aku, antara sebab kenapa aku beli headphone dan bukannya earphones/airpod adalah disebabkan aku jarang sangat dengar musik ni melainkan radio, sebab tak sempat pun kadang kadang tu nak dengar kan, pastuu memikirkan aku hanya akan guna benda ni masa aku hadiri seminar/webinar dalam talian,  makanya aku pilihlah headphones, sedap sikit bila pakai di telinga dan tak panas inshaAllah haha.


Kenapa pilih Tribit? Ini pun aku dilema sebenarnya. Banyak research aku buat antara pilihan pilihan yang ada berdasarkan budget yang aku ada. Macam aku cakap tadi lah, tak keras sangat pun budget yang aku ada haha. Selain Tribit XFree Tune ni, aku ada juga pilihan pilihan lain macam Sony WH-CH510, Edifier W800BT Plus, MPow HC5 dan lain lain lagi. Lama juga la fikir dan buat kira kira siap bukak Youtube dan tengok video baca review semuaaa fuh, bayangkan betapa put effort nyaaa aku semata nak beli satu headphones sajaaa ! ðŸĪĢ Last aku sort out tinggal antara Tribit yang ni ataupun Edifier tuuu tapi aku buat keputusan beli Tribit hanyalah disebabkan satu solid reason iaitu dia sediakannn FREE POUCH ! Haha penting tauuu benda ni walaupun nampak macam remeh sebabnyaa aku tahu macam mana teruknya aku research nak beli benda ni dan labur duit jadinya kenalah jaga betul betul tak gituu hihi. Top 2 yang aku pilih ni memang so far the best review yang aku survey la yang mana ikut kesesuaian poket aku serta apa yang aku mahu ada pada sesebuah handphone ituu begituu. Tak dinafikan Edifier brand yang kukuh dan mantap dalam penghasilan headphone ni tapi aku baca juga Tribit punn sama hebat ! Dua dua aku rasa best kalau nak pilih, kalau Tribit ni dia punya plus point adalah kehadiran pouch dia, yang Edifier pula hadir dengan charging Type C berbanding Micro USB untuk Tribit. No big deal la untuk aku benda ni tapi sesetengah orang dia lagi suka cable Type C, jadi ikut preferences masing masing ya 😉 Dan yang paling penting dua duaaa boleh guna dalam dua mode iaitu wireless dan plug in jack ! Fuh memang terbaik dan aku sangat suka features yang ni hihi.

2) Keyboard Logitech K380 😋

Ok, moving onnn into the second item hihi. Panjang jugakk yaaa aku taip untuk item pertama tadii haha sebab memang aku buat research kemahin makanya mestilah over nau nak menaipnyaa haha. Terimakasih lah yaa siapa yang sudi baca sampai tahap ni dahh ðŸĪĢ Untuk item yang kedua ni juga aku buat research jugak serba sedikit cumanya yang item ni jadi bias sikit sebab aku memang dah ada target untuk beli keyboard Logitech ni hihi. Cuma taktau model yang mana satuu ja haha. Antara model K380 dengan model K480 atau model MK 240. Ini untuk pilihan yang TenKeyLess punya keyboard la. Aku berkenan juga yang full keyboard dari Logitech ni, dari survey di Shopee nampak murah sikit dari yang aku beli ni sebab dia sekali dengan dia punya pebble mouse dahh. Tapi buat masa sekarang, aku prefer keyboard yang easy to handle, easy to carry, portable dan selesa untuk digunakan lah. Disebabkan aku banyak eyeing for model K380 dan banyakk review yang aku baca dan tengok banyak yang sarankan model ni, jadi aku pun buat keputusan untuk beli sajalah keyboard ni hahaha. Ada juga beberapa bad reviews pasal model keyboard ni tapi biasalah mana mana pun mesti akan ada pro and cons dia kannn. So far, bila aku guna keyboard ni masa update entry ni, aku rasa okay laa untuk penggunaan dia, best jugak sebab first time ada keyboard bentuk bulat bulat, selalu kan petak petak hihi. Bergantung pada penggunaan kita lah, kalau rasa jenis heavy use dan nak guna full keyboard, boleh jeee beli yang full keyboard dari Logitech. Yang penting, beli yang original dari official store diaaa at least kalau ada masalah apa apa kita boleh rujuk pada diorang semula. Macam aku sebut awal tadi, alah membeli menang memakai. Jadi, bila dah spend duit untuk beli keyboard yang kita nak tuu kenalah gunaaa tauu jangan disimpan haha 😆 

Kotak luaran nyaaaa 😘

Keyboard di dalam nyaaa. Cantik kannn hihi 😍

Aku jugaaaa ada beli casing untuk letakkan keyboard ni nanti supaya terjagaa laa sikit kann hihi. Belum sampai lagi nanti dah sampai aku akan update balik entry ni hahaa ðŸĪŠ  Semogaaa aku dapat manfaatkan keyboard ni dengan sebaiknya dan dapat semangat sikit untuk update entryy dengan lebih kerap lepasni hihi amin amin doakan kerajinan tuu datang, ikutkan banyak ja benda nakk share dekat blog ni haha cuma kerajinan tu ja tak berapa nak ada dan juga kekangan masa gituu alasan diberi 😂

3) Logitech Pebble M350

Aku rasa ini last item yang aku akan share dekat sini sebab ketiga tiga item ni antara barang yang aku memang research hari hari sebelum buat keputusan nak beli tauu haha dan ketiga tiga item ni antara yang banyak aku keluarkan duit untuk beli haha terus rasa jadi miskin bandar balik uhuk. So, tadi aku dah cerita yang aku beli keyboard kann. Waktu beli ni aku beli keyboard saja, mouse tak beli lagi sebab harga agak yahudi sikit haaha dan aku rasa macam tak berapa perlu lagi waktu aku beli keyboard tuuu. Kemudian takda set combo tauu keyboard dengan mouse ni jadinyaaa aku fikir beli dulu keyboard. Lama jugak lah aku fikir sebelum buat keputusan untuk check out di Shoppe hihi. Hampir saja aku beli pebble yang copy ori punyaaa sebab harga lagi murah tapi bila baca reviews banyak yang tak sarankan beli, jadi better beli yang original punya, berkorban sikit lah dari awal ni daripada nak beli yang copy ori lepastu tak tahan lepastu sat lagi aku yang stress lebih haha.

Alhamdulillah, berbekalkan voucher yang ada, Shopee coins yang agak banyak maka dapatlah harga kurang yahudi sikit yang aku mampuu. Haha 😆 Lagi pulaaa pebble mouse dia ni boleh guna sebagai blueetooth mouse dan juga boleh cucuk USB di laptop, kira boleh guna 2-in-1 laa dann bagi akuu agak berbaloi  untuk dibeli hihi. Bila dah dapat dan guna tu rasa berbaloi la jugak dengan harga diaa sebab sangat lahhh smooth bluetooth connection dia, silent (so far guna memang mininal sound produce orang putih kata 😂), pastu dia shomel ja smol smol in size dan easy to use la jugaaa. Memang berbaloi baloi 😗

Haaa, comel kann dia hihi 😍

Baiklahhhh sampai sini duluu aku taip entry Shopee Haul: July Edition kalini. Memang jadi panjang entry nii hahaha sorry laa ya dan terimakasih laa kalau ada yang sudi baca hingga ke penghujung ni. Nanti aku rajin aku buat another Shopee Haul barang2 yang aku beli dari Shopee dan dah guna dan aku rasa bagi kegunaan yang baik la pada aku. InshaAllah, moga aku rajin untuk update haha. Btw, kalau ada yang terlintas dengan entry ni janganlah judge aku membazir duit beli semua ni lepastu update sini. Sebab macam aku kata awal awal entry tadi, aku shopping benda ni sebab nak lengkapkan workspace akuu atas sebab sebab tertentu, aku akan share pasal benda ni nanti inshaAllah ataupun kalau aku tak rajin aku update balik jelah entry ni nanti haha. 

Pastuu maaf la yaaa sebab aku menaip panjang dekat sini, sebab aku memang suka menaip dan bercerita dari dulu lagi sejak kewujudan awal blog ni diwujudkan haha cumanya zaman sekarang orang dah tak baca blog, orang lebih lain media sosial lain macam Instagram, Twitter yang lagi mudah untuk dicapai dan juga ramai yang suka buat Youtube. Fuh sejak sejak kena banyak duduk rumah ni aku baru sedar ramai rupanya Youtuber yang bergiat aktif di Youtube haha. Orang yang self confident tinggi tu boleh lah geng buat video sembang depan kamera, mahu sampai ke aku, jadi keras macam patung ja nanti depan kamera haha. Sebab kenapa aku gigih sangat menaip entry ni siap panjang kemahin hah entry nyaa, sebab satuu je lah, kot kot nanti boleh buat baca balik bila ke depan ke depan nanti. 

Sebelum tutup entry, nak mintak maaf jugaaa (berapa banyak maaf daaaa) sebab entry ni aku main taip agak random saja jadi banyak campur English dan Bahasa Melayu. Kalau tulis Bahasa Melayu baku semua nanti takut ada yang tak feel penyampaian cerita aku tibeh haha asalkan aku faham dan aku rasa korang yang baca ni pun akan faham, aku hokeyy sajaaa hihi.

Baik, sampai sini duluuu. Jumpa lagi di lain entry.

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 10 Julai 2021

PENAT 😔

Assalamualaikum dan salam sejahteraaaaa buat semua pembaca blog sayaaaa,

HAHA setelah beberapa minggu menghilangkan diri, akhirnya saya muncul kembali untuk menaip ðŸĨģ Almaklumlah kesibukan bekerja menjadi frontlinersss (lahh tibehh kannn) hahaha, maka terpaksa lah ditinggalkan sementara blog yang tercinta ini. Walaupun aku tahuuu je tak ramai dah yang baca blog zaman sekarang ni tapi aku masih rasa nak menaip jugak kat sini sebabnya dah rasa selesa tiap panjang di sini dan share aku punya pendapat dan pandangan tanpa perlu fikir orang nak judge hahaha gitu sekalii demi menjaga mental health sendiri hihi. Lagi pula seronok juga menaip kat sini sebab tak ramai tahuuu kewujudan blog ini maka bolehlah aku bebas berkata kata begituuu dan juga salah satu cara nak lari dari media sosial yang lain seperti Twitter, Facebook dan juga Instagram. Mana la tahuuu lepasni blog ni dapat berita ekslusif dari akuuu sebelum media sosial yang lain hihi 😆 


Aku pun taktau tujuan aku update entry kalini dengan tajuk macam ni haha cumanya aku rasa bukan aku sorang ja yang rasa keadaan macam ni sekarang ni. Kenapa semakin penat? Bukan disebabkan kerjaa, kerja sebab penat tuu dahh biasa dahhh boleh hadap dah hihi tapi ni semakin penat dengan keadaan pandemik di negara kita ni. Kalau perasan sejak sejak akhir ni kes menaik sampai mencanak canak. Saat aku taip entry ni, kes dah pun mencecah sampai 9ribu lebihh dengan jumlah kes harian paling tinggi‼️ Rasanya dah lamaaa sangat tak merasa dua ke tiga digit kes sehari. Sekarang jumlah kes semua ribu ribu saja hari harii 😔

Happy Hypoxia 
(Credit Gambar dari Klinik Anda)

Seperti yang semua sedia maklum, kita sekarang ni sedang berada dalam fasa PKP 3.0 (Juga katanya dalam Fasa Pelan Pemulihan Negara Fasa 1). Jadinya, banyak halangan yang kita kena hadap macam tak boleh pi kerja, kedai makan kena bukak ikut waktu yang dibenarkan, pasar tani, pasar basah pun ada waktunya, kemudian kedai alat tulis, kedai elektrik, kedai basuh keretaa semua tak boleh bukak dan sebagainya lahh dan juga yang paling penting tak boleh rentas daerah dan negeri 😭 kecuali atas kebenaran la. Bukan tu saja, ada juga lokaliti yang dikenakan PKPD di beberapa negeri. Serius cakap, kawasan kena PKPD ni ikutkan memang tegas sikit pengawasan nya berbanding dengan kawasan yang lain tapi baru ni aku tengok berita dekat Twitter katanyaaa dekat area Sel/KL yang kena PKPD tuuu macam menjalani kehidupan yang biasa biasa saja haha entahlahhh nakk aku pun pening dahh.

Dah tu bila tengok kenaikan kes di area Sel/KL, aku hanya boleh bayang kan betapaaaa teruknyaa dan penat nyaaaa warga kesihatan di negeri sanaa. Sedangkan Kedah yang tak berhenti kes sejak dari awal kemunculan COVID-19 ni pun aku tengok dah macam tak bernyawa saja anggota kesihatan kamii, inikan pulaaa di kawasan hotspot di sana. Moga Allah permudahkan segala urusan mereka dan dilindungi senantiasa. Amin amin ðŸĪē 

Penat..…
Penat….
Penat…

Kita semua dah penat. Dah taktau nak rasa apa lagi setiap kali tengok bilangan kes hari hari. Aku kan kadang kadang sampai develop rasa anxious hari hari fikir apa lagi yaaa yang nak kena hadap harini. Sebab kita bukan saja nak perang dengan pandemik COVID-19 tapi juga berperang dengan ahli politik dan juga keraajaan kita sekarang. Malas aku nak ulas panjang panjang pasal hal ini, tapi boleh dikatakan hari hari kita disajikan dengan berita yang kurang enak mengenai politik di Malaysia ni. Bukak Twitter sajaaa hari hari punn dahh rasa penattt baca semua beritaaa yang disajikann ðŸ˜Đ Semoga negara kita, Malaysia tercinta cepat sembuh dari pandemik wabak COVID-19 ni dan juga dari kemelut politik yang tidak berkesudahan.

Bila dah asyik PKP ni kan, aku perasan ramai yang kehilangan kerja, gaji kena potong separuh, tak dapat cari kerja baru, kena catur makanan, golongan M40 banyak dah jatuh kategori B40 dan banyak lagi permasalahan yang melanda sejak PKP sat ada sat takda ni, dan paling menyayat hati adalah statistik kes bunuh diri meningkat sepanjang tempoh PKP ni 😭. Kita tak tahu apa yang orang lain rasa, jadi jangan judge apa yang mereka mahu buat asalkan tidak menyalahi undang-udang ditetapkan. Tengok tengok lah sama rakan rakan kita, jiran jiran kita, mana yang boleh bantu, kita bantu yang termampu. Sekarang ni ada kempen bendera putih yang dianjurkan atas dasar kita jaga kita jadinya jika nampak ada mana mana rumah dikawasan sekitar kita yang kibarkan bendera putih, jika kita tak mampu tolong beri bantuan, mungkin kita boleh tolong maklumkan kepada mereka yang ada sumber untuk membantu; sekurang kurangnya suara rakyat yang perlu bantaun ni disampaikan kepada pihak yang terlibat. Ada juga NGO/syarikat/individu yang sudi buat Food Bank sediakan barang barang asas macam beras, telur, susu, minyak dan sebagainya di kawasan kawasan terlibat, jadi yang terkesan boleh datang ambil saja. Yang penting, jangan tamak ya! Ingat orang belakang sama masa nak ambik tuuu. 

Antara contoh NGO/syarikat/individu yang menyediakan bantuan berupa FoodBank 
(Gambar kredit kepada tuan empunya, saya ambil dari Twitter ya)

Ini belum cerita lagi pasal isuu burnout yang rata rata dirasai oleh pekerja pekerja kesihatan sekarang ni. Bukan ituu saja, burnout ni punn dah mula dirasai oleh anak anak kecil yang ada kelas online, juga para pelajar yang ada PdPR serta mahasiswa yang berODL (Open Distance Learning) di rumah. Tidak ketinggaln pada para pendidik yang kena belajar segala teknologi demi nak bantu anak anak pelajar mereka, sediakan bahan yang boleh beri fokus lebih kepada pelajar, menyusun atur jadual dan sebagainyaaa lah. Belum juga lagi cerita mengenai isuuu ibu bapa yang. WFH (Work From Home) yang rata rata ramai komplen terukk kerja sekarang ni sebab kena standby 24/7 berbanding jika bekerja WFO (Work From Office) serta kena uruskan anak anak kecil yang terlibat dengan PdPR lagi fuh mencabar serius cakap mencabar. Sebab kelas online ni kalau kita yang dewasa pun terasa penat nya nak hadap laptop/tab inikan pula anak anak kecil haihh ðŸĪ§

Kredit gambar kepada pemilik ya.

Aku rasa sampai sini duluuu aku menaip entry kalini, sebab nanti lagi menaip, lagi banyak benda merapuuu aku luah dekat sini kann haha baik aku mengundur diri duluuu. Lama dah sebenarnya tak buat entry luahan perasaan dekat blog ni, jadinya harini aku kembali juga menaip untuk meluahkan rasaaa. Entry kalini memang betul betul aku luah berkaitan isu semasa yang berkaitan sekarang ni. Serius cakap, hari hari penat baca berita berita di Twitter, jadi ada masa aku akan cuba elak untuk berada lama di sana demi kesihatan mental aku. Buat mereka yang rasa macam apa yang aku rasa, keluar rumah sekejap, dan berhenti lah main media sosial buat sementara waktu, pergilah marathon cerita dekat Neflix ke dekat Youtube ke, cuba cari hobi baruu ke kemas bilik kee dan lain lain lagi asalkan lari sekejap dari media sosial. Biarlah orang nak kata kita tak cakna isu semasa, asalkan kita tak rasa serabut dan tertekan. Dan paling penting, seek professional help (dapatkan bantuan pakar) sekiranya dah rasa tak mampu nak hadap seorang diri, berasa macam tak semua orang faham keadaan kita, inshaAllah pakar akan cuba bantuu sehabis baik. Tak perlu rasa malu, dengan bantuan yang betul dari orang yang pakar, inshaAllah dapat bantu kawal rasa itu. 

Sekian saja untuk entry kalini, terima kasih sudi membaca (sekiranya ada hihi). Jaga diri semuaaa, elak berkumpul di tempat yang ramai, jarakkan diri anda, pakai pelitup muka, kerap basuh tangan dan yang paling penting bila dah dapat tarikh vaksin, pergilah VAKSIN!!! Ini sajalah ikhtiar terakhir kita untuk bebaskan diri dari pandemik ini, dengan capai herd immunity ‼️

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jumaat, 18 Jun 2021

Ke mana halatuju lepas ni?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kembali kita dalam bulan baru dan juga entry yang baru ! Hahaha, konon nak aktif balik update blog lepas ada gadget baruuu tapi alih alih banyak yang masuk dalam draf saja tak publish punnn hiks. Tengok lah lepasni kalau rajin habiskan entry yang sebelum ni lepastu publishh dkt sini. Tapi kira okay lah kan dalam sibuk bekerja, sebulan ada satuuu entry hihi. 

Kalini hanya entry ringkas daripada hakak untuk hadik hadik di luar sanaaa, begitu tetiba rasa jadi pakar motivasi pulak ðŸĪŠ  Sebelum tuuu, TAHNIAHHH beribu kali TAHNIAHHH buat adik adik lepasan SPM Pro Max 2020 yang dah ambik keputusan SPM 2020 pada 10 Jun yang laluuu. Walau apa pun keputusan yang dapat, berbangga lah dengan keputusan tersebut sebab anda dah pun buat yang terbaik. Bukan mudah ya nak harung SPM dalam keadaan pandemik ni. Bukan setakat kena hadap PdPR, kena jawab exam pun dalam keadaan berlitup muka, penjarakan sosial dan lain lain lagi cabaran untuk korang hadapi demi nak habiskan SPM tahun ni. Selaku hakak, I am super proud with all of youuu. No matter what result you got, just be proud of yourself okay ! ðŸĨģ Banyak dan jauh lagi perjalanan untuk korang lalui lepasni. 


SPM dah jawab ✅,keputusan dah dapat ✅. Jadi apa langkah seterusnyaaa? Its time for youu untuk rancang perjalanan pengajian ke peringkat yang seterusnyaaa. Ada juga yang keliru, sama ada sekarang ni adalah masa yang baik untuk sambung belajar atau terus cari kerja yang sesuai? In my point of view, bergantung kepada kondisi awak sekarang. Sekiranya keluarga masih mampu, nasihat akak sambung lah dulu sementara masih ada peluang dan ruang. Namun, jika sebaliknya, jika awak dah kena jadi ketua keluarga, kemudian dapat tawaran kerja yang baik, tak jadi masalah pun untuk awak kerja dulu, tahun depan atau bila keadaan keluarga dah stabil, sambung lah belajar semula, sebab macam mana pun, ada pelajaran ni penting, untuk majukan diri kita sendiri dan juga keluarga.

Ok, takmau bebel panjang panjang dah haha. So what’s next? ðŸĪ” Semestinyaaaa ada banyakkk cabang yang tersedia lepas SPM ni. Macam entry aku yang beberapa tahun lepas, kalau rajin boleh cari balik hehe, berkenaan halatuju lepas SPM samada pilihan ke Matrikulasi/Diploma/Asasi/ Form 6. 

Zaman sekarang, kemasukan ke IPTA (UPU) pun dah menggunakan kiraan merit (ya,hakak pun baru tauu haha). Katanya dah dua ke tiga tahun guna sistem kiraan merit ni untuk masuk belajar. Nampaklah yang hakak ni sibuk belajar dulu dulu sampai tak sempat nak ambik tahu yeee dak? Zaman dah kerja sekarng ni barulah ada masa nak ambik tahu sikit sikit hihi. Dan hakak juga baru tahu yang lepasan SPM tahun sebelum ni ada “one window opportunity” saaja yang mana maksudnya hanya akan dapat satu peluang saja untuk sambung belajar sama ada Matrikulasi/Asasi/Diploma. Kiranya kalau pelajar dapat Matrikulasi, tiada peluang untuk dapat Asasi/Diploma. Fuh, terkejut juga bila dapat tahu. Sebab tahun akak dulu, Marikulasi bawah KPM jadi tak akan bercampur dengan urusan pengambilan pelajar UPU ni. Jadi kalau cemerlang, boleh dapat dua tawaran Matrikulasi bawah KPM dan juga Asasi bawah KPT. Mencabar ya tahun adik adik ni. Tapi dari update terbaru yang hakak dapat katanya tahun ni dah kembali kepada asal, maksudnya dah boleh dapat tawaran yang berbeza dari Matrikulasi dan juga Asasi/Diploma. 


Disebabkan sekarang ni dah perlu buat pengiraan merit, nasihat hakak, mulalah belajar buat pengiraan merit dan tahu berapakah merit anda dan buatlah perbandingan dengan merit yang diperlukan untuk kursus kursus dalam pilihan UPU yang dibuat. Dengan ini, sekurang kurang nya akan sangkut juga satu kos untuk kita kelak. Dan yang paling penting ‼️ nak tekankan disini, tolong tolong tolonglah masa buat 12 pilihan tuuu, buat pilihan yang betul berdasarkan kelayakan kita dan pastikan tidak jauh tersimpang dengan kursus yang kita minat/ bidang yang ingin kita ceburi nanti. Sistem UPU akan tapis kesemua pilihan kita, yang mana kalau no 1 kita tak layak, akan terus pergi ke no 2 dan seterusnya sampailah kursus yang kita layak untuk diterima masuk. Jangan target isi no 1 hingga no 5 saja kemudian yang lain tu random saja pilih mana mana kos untuk penuhi pilihan UPU. Jangan begitu ‼️,  sebab banyakkk dahhh kes dari zaman dulu sampai sekarang, ada yang dapat pilihan ke 5, ke 8 malah ada yang pilihan ke 12 ! Jadi kena ambil serius sikit yaaa berkenaan benda ni hihi. (Hakak pun ada pengalaman tau, takmau imbas kembali jeee haha 😆 )

Berkenaan pilihan ke Matrikulasi, jika adik adik rasa masih belum ada pilihan minat untuk masuk mana mana kursus spesifik, bolehlah masuk ke Matrikulasi dulu. Ada yang setahun dan ada yang dua tahun. Matrikulasi ni best sebab dapat masuk belajar Degree awal dan dapat grad Degree awal; sama macam lepasan Asasi. Belajar untuk setahun (ada yang kata 10 bulan saja); memang akan struggle sebab nak strive for good result tapi jangan risau ramai kenalan hakak kata pensyarah banyak membantu untuk belajar dan skor dengan baik waktu Matrikulasi nanti ✌️ Yang penting, dah masuk kena fokus betul betul sebab setahun tuu sekejap sajaa kalau ikutkan, pejam celik pejam celik dah habis belajar haha. Matrikulasi sekarang pun ada Matrikulasi Sains, Matrikulasi Akaun, dan juga Matrikulasi Teknikal. Kebiasaannya bila dah habis di Matrikulasi, pelajar akan ada target dan nak masuk ke bidang mana selepas itu. (Malah, ada yang dah ada target kursus sebelum masuk Matrikulasi lagi, bagus ! )


Untuk sambung ke Tingkatan 6 pun okay, jimat belanjaaa orang kata hehe. Berbeza sikit , sambung belajar di Tingkatan 6 takdapat elaun macam di Matrikulasi/Asasi tapi rata rata yang dah masuk Tingkatan 6 kata okaylah perbelanjaan tak berat sangat (Maafkan, kalau salah yee 🙏). Lagi pulaaa, pembelajaran di Tingkatan 6 zaman sekarang dah tak sama macam zaman dahuluuu. InshaAllah, kalau betul betul fokus nak tebus balik, boleh sambung di Tingkatan 6. Tak silap, Tingkatan 6 dah tak perlu pakai baju sekolah macam sebelum ni, boleh pakai baju biasa macam baju pergi kelas di Universiti/Matrikulasi. Pembelajaran di Tingkatan 6 ada setahun setengah (3 semester). 

Selain sambung belajar melalui UPU, ada juga pilihan sambung belajar di Kolej Kemahiran, Kolej Komuniti, KKTM, KPTM, KPM dan sebagainya. Tak perlu malu jika kena malu dari bawah, iaitu dari Sijil. Asalkan sambung belajar. Ada Sijil dan Diploma cukup, kemudian boleh kerja. Jika rasa tak mampu sambung ke Degree, jangan paksa. Hakak selalu pegang pada kata kata, ‘Tak semua orang kena belajar tinggi tinggi, kalau tidak, kerja kerja kemahiran tiada lah ahli nya yang pakar” begituuu. Jujurnya, adik hakak sendiri pun mula dari bawah; ambik Sijil dulu kemudian sambung Diploma. Yang penting, nak sambung belajar, tak kisah la cepat ke lambat. Walau nak kerja kemahiran saja pun, ambil sijil. SKM 1 ke SKM 2 ke Sijil dari Kolej Komuniti ke, asalkan ada certificate with your name gituuu hihi. Jangan mudah putus semangat tauuu !

Okaylah, sampai sini duluuuu karangan maha panjang hakak untuk kalini. Gian betul nak menaip ya sekali hambekk punya panjang hakak taip walaupun takda orang nak baca dah pun zaman sekarang ni dekat blog ahaks ðŸĪĢ Its okayy saja menaip untuk nak hidupkan blog ni dari suram sajaaa ðŸĪŠ

Untuk yang nak tanya pengalaman hakak sambung belajar Diploma Farmasi atau Sarjana Muda Farmasi, can slide into my email gituuu. Maaflah kepada adik adik sebelum ni yang hakak tak sempat nak bukak email untuk reply, tahu tahu dan terlepas sebulan dua bulan gituu haha. InshaAllah lepasni akan kerap bukak email, maka boleh lah slide into my email ahaks terasa macam promote diri sendiri pulak yaaa ðŸĪĢ Sekiannn sahaja dari hakak.

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM