Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kembali kita dalam bulan baru dan juga entry yang baru ! Hahaha, konon nak aktif balik update blog lepas ada gadget baruuu tapi alih alih banyak yang masuk dalam draf saja tak publish punnn hiks. Tengok lah lepasni kalau rajin habiskan entry yang sebelum ni lepastu publishh dkt sini. Tapi kira okay lah kan dalam sibuk bekerja, sebulan ada satuuu entry hihi.
Kalini hanya entry ringkas daripada hakak untuk hadik hadik di luar sanaaa, begitu tetiba rasa jadi pakar motivasi pulak 🤪 Sebelum tuuu, TAHNIAHHH beribu kali TAHNIAHHH buat adik adik lepasan SPM Pro Max 2020 yang dah ambik keputusan SPM 2020 pada 10 Jun yang laluuu. Walau apa pun keputusan yang dapat, berbangga lah dengan keputusan tersebut sebab anda dah pun buat yang terbaik. Bukan mudah ya nak harung SPM dalam keadaan pandemik ni. Bukan setakat kena hadap PdPR, kena jawab exam pun dalam keadaan berlitup muka, penjarakan sosial dan lain lain lagi cabaran untuk korang hadapi demi nak habiskan SPM tahun ni. Selaku hakak, I am super proud with all of youuu. No matter what result you got, just be proud of yourself okay ! 🥳 Banyak dan jauh lagi perjalanan untuk korang lalui lepasni.
SPM dah jawab ✅,keputusan dah dapat ✅. Jadi apa langkah seterusnyaaa? Its time for youu untuk rancang perjalanan pengajian ke peringkat yang seterusnyaaa. Ada juga yang keliru, sama ada sekarang ni adalah masa yang baik untuk sambung belajar atau terus cari kerja yang sesuai? In my point of view, bergantung kepada kondisi awak sekarang. Sekiranya keluarga masih mampu, nasihat akak sambung lah dulu sementara masih ada peluang dan ruang. Namun, jika sebaliknya, jika awak dah kena jadi ketua keluarga, kemudian dapat tawaran kerja yang baik, tak jadi masalah pun untuk awak kerja dulu, tahun depan atau bila keadaan keluarga dah stabil, sambung lah belajar semula, sebab macam mana pun, ada pelajaran ni penting, untuk majukan diri kita sendiri dan juga keluarga.
Ok, takmau bebel panjang panjang dah haha. So what’s next? 🤔 Semestinyaaaa ada banyakkk cabang yang tersedia lepas SPM ni. Macam entry aku yang beberapa tahun lepas, kalau rajin boleh cari balik hehe, berkenaan halatuju lepas SPM samada pilihan ke Matrikulasi/Diploma/Asasi/ Form 6.
Zaman sekarang, kemasukan ke IPTA (UPU) pun dah menggunakan kiraan merit (ya,hakak pun baru tauu haha). Katanya dah dua ke tiga tahun guna sistem kiraan merit ni untuk masuk belajar. Nampaklah yang hakak ni sibuk belajar dulu dulu sampai tak sempat nak ambik tahu yeee dak? Zaman dah kerja sekarng ni barulah ada masa nak ambik tahu sikit sikit hihi. Dan hakak juga baru tahu yang lepasan SPM tahun sebelum ni ada “one window opportunity” saaja yang mana maksudnya hanya akan dapat satu peluang saja untuk sambung belajar sama ada Matrikulasi/Asasi/Diploma. Kiranya kalau pelajar dapat Matrikulasi, tiada peluang untuk dapat Asasi/Diploma. Fuh, terkejut juga bila dapat tahu. Sebab tahun akak dulu, Marikulasi bawah KPM jadi tak akan bercampur dengan urusan pengambilan pelajar UPU ni. Jadi kalau cemerlang, boleh dapat dua tawaran Matrikulasi bawah KPM dan juga Asasi bawah KPT. Mencabar ya tahun adik adik ni. Tapi dari update terbaru yang hakak dapat katanya tahun ni dah kembali kepada asal, maksudnya dah boleh dapat tawaran yang berbeza dari Matrikulasi dan juga Asasi/Diploma.
Disebabkan sekarang ni dah perlu buat pengiraan merit, nasihat hakak, mulalah belajar buat pengiraan merit dan tahu berapakah merit anda dan buatlah perbandingan dengan merit yang diperlukan untuk kursus kursus dalam pilihan UPU yang dibuat. Dengan ini, sekurang kurang nya akan sangkut juga satu kos untuk kita kelak. Dan yang paling penting ‼️ nak tekankan disini, tolong tolong tolonglah masa buat 12 pilihan tuuu, buat pilihan yang betul berdasarkan kelayakan kita dan pastikan tidak jauh tersimpang dengan kursus yang kita minat/ bidang yang ingin kita ceburi nanti. Sistem UPU akan tapis kesemua pilihan kita, yang mana kalau no 1 kita tak layak, akan terus pergi ke no 2 dan seterusnya sampailah kursus yang kita layak untuk diterima masuk. Jangan target isi no 1 hingga no 5 saja kemudian yang lain tu random saja pilih mana mana kos untuk penuhi pilihan UPU. Jangan begitu ‼️, sebab banyakkk dahhh kes dari zaman dulu sampai sekarang, ada yang dapat pilihan ke 5, ke 8 malah ada yang pilihan ke 12 ! Jadi kena ambil serius sikit yaaa berkenaan benda ni hihi. (Hakak pun ada pengalaman tau, takmau imbas kembali jeee haha 😆 )
Berkenaan pilihan ke Matrikulasi, jika adik adik rasa masih belum ada pilihan minat untuk masuk mana mana kursus spesifik, bolehlah masuk ke Matrikulasi dulu. Ada yang setahun dan ada yang dua tahun. Matrikulasi ni best sebab dapat masuk belajar Degree awal dan dapat grad Degree awal; sama macam lepasan Asasi. Belajar untuk setahun (ada yang kata 10 bulan saja); memang akan struggle sebab nak strive for good result tapi jangan risau ramai kenalan hakak kata pensyarah banyak membantu untuk belajar dan skor dengan baik waktu Matrikulasi nanti ✌️ Yang penting, dah masuk kena fokus betul betul sebab setahun tuu sekejap sajaa kalau ikutkan, pejam celik pejam celik dah habis belajar haha. Matrikulasi sekarang pun ada Matrikulasi Sains, Matrikulasi Akaun, dan juga Matrikulasi Teknikal. Kebiasaannya bila dah habis di Matrikulasi, pelajar akan ada target dan nak masuk ke bidang mana selepas itu. (Malah, ada yang dah ada target kursus sebelum masuk Matrikulasi lagi, bagus ! )
Untuk sambung ke Tingkatan 6 pun okay, jimat belanjaaa orang kata hehe. Berbeza sikit , sambung belajar di Tingkatan 6 takdapat elaun macam di Matrikulasi/Asasi tapi rata rata yang dah masuk Tingkatan 6 kata okaylah perbelanjaan tak berat sangat (Maafkan, kalau salah yee 🙏). Lagi pulaaa, pembelajaran di Tingkatan 6 zaman sekarang dah tak sama macam zaman dahuluuu. InshaAllah, kalau betul betul fokus nak tebus balik, boleh sambung di Tingkatan 6. Tak silap, Tingkatan 6 dah tak perlu pakai baju sekolah macam sebelum ni, boleh pakai baju biasa macam baju pergi kelas di Universiti/Matrikulasi. Pembelajaran di Tingkatan 6 ada setahun setengah (3 semester).
Selain sambung belajar melalui UPU, ada juga pilihan sambung belajar di Kolej Kemahiran, Kolej Komuniti, KKTM, KPTM, KPM dan sebagainya. Tak perlu malu jika kena malu dari bawah, iaitu dari Sijil. Asalkan sambung belajar. Ada Sijil dan Diploma cukup, kemudian boleh kerja. Jika rasa tak mampu sambung ke Degree, jangan paksa. Hakak selalu pegang pada kata kata, ‘Tak semua orang kena belajar tinggi tinggi, kalau tidak, kerja kerja kemahiran tiada lah ahli nya yang pakar” begituuu. Jujurnya, adik hakak sendiri pun mula dari bawah; ambik Sijil dulu kemudian sambung Diploma. Yang penting, nak sambung belajar, tak kisah la cepat ke lambat. Walau nak kerja kemahiran saja pun, ambil sijil. SKM 1 ke SKM 2 ke Sijil dari Kolej Komuniti ke, asalkan ada certificate with your name gituuu hihi. Jangan mudah putus semangat tauuu !
Okaylah, sampai sini duluuuu karangan maha panjang hakak untuk kalini. Gian betul nak menaip ya sekali hambekk punya panjang hakak taip walaupun takda orang nak baca dah pun zaman sekarang ni dekat blog ahaks 🤣 Its okayy saja menaip untuk nak hidupkan blog ni dari suram sajaaa 🤪
Untuk yang nak tanya pengalaman hakak sambung belajar Diploma Farmasi atau Sarjana Muda Farmasi, can slide into my email gituuu. Maaflah kepada adik adik sebelum ni yang hakak tak sempat nak bukak email untuk reply, tahu tahu dan terlepas sebulan dua bulan gituu haha. InshaAllah lepasni akan kerap bukak email, maka boleh lah slide into my email ahaks terasa macam promote diri sendiri pulak yaaa 🤣 Sekiannn sahaja dari hakak.
Salam sayang,
Alyaa ❤️
2 ulasan:
Hi akak, kalau saya contact akak(sebab nak tny soalan) melalui ig(dm) tak boleh ke? Hehe.
@Anonymous
Boleh, tiada masalah :)
Catat Ulasan