Selamat kembali kepada entryy yang baruuu untuk bulan ini hehe. Entry kalini aku pun taktau kenapa aku nak buat, tapi aku rasa nak buat sebab untuk bulan ni aku ada buat shopping bersasar sikit acece konon nak cover lah alasan suka membeli/ shopping di Shopee hihi ð Tiba tiba rasa nak tergelak kenapa lah aku buat entry dekat blog pasal Shoppe Haul ni, yelah selaluuu bab bab Shopee Haul ni kann orang buat dekat Youtube, dah kenapa aku pulak nak menaip buat entry?! Haha, sajalah nak buat kelainan sikit dah aku rajin nak menaip, tak rajin nak buat video, edit video bagai hihi.
Btw, kenapa aku kata shopping bersasar? Haha sebab aku shopping kalini demi melengkapkan aku punya ‘work space’ (kawasan bekerja aku) gituuu. Kenapa nak kena lengkapkan workspace aku?! ðĪ Nantilah dalam entry seterusnya atau bila bila aku rajin aku bagitau sebabnyaaa haha. Lagi pula kebanyakan barang yang aku beli ni tengah buat offer/sale jadi apa salahnyaaaa kan membeli hihi lama dah rasa tak shopping banyak hiks. InshaAllah besar harapan aku agar barang barang yang aku beli ni akan tahan lama, kurang kurang setahun dua tahun ke atas, amin ð
Ayuh tanpa melengahkan masa lagi, mari kita tengok barang apa yang aku beli di Shopee dan juga Lazada (1 barang) tak silap akuuu hihi. And btw, dukacita aku nak maklumkan yang aku TERLUPAAAA nak gunakan SHOPBACKKK masa aku shopping harituuu huwaa silly me ð Kalau gunakan, bolehlah dapatkan cashback sikit haha, takpalah nak buat macam mana terghairah nak shopping sangat masa tuuuu hahaha tibehh ðĪŠ
Jadi, barang pertama yang aku beli adalahhhh:
1) Tribit XFree Tune Bluetooth Headphones !!! ð
Seperti nama yang terteraaa di atas, yaaa aku beli headphone !! Haha, setelah sekian lama aku fikir headphones yang mana satu yang berbaloi untuk dibeli dan jugaaa harga yang mampu milik bagi aku laa hihi, yang mahal mahal tidak lah mampu noks nak dibeli musim musim sekarang ni haha. Bak kata orang, alah membeli, menang memakai Beli yang kita rasa kita mampu beli dan tahan lama. Bukannya beli yang murah end up akan cepat rosak dan asyik kena beli baru saja gitu.
Sebelum beli ni pun aku fikir sama ada nak beli headphones/earphone almaklumlah sekarang kan musim ada kelas online lah, ada sesi webinar lah, discussion di google meet lah, jadinya aku rasa untuk ada satu alat pendengaran macam headphones/earphones ni agak perluuu. Yang penting, bila digunakan, benda ni akan buat hang rasa selesa, tak kebas dan tak panas rasa telinga, dan ciri ciri tambahan lain macam bass yang sedap, ada noice cancellation dan sebagainya. Cumanya kena ingat, setiap ciri tambahan yang hadir dalam setiap alat dengar ni mestilah hadir dengan harga yang agak keras hihi. Jadi untuk aku, antara sebab kenapa aku beli headphone dan bukannya earphones/airpod adalah disebabkan aku jarang sangat dengar musik ni melainkan radio, sebab tak sempat pun kadang kadang tu nak dengar kan, pastuu memikirkan aku hanya akan guna benda ni masa aku hadiri seminar/webinar dalam talian, makanya aku pilihlah headphones, sedap sikit bila pakai di telinga dan tak panas inshaAllah haha.
Kenapa pilih Tribit? Ini pun aku dilema sebenarnya. Banyak research aku buat antara pilihan pilihan yang ada berdasarkan budget yang aku ada. Macam aku cakap tadi lah, tak keras sangat pun budget yang aku ada haha. Selain Tribit XFree Tune ni, aku ada juga pilihan pilihan lain macam Sony WH-CH510, Edifier W800BT Plus, MPow HC5 dan lain lain lagi. Lama juga la fikir dan buat kira kira siap bukak Youtube dan tengok video baca review semuaaa fuh, bayangkan betapa put effort nyaaa aku semata nak beli satu headphones sajaaa ! ðĪĢ Last aku sort out tinggal antara Tribit yang ni ataupun Edifier tuuu tapi aku buat keputusan beli Tribit hanyalah disebabkan satu solid reason iaitu dia sediakannn FREE POUCH ! Haha penting tauuu benda ni walaupun nampak macam remeh sebabnyaa aku tahu macam mana teruknya aku research nak beli benda ni dan labur duit jadinya kenalah jaga betul betul tak gituu hihi. Top 2 yang aku pilih ni memang so far the best review yang aku survey la yang mana ikut kesesuaian poket aku serta apa yang aku mahu ada pada sesebuah handphone ituu begituu. Tak dinafikan Edifier brand yang kukuh dan mantap dalam penghasilan headphone ni tapi aku baca juga Tribit punn sama hebat ! Dua dua aku rasa best kalau nak pilih, kalau Tribit ni dia punya plus point adalah kehadiran pouch dia, yang Edifier pula hadir dengan charging Type C berbanding Micro USB untuk Tribit. No big deal la untuk aku benda ni tapi sesetengah orang dia lagi suka cable Type C, jadi ikut preferences masing masing ya ð Dan yang paling penting dua duaaa boleh guna dalam dua mode iaitu wireless dan plug in jack ! Fuh memang terbaik dan aku sangat suka features yang ni hihi.
2) Keyboard Logitech K380 ð
Ok, moving onnn into the second item hihi. Panjang jugakk yaaa aku taip untuk item pertama tadii haha sebab memang aku buat research kemahin makanya mestilah over nau nak menaipnyaa haha. Terimakasih lah yaa siapa yang sudi baca sampai tahap ni dahh ðĪĢ Untuk item yang kedua ni juga aku buat research jugak serba sedikit cumanya yang item ni jadi bias sikit sebab aku memang dah ada target untuk beli keyboard Logitech ni hihi. Cuma taktau model yang mana satuu ja haha. Antara model K380 dengan model K480 atau model MK 240. Ini untuk pilihan yang TenKeyLess punya keyboard la. Aku berkenan juga yang full keyboard dari Logitech ni, dari survey di Shopee nampak murah sikit dari yang aku beli ni sebab dia sekali dengan dia punya pebble mouse dahh. Tapi buat masa sekarang, aku prefer keyboard yang easy to handle, easy to carry, portable dan selesa untuk digunakan lah. Disebabkan aku banyak eyeing for model K380 dan banyakk review yang aku baca dan tengok banyak yang sarankan model ni, jadi aku pun buat keputusan untuk beli sajalah keyboard ni hahaha. Ada juga beberapa bad reviews pasal model keyboard ni tapi biasalah mana mana pun mesti akan ada pro and cons dia kannn. So far, bila aku guna keyboard ni masa update entry ni, aku rasa okay laa untuk penggunaan dia, best jugak sebab first time ada keyboard bentuk bulat bulat, selalu kan petak petak hihi. Bergantung pada penggunaan kita lah, kalau rasa jenis heavy use dan nak guna full keyboard, boleh jeee beli yang full keyboard dari Logitech. Yang penting, beli yang original dari official store diaaa at least kalau ada masalah apa apa kita boleh rujuk pada diorang semula. Macam aku sebut awal tadi, alah membeli menang memakai. Jadi, bila dah spend duit untuk beli keyboard yang kita nak tuu kenalah gunaaa tauu jangan disimpan haha ð
Kotak luaran nyaaaa ð
Keyboard di dalam nyaaa. Cantik kannn hihi ð
Aku jugaaaa ada beli casing untuk letakkan keyboard ni nanti supaya terjagaa laa sikit kann hihi. Belum sampai lagi nanti dah sampai aku akan update balik entry ni hahaa ðĪŠ Semogaaa aku dapat manfaatkan keyboard ni dengan sebaiknya dan dapat semangat sikit untuk update entryy dengan lebih kerap lepasni hihi amin amin doakan kerajinan tuu datang, ikutkan banyak ja benda nakk share dekat blog ni haha cuma kerajinan tu ja tak berapa nak ada dan juga kekangan masa gituu alasan diberi ð
3) Logitech Pebble M350
Aku rasa ini last item yang aku akan share dekat sini sebab ketiga tiga item ni antara barang yang aku memang research hari hari sebelum buat keputusan nak beli tauu haha dan ketiga tiga item ni antara yang banyak aku keluarkan duit untuk beli haha terus rasa jadi miskin bandar balik uhuk. So, tadi aku dah cerita yang aku beli keyboard kann. Waktu beli ni aku beli keyboard saja, mouse tak beli lagi sebab harga agak yahudi sikit haaha dan aku rasa macam tak berapa perlu lagi waktu aku beli keyboard tuuu. Kemudian takda set combo tauu keyboard dengan mouse ni jadinyaaa aku fikir beli dulu keyboard. Lama jugak lah aku fikir sebelum buat keputusan untuk check out di Shoppe hihi. Hampir saja aku beli pebble yang copy ori punyaaa sebab harga lagi murah tapi bila baca reviews banyak yang tak sarankan beli, jadi better beli yang original punya, berkorban sikit lah dari awal ni daripada nak beli yang copy ori lepastu tak tahan lepastu sat lagi aku yang stress lebih haha.
Alhamdulillah, berbekalkan voucher yang ada, Shopee coins yang agak banyak maka dapatlah harga kurang yahudi sikit yang aku mampuu. Haha ð Lagi pulaaa pebble mouse dia ni boleh guna sebagai blueetooth mouse dan juga boleh cucuk USB di laptop, kira boleh guna 2-in-1 laa dann bagi akuu agak berbaloi untuk dibeli hihi. Bila dah dapat dan guna tu rasa berbaloi la jugak dengan harga diaa sebab sangat lahhh smooth bluetooth connection dia, silent (so far guna memang mininal sound produce orang putih kata ð), pastu dia shomel ja smol smol in size dan easy to use la jugaaa. Memang berbaloi baloi ð
Haaa, comel kann dia hihi ð
Baiklahhhh sampai sini duluu aku taip entry Shopee Haul: July Edition kalini. Memang jadi panjang entry nii hahaha sorry laa ya dan terimakasih laa kalau ada yang sudi baca hingga ke penghujung ni. Nanti aku rajin aku buat another Shopee Haul barang2 yang aku beli dari Shopee dan dah guna dan aku rasa bagi kegunaan yang baik la pada aku. InshaAllah, moga aku rajin untuk update haha. Btw, kalau ada yang terlintas dengan entry ni janganlah judge aku membazir duit beli semua ni lepastu update sini. Sebab macam aku kata awal awal entry tadi, aku shopping benda ni sebab nak lengkapkan workspace akuu atas sebab sebab tertentu, aku akan share pasal benda ni nanti inshaAllah ataupun kalau aku tak rajin aku update balik jelah entry ni nanti haha.
Pastuu maaf la yaaa sebab aku menaip panjang dekat sini, sebab aku memang suka menaip dan bercerita dari dulu lagi sejak kewujudan awal blog ni diwujudkan haha cumanya zaman sekarang orang dah tak baca blog, orang lebih lain media sosial lain macam Instagram, Twitter yang lagi mudah untuk dicapai dan juga ramai yang suka buat Youtube. Fuh sejak sejak kena banyak duduk rumah ni aku baru sedar ramai rupanya Youtuber yang bergiat aktif di Youtube haha. Orang yang self confident tinggi tu boleh lah geng buat video sembang depan kamera, mahu sampai ke aku, jadi keras macam patung ja nanti depan kamera haha. Sebab kenapa aku gigih sangat menaip entry ni siap panjang kemahin hah entry nyaa, sebab satuu je lah, kot kot nanti boleh buat baca balik bila ke depan ke depan nanti.
Sebelum tutup entry, nak mintak maaf jugaaa (berapa banyak maaf daaaa) sebab entry ni aku main taip agak random saja jadi banyak campur English dan Bahasa Melayu. Kalau tulis Bahasa Melayu baku semua nanti takut ada yang tak feel penyampaian cerita aku tibeh haha asalkan aku faham dan aku rasa korang yang baca ni pun akan faham, aku hokeyy sajaaa hihi.
Baik, sampai sini duluuu. Jumpa lagi di lain entry.
Salam sayang,
Alyaa ❤️
0 ulasan:
Catat Ulasan