Memaparkan catatan dengan label PKP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PKP. Papar semua catatan

Sabtu, 10 Julai 2021

PENAT 😔

Assalamualaikum dan salam sejahteraaaaa buat semua pembaca blog sayaaaa,

HAHA setelah beberapa minggu menghilangkan diri, akhirnya saya muncul kembali untuk menaip 🥳 Almaklumlah kesibukan bekerja menjadi frontlinersss (lahh tibehh kannn) hahaha, maka terpaksa lah ditinggalkan sementara blog yang tercinta ini. Walaupun aku tahuuu je tak ramai dah yang baca blog zaman sekarang ni tapi aku masih rasa nak menaip jugak kat sini sebabnya dah rasa selesa tiap panjang di sini dan share aku punya pendapat dan pandangan tanpa perlu fikir orang nak judge hahaha gitu sekalii demi menjaga mental health sendiri hihi. Lagi pula seronok juga menaip kat sini sebab tak ramai tahuuu kewujudan blog ini maka bolehlah aku bebas berkata kata begituuu dan juga salah satu cara nak lari dari media sosial yang lain seperti Twitter, Facebook dan juga Instagram. Mana la tahuuu lepasni blog ni dapat berita ekslusif dari akuuu sebelum media sosial yang lain hihi 😆 


Aku pun taktau tujuan aku update entry kalini dengan tajuk macam ni haha cumanya aku rasa bukan aku sorang ja yang rasa keadaan macam ni sekarang ni. Kenapa semakin penat? Bukan disebabkan kerjaa, kerja sebab penat tuu dahh biasa dahhh boleh hadap dah hihi tapi ni semakin penat dengan keadaan pandemik di negara kita ni. Kalau perasan sejak sejak akhir ni kes menaik sampai mencanak canak. Saat aku taip entry ni, kes dah pun mencecah sampai 9ribu lebihh dengan jumlah kes harian paling tinggi‼️ Rasanya dah lamaaa sangat tak merasa dua ke tiga digit kes sehari. Sekarang jumlah kes semua ribu ribu saja hari harii 😔

Happy Hypoxia 
(Credit Gambar dari Klinik Anda)

Seperti yang semua sedia maklum, kita sekarang ni sedang berada dalam fasa PKP 3.0 (Juga katanya dalam Fasa Pelan Pemulihan Negara Fasa 1). Jadinya, banyak halangan yang kita kena hadap macam tak boleh pi kerja, kedai makan kena bukak ikut waktu yang dibenarkan, pasar tani, pasar basah pun ada waktunya, kemudian kedai alat tulis, kedai elektrik, kedai basuh keretaa semua tak boleh bukak dan sebagainya lahh dan juga yang paling penting tak boleh rentas daerah dan negeri 😭 kecuali atas kebenaran la. Bukan tu saja, ada juga lokaliti yang dikenakan PKPD di beberapa negeri. Serius cakap, kawasan kena PKPD ni ikutkan memang tegas sikit pengawasan nya berbanding dengan kawasan yang lain tapi baru ni aku tengok berita dekat Twitter katanyaaa dekat area Sel/KL yang kena PKPD tuuu macam menjalani kehidupan yang biasa biasa saja haha entahlahhh nakk aku pun pening dahh.

Dah tu bila tengok kenaikan kes di area Sel/KL, aku hanya boleh bayang kan betapaaaa teruknyaa dan penat nyaaaa warga kesihatan di negeri sanaa. Sedangkan Kedah yang tak berhenti kes sejak dari awal kemunculan COVID-19 ni pun aku tengok dah macam tak bernyawa saja anggota kesihatan kamii, inikan pulaaa di kawasan hotspot di sana. Moga Allah permudahkan segala urusan mereka dan dilindungi senantiasa. Amin amin 🤲 

Penat..…
Penat….
Penat…

Kita semua dah penat. Dah taktau nak rasa apa lagi setiap kali tengok bilangan kes hari hari. Aku kan kadang kadang sampai develop rasa anxious hari hari fikir apa lagi yaaa yang nak kena hadap harini. Sebab kita bukan saja nak perang dengan pandemik COVID-19 tapi juga berperang dengan ahli politik dan juga keraajaan kita sekarang. Malas aku nak ulas panjang panjang pasal hal ini, tapi boleh dikatakan hari hari kita disajikan dengan berita yang kurang enak mengenai politik di Malaysia ni. Bukak Twitter sajaaa hari hari punn dahh rasa penattt baca semua beritaaa yang disajikann 😩 Semoga negara kita, Malaysia tercinta cepat sembuh dari pandemik wabak COVID-19 ni dan juga dari kemelut politik yang tidak berkesudahan.

Bila dah asyik PKP ni kan, aku perasan ramai yang kehilangan kerja, gaji kena potong separuh, tak dapat cari kerja baru, kena catur makanan, golongan M40 banyak dah jatuh kategori B40 dan banyak lagi permasalahan yang melanda sejak PKP sat ada sat takda ni, dan paling menyayat hati adalah statistik kes bunuh diri meningkat sepanjang tempoh PKP ni 😭. Kita tak tahu apa yang orang lain rasa, jadi jangan judge apa yang mereka mahu buat asalkan tidak menyalahi undang-udang ditetapkan. Tengok tengok lah sama rakan rakan kita, jiran jiran kita, mana yang boleh bantu, kita bantu yang termampu. Sekarang ni ada kempen bendera putih yang dianjurkan atas dasar kita jaga kita jadinya jika nampak ada mana mana rumah dikawasan sekitar kita yang kibarkan bendera putih, jika kita tak mampu tolong beri bantuan, mungkin kita boleh tolong maklumkan kepada mereka yang ada sumber untuk membantu; sekurang kurangnya suara rakyat yang perlu bantaun ni disampaikan kepada pihak yang terlibat. Ada juga NGO/syarikat/individu yang sudi buat Food Bank sediakan barang barang asas macam beras, telur, susu, minyak dan sebagainya di kawasan kawasan terlibat, jadi yang terkesan boleh datang ambil saja. Yang penting, jangan tamak ya! Ingat orang belakang sama masa nak ambik tuuu. 

Antara contoh NGO/syarikat/individu yang menyediakan bantuan berupa FoodBank 
(Gambar kredit kepada tuan empunya, saya ambil dari Twitter ya)

Ini belum cerita lagi pasal isuu burnout yang rata rata dirasai oleh pekerja pekerja kesihatan sekarang ni. Bukan ituu saja, burnout ni punn dah mula dirasai oleh anak anak kecil yang ada kelas online, juga para pelajar yang ada PdPR serta mahasiswa yang berODL (Open Distance Learning) di rumah. Tidak ketinggaln pada para pendidik yang kena belajar segala teknologi demi nak bantu anak anak pelajar mereka, sediakan bahan yang boleh beri fokus lebih kepada pelajar, menyusun atur jadual dan sebagainyaaa lah. Belum juga lagi cerita mengenai isuuu ibu bapa yang. WFH (Work From Home) yang rata rata ramai komplen terukk kerja sekarang ni sebab kena standby 24/7 berbanding jika bekerja WFO (Work From Office) serta kena uruskan anak anak kecil yang terlibat dengan PdPR lagi fuh mencabar serius cakap mencabar. Sebab kelas online ni kalau kita yang dewasa pun terasa penat nya nak hadap laptop/tab inikan pula anak anak kecil haihh 🤧

Kredit gambar kepada pemilik ya.

Aku rasa sampai sini duluuu aku menaip entry kalini, sebab nanti lagi menaip, lagi banyak benda merapuuu aku luah dekat sini kann haha baik aku mengundur diri duluuu. Lama dah sebenarnya tak buat entry luahan perasaan dekat blog ni, jadinya harini aku kembali juga menaip untuk meluahkan rasaaa. Entry kalini memang betul betul aku luah berkaitan isu semasa yang berkaitan sekarang ni. Serius cakap, hari hari penat baca berita berita di Twitter, jadi ada masa aku akan cuba elak untuk berada lama di sana demi kesihatan mental aku. Buat mereka yang rasa macam apa yang aku rasa, keluar rumah sekejap, dan berhenti lah main media sosial buat sementara waktu, pergilah marathon cerita dekat Neflix ke dekat Youtube ke, cuba cari hobi baruu ke kemas bilik kee dan lain lain lagi asalkan lari sekejap dari media sosial. Biarlah orang nak kata kita tak cakna isu semasa, asalkan kita tak rasa serabut dan tertekan. Dan paling penting, seek professional help (dapatkan bantuan pakar) sekiranya dah rasa tak mampu nak hadap seorang diri, berasa macam tak semua orang faham keadaan kita, inshaAllah pakar akan cuba bantuu sehabis baik. Tak perlu rasa malu, dengan bantuan yang betul dari orang yang pakar, inshaAllah dapat bantu kawal rasa itu. 

Sekian saja untuk entry kalini, terima kasih sudi membaca (sekiranya ada hihi). Jaga diri semuaaa, elak berkumpul di tempat yang ramai, jarakkan diri anda, pakai pelitup muka, kerap basuh tangan dan yang paling penting bila dah dapat tarikh vaksin, pergilah VAKSIN!!! Ini sajalah ikhtiar terakhir kita untuk bebaskan diri dari pandemik ini, dengan capai herd immunity ‼️

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 1 Mac 2021

Ceritera Vaksin COVID-19 dan PKP 2.0

Assalamualaikum dan selamat malam.


Setelah sekian lamaaa baruu ada semangat semula untuk menaip haha biasalah tu semangat tu dah macam chipsmore, sat ada sat takdak. Jadinya time dia tengah nak ada mood ni bolehlah kita update satu entry kt sini harini hehe. 


Seperti tajuk yang tertera di atas, dan seperti yang semua sedia maklum, Vaksin Covid 19 dah pun sampai di Malaysia baru baru ini. Vaksin yang sampai untuk kelompok pertama ini adalah vaksin keluaran Pfizer. Dan seperti pengetahuan semua juga, vaksin fasa pertama ini juga adalah untuk diberikan kepada barisan hadapan “frontliners” yang sudah bertungkus lumus selama setahun lebih lamanya dengan virus COVID 19 ini. Mohon doakan frontliners yang terlibat agar dipermudahkan segala urusan untuk menerima suntikan vaksin ini (termasuk aku juga inshaAllah). Saat entry ini ditaip dan dipublish, Perdana Menteri kita dan Ketua Pengarah Kesihatan KKM juga telah selamat menerima suntikan vaksin keluaran Pfizer ini. Malah, sudah ada beberapa fasiliti yang membuat suntikan pada barisan hadapan mereka. Rakan rakan terdekat aku juga ada yang sudah menerima vaksin ini. Semoga semua yang dah menerima suntikan vaksin ini baik baik sahaja hendaknya dan tiada kesan sampingan yang tidak baik inshaAllah amin, sama sama kita doakan. Moga dengan kehadiran vaksin ini mampu kembalikan sinar harapan yang baik buat negara kita, Malaysia.

 


Sedikit infografik aku sediakan di sini yang diambil dari laman sesawang COVID-19





Pejam celik pejam celik jugak dah masuk bulan Mac, rasa sat sangat masa berlalu kalini. Mungkin disebabkan oleh PKP jugaa. 18 Mac 2021 ni cukuplah setahun sejak PKP 1.0 diperkenalkan tahun lepas. Walaupun ramai yang terjejas, aku mampu katakan yang PKP 1.0 merupakan antara kejayaan KKM sebab dengan buat keputusan untuk PKP, mampu turunkan kes sehingga 0 pada Julai 2020. Waktu tu seronok sangat tengok kes pun satu digit saja, paling tinggi cecah pun tiga angka, itupun dah tak senang hidup semua pihak terlibat. Tapi itulah kita hanya mampu merancang, Allah penentu segalanya. Kita sekali lagi diduga apabila kes naik mencanak selepas aktiviti di Sabah. 


Lambat tindakan yang diambil sehingga membawa kepada tahun baru 2021 dan sehinggalah terhasilnya PKP 2.0 pada tahun ini. Walau asalnya tidak lah kerajaan mahu untuk laksanakan PKP kali kedua ini, namun atas nasihat dari KKM, dituruti juga kerana risau akan kenaikan kes yang berterusan jika tiada sekatan yang dilakukan. Negeri yang sangat terjejas waktu sebelum bermulanya PKP 2.0 ini adalah Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Sabah yang mana masa tu banyak kawasan dan jadi zon merah dan kena terpaksa diisytiharkan sebagai kawasan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan). Untuk pengetahuan, aku juga pernah menjadi antara penduduk yang dikenakan PKPD sewaktu gelombang kedua di Kedah dulu. InshaAllah jika aku rajin lepasni, aku akan sambung dengan entry berkenaan itu pula.


Sebagai salah seorang frontliners, jujurnya memang agak sedikit kecewa bila kes naik mendadak balik. Sebab cuti kami dibekukan. Hari hari berlalu saat yang lain WFH (work from home), kami di bahagian KKM hari hari pergi kerja, hadap jem, hadap roadblock. Tak best pun sebenarnya. Kami sedar akan tanggungjawab yang dipikul cuma kadangkala terdetik la rasa terkilan itu, tanya lah mana mana frontliners yang terlibat terutamanya doktor2 dan misi2 yang terlibat dengan saringan COVID 19, lagi berat tugasan harian mereka. Haha tiba tiba terpanjang pulak entry sebab terbuat luahan perasaan ya hehe. Maaf, sesungguhnya kami juga insan biasa gituu. Ini cerita masa PKP 1.0 lah. Bila masuk PKP 2.0 ni, dah banyak industri yang bukak dan beroperasi macam biasa sebab MOSTI benarkan. Jadinya situasi dah tak sama macam masa PKP 1.0 dulu. Ikut pandangan aku, PKP kalini teruk sikit la sebab kereta banyak dah atas jalan orang kan keluar pergi bekerja kan tapi roadblock dijalankan jadi nyaaaaa akan jadi jem yang super jem haha. Aku bercakap berdasarkan rutin harian kerja aku yang berulang harihari ke tempat kerja laaa hahahaha. 


Rasanya sampai di sini dululah entry untuk kalini. Karang makin lama menaip, makin merapuuuu pulak entry aku kalini hahaha. Besar harapan aku agar Program Imunisasi COVID-19 ini akan berjalan dengan lancar dan mencapai target seperti mana yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  Buat mereka yang masih ragu ragu akan keberkesanan vaksin, rujuk lah pada mereka yang pakar. Ramai yang sudi membantu sekiranya benar kalian mahukan jawapan untuk persoalan kalian. Jangan cepat menghukum, selidik bagi habis dan seterusnya buatlah keputusan yang sebaiknya untuk diri anda dan keluarga anda. Lagipula, tiada paksaan dari kerajaan untuk suntik vaksin ni, pilihan di tangan masing masing cumanya nanti lepasni akan adalah kekangan yang dibuat oleh mana mana pihak yang terlibat untuk memastikan premis mereka tidak menjadi kluster baru dek kerana tidak mengambil vaksin. Setakat ni yang aku dengar pun, kalau tidak divaksin, tidak boleh ke luar negara. Haaaa, untuk kaki travel mesti rasa tak sabar nak buka border kann hehe inshaAllah sekiranya Program Imunisasi ni berjaya kemungkinan besar border akan dibuka semula, ditambah pula sudah banyak negara luar yang sudah pun vaksin rakyat mereka. 




Baikk sampai di sini dulu coretan harini. Jumpa lagi di lain entry, di lain waktu, semoga lebih rajin untuk update entry lain lagi selepas ini. Amin ! :)


Salam sayang,

Alyaa 


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM