Kenmbali lagi kita kepada entry yang yang seterusnya untuk tahun 2021 hehe. Sekejap sangat rasa tiba tiba dah masuk bulan Mei dahhh. Bulan April aku menghilangkan diri buat seketika dek kerana cuba menenangkan hati dan fikiran dari masalah dunia ni ceh tiber padahal mood tak berapa nak ada kan untuk menaip hiks.
Harini rasa nak menaip pun sebab rasa nak kongsi pengalaman selepas suntikan vaksin dos KEDUA aku pada bulan 3 harituuu. Alhamdulillah, hampir dua bulan dah fully installed microchip (yang tauu ja tauuu haha) dalam badan hihi ð Apa yang bakal aku ceritakan nanti ni adalah berdasarkan pengalaman yang aku lalui sendiri; jadi disclaimer siap siap: Lain orang lain kesan sampingannya. Tujuan aku update ni pun adalah untuk bagi pandangan kasar kepada mereka di luar sana mengenai kesan kesan sampingan biasa yang akan dialami apabila menerima suntikan vaksin tak kira lah jenama apa sekalipun dan juga sebagai kenangan untuk aku baca balik di kemudian hari dan sambil mengimbau bersama anak dan cucu lalu berkata “Mommy survived pandemic and took the vaccine!’ Hahaha tibehhh sangat ð
Baling belakang (throwback), hari suntikan dos kedua aku adalah pada 27/3/2021. Bila tarikh dah naik dalam apps MySejahtera, sila buat pengesahan kehadiran ✅ dengan kadar segera. Kemudian, macam biasa aku gerak awal pagi sebab kalini nama aku naik untuk dicucuk pada pukul 8.30 pagi berbanding dengan suntikan pertama dulu jadual aku pukul 9.30 pagi. Sampai tempat suntikan, belum ada setup apa apa lagi awal lagi mungkin haha tapi team vaccinator dah mai dan standby dekat dalam klinik. (Vaccinator adalah orang yang akan suntik vaksin kepada kita; mereka telah dilatih lebih awal dan kebiasaannya terdiri daripada staff nurse (SN), jururawat masyarakat (JM) dan juga sister).
Kemudian dapat balik borang yang diisi waktu suntikan pertama duluuu, untuk kita laporkan di bahagian belakang borang mengenai kesan sampingan dos pertama. Alhamdulillah, untuk dos pertama; hanya mild side effects (kesan sampingan kecil) yang aku alami. Untuk suntikan kedua ni jujurnya aku ada sedikit rasa cemas memandangkan maklumbalas yang diterima daripada rakan rakan terdekat yang dah dapat suntikan kedua ni menyatakan kesan yang dialami sedikit teruk berbanding dengan suntikan dos pertama; tapi masih tergolong dalam kesan sampingan biasa vaksin cumanya nak dibandingkan dengan dos pertama, dos kedua ni lebih sikit rasanya. Seminggu jugak la aku tidur tak lena fikirkan apa kesan yang aku akan kena untuk dos kedua nanti haha. Seriously, overthinking is not a good things to do tapi biasalah saya pun hanya manusia biasa, memang takkan terlepas daripada perasaan overthinking tuuu ðĐ
Dipendekkan cerita, suntikan kedua ni aku dapat rasa sikit sakit masa tengah cucuk haha mungkin lebih kepada mainan perasaan hiks. Untuk dos kedua ni, aku dan standby dah Paracetamol (Panadol) siap siap incase kena masa first dose yang pening kepala tu boleh aku terus telan ubat nya hehe. Tapi begitulah hanya mampu merancang, rasa pening untuk dos kedua kicks in (menyerang) cepat betul rasa haha mungkin ditambah dengan tak cukup tidur sehari sebelumya (pleaseee pastikan tidur cukup yeee gais sebelum disuntik) jadinya around 5 minit (dalam fasa pemerhatian) aku dah rasa tak sedap, pening kepala. Walaupunnn aku memang dah standby ubat tapiii aku tak usung lah masuk sekali sebab ingat masa dalam perjalanan nak balik baru nak makan haha. Tapi nasib baik rakan sekerja ada standby ubat jugak cuma perlu cari air mineral saja untuk aku makan ubat. Terimakasih kepaa mereka yang membantu waktuu ituu hehe. Dipendekkan cerita lagi, aku dipantau hampir 2 jam jugak ikutkan haha sebab asalnya Doktor pun ingat aku pening sikit sikit sajaaa (aku pun sama lah masa tuu haha), last last Doktor ambil keputusan untuk refer (rujuk) aku ke hospital berdekatan. Tapi aku refuse (tolak) sebabnya vital signs aku semuanya normal takda masalah cumanya rasa dizziness (pusing kepala) saja lah; itu pun dah berkurang sikit lepas 2 jam tu lepas dah makan ubat dan rehat di situ.
Alhamdulillah, selamat sampai rumah; hanya mampu drive slow sajaaa sebabnya kena drive agak jauhh haritu haha (nasihat saya mintaklah orang lain tolong drivekan waktu kena cucuk nanti tauuu hihi). Hari Ahad (28/3/2021) aku pergi kerja macam biasa walaupun rasa tak sedap badan sebabnya kalau aku cuti jugak memang akan kurang orang nanti dekat klinik haha. Haritu jugak aku jadi pegawai yang buat penerimaan vaksin Sinovac fuh pengalaman betul kena check segala benda dokumen, keadaan vaksin, cold chain okay ke tak dan juga turunkan tandatangan dan cop hehe; selalu pegawai yang menjaga (Y/M) yang buat tapi haritu dia cuti maka pegawai yang tinggal hanya akuuu nak tak nak kena pi tengok jugaklah vaksin tuuu. Ada sekali abam polis mai escort cemas kitee tengok ðĪŠ
Rasanya sampai sini duluuu entry untuk kalini. Lamaaaa aku peram entry kalini sebab takda kerajinan sangat hahaha. InshaAllah lepasni akan rajinkan diri untuk update blog lagi dan lagi supaya lepasni kalau rinduuu kenangan lalu boleh scroll blog ni dan baca kembali hehe.
Terimakasih sebab sudi baca sampai habis ! Jumpa lagi di lain entry !
Salam sayang,
Alyaa ❤️
0 ulasan:
Catat Ulasan