Wahhhh, lamanya tak menaip dekat sini. Lamanya, lamanyaa, lamanyaaaaa. Kemana menghilang wahai Alyaa? Haha. Alhamdulillah, masih ada di sini, masih diizinkan Allah untuk menghirup udara segar di bumi milikNya ini.
Sebenarnya, aku tak berapa sihat sikit sejak sejak akhir ni. Ditambah dengan penat bekerja sesungguhnya amat menduga aku. Tapi, alhamdulillah, kekuatan Allah hulurkan pada aku untuk terus berpuasa seperti biasa. Cumanya terawih aku tepaksa skip sehari disebabkan aku tak mampu lagi nak memaksa diri ini. Aku betul2 perlukan rehat malam tu, dan sekarang ni dah kira okeylah sikit.
Oh ya, lama rasanya tak bercerita tentang praktikal aku kan? Tuptup, esok dah hari Isnin, minggu baru dan minggu terakhir di TPN. Hmm, sekejapnya masa berlalu aku rasa. Harini pula dah 5 Ramadan 1434H. Ya Allah, sungguh cepat rasanya. Semoga terus dipanjangkan umur untuk berhari raya pada tahun ini. InsyaAllah, amin. Dan mengenai praktikal aku ni, nanti aku ceritakan di post yang baru. Hmm, TPN memang best, tapi sangat strict yang amat, padan muka aku siap kena tegur bagai dengan ketua TPN. Haha. *habislah markah logbook aku, redha*
Soooooooo, nak bagitau apa lagi ya? Rasanya setakat ni dululah aku nak bebel, almaklumlah, tak sihat. Nak pergi jumpa doktor, doktor pulak takda. Jadinya kenalah tunggu sampai doktornya ada, baru boleh pergi checkup. Menahan jelah sakitnya ni. Sobsob.
Rindu zaman study. :( |
Dan rindu kawan2 juga. Wuawua :'( |
0 ulasan:
Catat Ulasan