Jumaat, 18 Jun 2021

Ke mana halatuju lepas ni?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kembali kita dalam bulan baru dan juga entry yang baru ! Hahaha, konon nak aktif balik update blog lepas ada gadget baruuu tapi alih alih banyak yang masuk dalam draf saja tak publish punnn hiks. Tengok lah lepasni kalau rajin habiskan entry yang sebelum ni lepastu publishh dkt sini. Tapi kira okay lah kan dalam sibuk bekerja, sebulan ada satuuu entry hihi. 

Kalini hanya entry ringkas daripada hakak untuk hadik hadik di luar sanaaa, begitu tetiba rasa jadi pakar motivasi pulak πŸ€ͺ  Sebelum tuuu, TAHNIAHHH beribu kali TAHNIAHHH buat adik adik lepasan SPM Pro Max 2020 yang dah ambik keputusan SPM 2020 pada 10 Jun yang laluuu. Walau apa pun keputusan yang dapat, berbangga lah dengan keputusan tersebut sebab anda dah pun buat yang terbaik. Bukan mudah ya nak harung SPM dalam keadaan pandemik ni. Bukan setakat kena hadap PdPR, kena jawab exam pun dalam keadaan berlitup muka, penjarakan sosial dan lain lain lagi cabaran untuk korang hadapi demi nak habiskan SPM tahun ni. Selaku hakak, I am super proud with all of youuu. No matter what result you got, just be proud of yourself okay ! πŸ₯³ Banyak dan jauh lagi perjalanan untuk korang lalui lepasni. 


SPM dah jawab ✅,keputusan dah dapat ✅. Jadi apa langkah seterusnyaaa? Its time for youu untuk rancang perjalanan pengajian ke peringkat yang seterusnyaaa. Ada juga yang keliru, sama ada sekarang ni adalah masa yang baik untuk sambung belajar atau terus cari kerja yang sesuai? In my point of view, bergantung kepada kondisi awak sekarang. Sekiranya keluarga masih mampu, nasihat akak sambung lah dulu sementara masih ada peluang dan ruang. Namun, jika sebaliknya, jika awak dah kena jadi ketua keluarga, kemudian dapat tawaran kerja yang baik, tak jadi masalah pun untuk awak kerja dulu, tahun depan atau bila keadaan keluarga dah stabil, sambung lah belajar semula, sebab macam mana pun, ada pelajaran ni penting, untuk majukan diri kita sendiri dan juga keluarga.

Ok, takmau bebel panjang panjang dah haha. So what’s next? πŸ€” Semestinyaaaa ada banyakkk cabang yang tersedia lepas SPM ni. Macam entry aku yang beberapa tahun lepas, kalau rajin boleh cari balik hehe, berkenaan halatuju lepas SPM samada pilihan ke Matrikulasi/Diploma/Asasi/ Form 6. 

Zaman sekarang, kemasukan ke IPTA (UPU) pun dah menggunakan kiraan merit (ya,hakak pun baru tauu haha). Katanya dah dua ke tiga tahun guna sistem kiraan merit ni untuk masuk belajar. Nampaklah yang hakak ni sibuk belajar dulu dulu sampai tak sempat nak ambik tahu yeee dak? Zaman dah kerja sekarng ni barulah ada masa nak ambik tahu sikit sikit hihi. Dan hakak juga baru tahu yang lepasan SPM tahun sebelum ni ada “one window opportunity” saaja yang mana maksudnya hanya akan dapat satu peluang saja untuk sambung belajar sama ada Matrikulasi/Asasi/Diploma. Kiranya kalau pelajar dapat Matrikulasi, tiada peluang untuk dapat Asasi/Diploma. Fuh, terkejut juga bila dapat tahu. Sebab tahun akak dulu, Marikulasi bawah KPM jadi tak akan bercampur dengan urusan pengambilan pelajar UPU ni. Jadi kalau cemerlang, boleh dapat dua tawaran Matrikulasi bawah KPM dan juga Asasi bawah KPT. Mencabar ya tahun adik adik ni. Tapi dari update terbaru yang hakak dapat katanya tahun ni dah kembali kepada asal, maksudnya dah boleh dapat tawaran yang berbeza dari Matrikulasi dan juga Asasi/Diploma. 


Disebabkan sekarang ni dah perlu buat pengiraan merit, nasihat hakak, mulalah belajar buat pengiraan merit dan tahu berapakah merit anda dan buatlah perbandingan dengan merit yang diperlukan untuk kursus kursus dalam pilihan UPU yang dibuat. Dengan ini, sekurang kurang nya akan sangkut juga satu kos untuk kita kelak. Dan yang paling penting ‼️ nak tekankan disini, tolong tolong tolonglah masa buat 12 pilihan tuuu, buat pilihan yang betul berdasarkan kelayakan kita dan pastikan tidak jauh tersimpang dengan kursus yang kita minat/ bidang yang ingin kita ceburi nanti. Sistem UPU akan tapis kesemua pilihan kita, yang mana kalau no 1 kita tak layak, akan terus pergi ke no 2 dan seterusnya sampailah kursus yang kita layak untuk diterima masuk. Jangan target isi no 1 hingga no 5 saja kemudian yang lain tu random saja pilih mana mana kos untuk penuhi pilihan UPU. Jangan begitu ‼️,  sebab banyakkk dahhh kes dari zaman dulu sampai sekarang, ada yang dapat pilihan ke 5, ke 8 malah ada yang pilihan ke 12 ! Jadi kena ambil serius sikit yaaa berkenaan benda ni hihi. (Hakak pun ada pengalaman tau, takmau imbas kembali jeee haha πŸ˜† )

Berkenaan pilihan ke Matrikulasi, jika adik adik rasa masih belum ada pilihan minat untuk masuk mana mana kursus spesifik, bolehlah masuk ke Matrikulasi dulu. Ada yang setahun dan ada yang dua tahun. Matrikulasi ni best sebab dapat masuk belajar Degree awal dan dapat grad Degree awal; sama macam lepasan Asasi. Belajar untuk setahun (ada yang kata 10 bulan saja); memang akan struggle sebab nak strive for good result tapi jangan risau ramai kenalan hakak kata pensyarah banyak membantu untuk belajar dan skor dengan baik waktu Matrikulasi nanti ✌️ Yang penting, dah masuk kena fokus betul betul sebab setahun tuu sekejap sajaa kalau ikutkan, pejam celik pejam celik dah habis belajar haha. Matrikulasi sekarang pun ada Matrikulasi Sains, Matrikulasi Akaun, dan juga Matrikulasi Teknikal. Kebiasaannya bila dah habis di Matrikulasi, pelajar akan ada target dan nak masuk ke bidang mana selepas itu. (Malah, ada yang dah ada target kursus sebelum masuk Matrikulasi lagi, bagus ! )


Untuk sambung ke Tingkatan 6 pun okay, jimat belanjaaa orang kata hehe. Berbeza sikit , sambung belajar di Tingkatan 6 takdapat elaun macam di Matrikulasi/Asasi tapi rata rata yang dah masuk Tingkatan 6 kata okaylah perbelanjaan tak berat sangat (Maafkan, kalau salah yee πŸ™). Lagi pulaaa, pembelajaran di Tingkatan 6 zaman sekarang dah tak sama macam zaman dahuluuu. InshaAllah, kalau betul betul fokus nak tebus balik, boleh sambung di Tingkatan 6. Tak silap, Tingkatan 6 dah tak perlu pakai baju sekolah macam sebelum ni, boleh pakai baju biasa macam baju pergi kelas di Universiti/Matrikulasi. Pembelajaran di Tingkatan 6 ada setahun setengah (3 semester). 

Selain sambung belajar melalui UPU, ada juga pilihan sambung belajar di Kolej Kemahiran, Kolej Komuniti, KKTM, KPTM, KPM dan sebagainya. Tak perlu malu jika kena malu dari bawah, iaitu dari Sijil. Asalkan sambung belajar. Ada Sijil dan Diploma cukup, kemudian boleh kerja. Jika rasa tak mampu sambung ke Degree, jangan paksa. Hakak selalu pegang pada kata kata, ‘Tak semua orang kena belajar tinggi tinggi, kalau tidak, kerja kerja kemahiran tiada lah ahli nya yang pakar” begituuu. Jujurnya, adik hakak sendiri pun mula dari bawah; ambik Sijil dulu kemudian sambung Diploma. Yang penting, nak sambung belajar, tak kisah la cepat ke lambat. Walau nak kerja kemahiran saja pun, ambil sijil. SKM 1 ke SKM 2 ke Sijil dari Kolej Komuniti ke, asalkan ada certificate with your name gituuu hihi. Jangan mudah putus semangat tauuu !

Okaylah, sampai sini duluuuu karangan maha panjang hakak untuk kalini. Gian betul nak menaip ya sekali hambekk punya panjang hakak taip walaupun takda orang nak baca dah pun zaman sekarang ni dekat blog ahaks 🀣 Its okayy saja menaip untuk nak hidupkan blog ni dari suram sajaaa πŸ€ͺ

Untuk yang nak tanya pengalaman hakak sambung belajar Diploma Farmasi atau Sarjana Muda Farmasi, can slide into my email gituuu. Maaflah kepada adik adik sebelum ni yang hakak tak sempat nak bukak email untuk reply, tahu tahu dan terlepas sebulan dua bulan gituu haha. InshaAllah lepasni akan kerap bukak email, maka boleh lah slide into my email ahaks terasa macam promote diri sendiri pulak yaaa 🀣 Sekiannn sahaja dari hakak.

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 26 Mei 2021

Suntikan vaksin dos KEDUA

Assalamualaikum dan selamat malam!

Kenmbali lagi kita kepada entry yang yang seterusnya untuk tahun 2021 hehe. Sekejap sangat rasa tiba tiba dah masuk bulan Mei dahhh. Bulan April aku menghilangkan diri buat seketika dek kerana cuba menenangkan hati dan fikiran dari masalah dunia ni ceh tiber padahal mood tak berapa nak ada kan untuk menaip hiks. 

Harini rasa nak menaip pun sebab rasa nak kongsi pengalaman selepas suntikan vaksin dos KEDUA aku pada bulan 3 harituuu. Alhamdulillah,  hampir dua bulan dah fully installed microchip (yang tauu ja tauuu haha) dalam badan hihi πŸ˜† Apa yang bakal aku ceritakan nanti ni adalah berdasarkan pengalaman yang aku lalui sendiri; jadi disclaimer siap siap: Lain orang lain kesan sampingannya. Tujuan aku update ni pun adalah untuk bagi pandangan kasar kepada mereka di luar sana mengenai kesan kesan sampingan biasa yang akan dialami apabila menerima suntikan vaksin tak kira lah jenama apa sekalipun dan juga sebagai kenangan untuk aku baca balik di kemudian hari dan sambil mengimbau bersama anak dan cucu lalu berkata “Mommy survived pandemic and took the vaccine!’ Hahaha tibehhh sangat πŸ˜‚

Baling belakang (throwback), hari suntikan dos kedua aku adalah pada 27/3/2021. Bila tarikh dah naik dalam apps MySejahtera, sila buat pengesahan kehadiran  ✅ dengan kadar segera. Kemudian, macam biasa aku gerak awal pagi sebab kalini nama aku naik untuk dicucuk pada pukul 8.30 pagi berbanding dengan suntikan pertama dulu jadual aku pukul 9.30 pagi. Sampai tempat suntikan, belum ada setup apa apa lagi awal lagi mungkin haha tapi team vaccinator dah mai dan standby dekat dalam klinik. (Vaccinator adalah orang yang akan suntik vaksin kepada kita; mereka telah dilatih lebih awal dan kebiasaannya terdiri daripada staff nurse (SN), jururawat masyarakat (JM) dan juga sister). 



Kemudian dapat balik borang yang diisi waktu suntikan pertama duluuu, untuk kita laporkan di bahagian belakang borang mengenai kesan sampingan dos pertama. Alhamdulillah, untuk dos pertama; hanya mild side effects (kesan sampingan kecil) yang aku alami. Untuk suntikan kedua ni jujurnya aku ada sedikit rasa cemas memandangkan maklumbalas yang diterima daripada rakan rakan terdekat yang dah dapat suntikan kedua ni menyatakan kesan yang dialami sedikit teruk berbanding dengan suntikan dos pertama; tapi masih tergolong dalam kesan sampingan biasa vaksin cumanya nak dibandingkan dengan dos pertama, dos kedua ni lebih sikit rasanya. Seminggu jugak la aku tidur tak lena fikirkan apa kesan yang aku akan kena untuk dos kedua nanti haha. Seriously, overthinking is not a good things to do tapi biasalah saya pun hanya manusia biasa, memang takkan terlepas daripada perasaan overthinking tuuu 😩

Dipendekkan cerita, suntikan kedua ni aku dapat rasa sikit sakit masa tengah cucuk haha mungkin lebih kepada mainan perasaan hiks. Untuk dos kedua ni, aku dan standby dah Paracetamol (Panadol) siap siap incase kena masa first dose yang pening kepala tu boleh aku terus telan ubat nya hehe. Tapi begitulah hanya mampu merancang, rasa pening untuk dos kedua kicks in (menyerang) cepat betul rasa haha mungkin ditambah dengan tak cukup tidur sehari sebelumya (pleaseee pastikan tidur cukup yeee gais sebelum disuntik) jadinya around 5 minit (dalam fasa pemerhatian) aku dah rasa tak sedap, pening kepala. Walaupunnn aku memang dah standby ubat tapiii aku tak usung lah masuk sekali sebab ingat masa dalam perjalanan nak balik baru nak makan haha. Tapi nasib baik rakan sekerja ada standby ubat jugak cuma perlu cari air mineral saja untuk aku makan ubat. Terimakasih kepaa mereka yang membantu waktuu ituu hehe. Dipendekkan cerita lagi, aku dipantau hampir 2 jam jugak ikutkan haha sebab asalnya Doktor pun ingat aku pening sikit sikit sajaaa (aku pun sama lah masa tuu haha), last last Doktor ambil keputusan untuk refer (rujuk) aku ke hospital berdekatan. Tapi aku refuse (tolak) sebabnya vital signs aku semuanya normal takda masalah cumanya rasa dizziness (pusing kepala) saja lah; itu pun dah berkurang sikit lepas 2 jam tu lepas dah makan ubat dan rehat di situ.


Alhamdulillah, selamat sampai rumah; hanya mampu drive slow sajaaa sebabnya kena drive agak jauhh haritu haha (nasihat saya mintaklah orang lain tolong drivekan waktu kena cucuk nanti tauuu hihi). Hari Ahad (28/3/2021) aku pergi kerja macam biasa walaupun rasa tak sedap badan sebabnya kalau aku cuti jugak memang akan kurang orang nanti dekat klinik haha. Haritu jugak aku jadi pegawai yang buat penerimaan vaksin Sinovac fuh pengalaman betul kena check segala benda dokumen, keadaan vaksin, cold chain okay ke tak dan juga turunkan tandatangan dan cop hehe; selalu pegawai yang menjaga (Y/M) yang buat tapi haritu dia cuti maka pegawai yang tinggal hanya akuuu nak tak nak kena pi tengok jugaklah vaksin tuuu. Ada sekali abam polis mai escort cemas kitee tengok πŸ€ͺ

Rasanya sampai sini duluuu entry untuk kalini. Lamaaaa aku peram entry kalini sebab takda kerajinan sangat hahaha. InshaAllah lepasni akan rajinkan diri untuk update blog lagi dan lagi supaya lepasni kalau rinduuu kenangan lalu boleh scroll blog ni dan baca kembali hehe. 

Terimakasih sebab sudi baca sampai habis ! Jumpa lagi di lain entry !

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 15 Mac 2021

Suntikan Vaksin COVID-19: Alhamdulillah, saya telah di-vaksin! [Pfizer BioNTech]

Assalamulaikum dan selamat malam semua !

Alhamdulillah, Alya kembali menaip lagi hehe πŸ€ͺ Entry ringkas saja mungkin untuk kalini haha. Ingat lagi dengan entry yang sebelum ni berkenaan vaksin COVID-19? Alhamdulillah entry kalini berkisar berkenaan diri aku yang telah selamat menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 baru-baru ini πŸ’‰Alhamdulillah, segala proses dipermudahkan olehNya. Aku akan cerita serba sedikit proses semasa penerimaan suntikan vaksin fasa pertama ini.

Seperti yang ramai sedia maklum, vaksin fasa pertama ini adalah untuk barisan hadapan (frontliners) dari KKM πŸ‘©‍⚕️ dan juga non-KKM yang terdiri daripada polis, tentera, RELA dan sebagainya yang berkenaan.  


Aku merupakan seorang ahli farmasi di fasiliti KKM buat masa ini, makanya aku layak menerima suntikan vaksin ini pada fasa pertama. Alhamdulillah, segala puji Allah, nama aku tersenarai agak awal untuk menerima suntikan vaksin ini setelah pelbagai rintangan dan cabaran yang dilalui hehe. Tak boleh aku ceritakan dengan lebih lanjut berkenaan hal ini cukuplah pihak yang terlibat sahaja yang mengetahui hehe. Apapun yang terjadi, aku percaya yang ianya berlaku atas izin dariNya dan ada la hikmah tu atas semua benda yang terjadi 😊


Macam mana proses untuk dapatkan vaksin ini? Mudah, langkah yang PERTAMA adalah kena daftar dahulu ✅ Ada beberapa cara untuk daftar, paling mudah adalah melalui apps Mysejahtera. Aku juga melalui proses yang sama kena daftar di apps MySejahtera dan tunggu sehingga tiba masa tarikh keluar untuk dipanggil cucuk vaksin. Masa isi tu pastikan semua maklumat lengkap bersama dengan maklumat kesihatan diri dan tempat tinggal. Penting untuk letakkan tempat tinggal yang betul dalam apps sebab nanti lokasi suntikan vaksin adalah berdasarkan fasiliti PPV yang terdekat dengan anda.




Selepas dah dapat tarikh di apps MySejahtera melalui ‘push notifications’(pastikan enable dulu fungsi ini di telefon pintar anda), bolehlah buat persediaan mental dan fizikal sebelum tiba hari yang ditunggu hehe πŸ˜‚ Kena pastikan betul betul waktu di apps MySejahtera tu tertera pukul berapa dan kena ikut waktu yang ditetapkan, jangan awal sangat dan jangan lewat sangat. Lepas dah dapat tarikh, akan ada satu bahagian link yang kita kena tekan untuk buat pengesahan kedatangan kita pada tarikh yang ditetapkan. Secara kasarnya, semua nanti akan dibuat secara digital. Maksudnya di sini, pengesahan kedatangan melalui apps MySejahtera, kemudian akan ada QR code yang kita akan kena scan bila tiba di tempat suntikan, seterusnya membuat pengesahan penerimaan suntikan vaksin dan sehinggalah proses pemerhatian selesai selama 30 minit dan juga untuk melaporkan kesan sampingan (AEFI) kemudian nanti.  Semuanya dilakukan menggunakan telefon pintar (smartphone) kita untuk mengurangkan contact bersama petugas petugas yang bertugas di tempat pemberian vaksin itu. Melainkan jika pendaftaran dilakukan secara manual untuk ibu bapa/saudara mara kita yang tiada telefon pintar, barulah segala proses yang aku nyatakan tadi akan dilakukan secara manual. Jangan risau nanti bila dah tiba fasa untuk orang awam, kerajaan akan keluarkan kenyataan berkaitan proses semasa penerimaan vaksin nanti. Kat sini aku nyatakan secara kasar secara melalui pengalaman aku sendiri. Maaflah tak dapat nak sertakan gambar di setiap proses yang dinyatakan sebab asyik melayankan perasaan nervous waktu tuuu hehehe πŸ€ͺ 


Sakit ke tak? Alhamdulillah, boleh dikatakan pain score waktu kena inject tu adalah dalam 1/10 haha ✅ Bergantung kepada threshold pain (kadar tahan sakit) pada diri sendiri. Lain orang lain pengalaman yang dilalui. Tapi setakat ni rata rata aku tanya pada kawan dan rakan rakan sekerja kebanyakan mengatakan tiada langsung kesan sakit dialami waktu disuntik vaksin. 

Ada kesan sampingan tak? Setakat yang aku tahu melalui penceritaan rakan rakan terdekat di fasiliti mereka serta fasiliti aku, memang ada kesan sampingan yang biasa (yang dilaporkan ketika vaksin hasilkan) dialami oleh kami yang dicucuk. Antara yang biasa (common) adalah sakit di bahagian tempat suntikan, kemerahan, ataupun bengkak, demam, rasa mual atau muntah, pening kepala, sakit badan, letih/lesu dan juga gatal gatal. Ini adalah antara common side effects seperti yang dilaporkan oleh Pfizer (brand yang kami dapat untuk fasa 1 ni). Macam aku sendiri, aku alami rasa pening dalam 15 minit selepas terima suntikan tapi sejurus aku keluar dari bilik pemerhatian baru aku rasa pening tu, waktu dalam pemerhatian aku macam okay sajalah siap bergelak ketawa lagi dengan yang lain haha dan sempatlah rakam kan gambar sekeping dua sebagai kenangan 🀣 Sempatlah aku rehat dalam 10 minit dalam kereta sebelum memandu pulang ke rumah. Jadi nasihat aku kalau boleh pergi lah berdua ketika terima suntikan tu incase apa2 terjadi kan dapatlah hubungi waris terdekat. Just in case. Jangan risau, macam aku cakap, lain orang lain kesannya. Aku hanya alami pening dan dalam tempoh 48jam dah lega setelah ambil Paracetamol hehe. Berbanding dengan rakan rakan yang lain, aku alhamdulillah tak alami rasa sakit yang sangat di bahagian cucuk tu, kiranya boleh tidur ganas laaa hihi. Ramai rakan aku kata sakit lah di bahagian suntikan tu bila waktu nak tidur, kena hati hati takut tertindah gitu. Sebab tu aku kata apa yang kita rasa tak semestinya orang lain rasa dan tak semestinya apa yang orang lain rasa tu kita akan rasa haaaaa. 

Yang penting, apa sahaja yang kita rasa sejurus lepas menerima suntikan Vaksin COVID-19 ni tak kisah lah brand apa sekali pun, kena pastikan buat laporan di MySejahtera sebab nanti akan ada satu link yang kita kena isi bawah details vaksin yang kita terima tu untuk laporkan sebarang kesan yang kita rasaa. Sekiranya didapati kita alami kesan yang agak luar biasa dari orang lain, apps MySejahtera akan menasihati kita untuk melawat klinik kesihatan yang berdekatan supaya mendapatkan rawatan sekiranya kesan yang dirasai tersebut berpanjangan. 



Saat aku publish entry ni, harini merupakan ke 9 aku selepas menerima suntikan. Alhamdulillah setakat ini tiada apa yang serius πŸ˜‡ InshaAllah jika tiada apa apa halangan, hujung bulan ni aku akan dapat suntikan dos vaksin yang ke-2. Moga yang baik baik sahaja hendakNya, amin.  Walaupun dah cucuk vaksin, aku masih lagi mengamalkan SOP seperti yang ditetapkan sebab bagi aku benda ni masih lagi penting sebelum semua orang awam menerima suntikan dan membentuk herd immunity kemudian hari. Sebab tu kadang-kadang aku rasa aku macam ada hak untuk marah orang yang tak ikut SOP ni tambah tambah bab pakai mask, buat sambil lewa saja 😀 Gerammm tauuu hehe tetiba emosi pulak disini. Bila ada yang tanya aku kenapa aku setuju ambik vaksin ni sebab yang pertama mestilah disebabkan kerja aku ✅ Aku terlibat berdepan dengan pesakit hampir saban hari yang tidak aku ketahui status kesihatan mereka. Jadi, aku ambik sebagai perlindungan. Setuju untuk cucuk vaksin juga merupakan antara ikhtiar ✅ yang aku buat dalam membantu memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Bak kata slogan “Jadilah pemutus, bukan pencetus”, maka aku seruuu semua yang baca entry ni buatlah keputusan yang terbaik buat diri sendiri dan jangan lupa mendaftar untuk pastikan anda dapat tarikh yang awal untuk suntikan vaksin nanti !^-^


Aku rasa sampai di sini dulu entry untuk kalini, rasanyaaaa macam dah terlebih panjang pulaa haha asalnya kata nak taip pendek pendek saja. Takpelah manatau nanti ada orang baca entry ni, dapatlah juga pengetahuan sikit bila baca kat sini kann. Walaupun senduu ja orang baca blog zaman sekarang ni tapi takpa aku akan terus menaip di sini selagi mampu untuk kenangan aku di masa depan dan juga sebagai mengisi hobi aku untuk menaip panjang panjang di blog haha. Takda readers pun takpaaaa hihi. Sekian dulu dari aku, jumpa lagi di lain entry.

Disclaimer: Gambar gambar infografik diambil dari SINI (WEBSITE COVID19)

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM