Memaparkan catatan dengan label welcome july. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label welcome july. Papar semua catatan

Rabu, 2 Julai 2014

Bulan Julai...

Assalamualaikum selamat malam


Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk menaip entry di malam hari ni. Haha. Aku taktau lah apa bendanya yang aku sibuk sangat buat sampai dah masuk hari ke 5 berpuasa, aku baru nak update blog ni. Hihi. Frust dengan En Nuffnang barangkali sebab takdak CPUV baru, haha.

Ok, entry yang pendek saja untuk malam harini. Alhamdulillah, kita dah pun memasuki bulan Julai nampaknya. Semoga dengan kehadiran bulan baru dalam bulan Ramadhan ni memberi lebih rahmat kepada kita semua. InsyaAllah amin.


Terimakasih bulan Jun atas segala memori kita bersama. Akan ku ingat memori kita ni, haha. Bulan Jun merupakan bulan terakhir aku bertugas sebagai seorang guru sandaran dan bergelar seorang penganggur terhormat sehinggalah sekarang, haha. Masih menunggu panggilan untuk bekerja sekiranya ada. Kalau masih tak terima apa2 panggilan, makanya akan menganggur selama untuk lebih 2 bulan lagi. Hoho. 

Harihari aku mengharapkan keajaiban berlaku untuk panggilan masuk panggil kerja tapi sampai sekarang masih belum ada rezeki nampaknya. Harapnya bulan Julai ni dapatlah kerja seperti yang aku mohon. InsyaAllah, aku tetap dengan pendirian aku yang rezeki itu luas. Kalau takdapat, itu bukan rezeki aku nampaknya. Samasama kita nantikan. :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 3 Julai 2013

Jun berlalu pergi, Julai menjengah diri

Assalamualaikum, selamat malam


Wahhh, dah berapa hari tak hupdate entry blog ni? Macam lama ja rasa. Hehe. Hmm, tangan ni memang gedik2 ni nak menaip tapi disebabkan malas nak mengecharge laptop, jadinya tertangguh sampai ke sudah. Padahal rasanya banyak cerita yang nak diceritakan disini. Sobsob.

So, sekarang ni pun aku mencuri curi update. Kenapa mencuri? Sebab aku mencuri waktu tidur aku niiii. Sepatutnya sekarang ni aku dah selamat tidur melayari keindahan di alam lain. Haha. Saja nak hupdate, taknak orang tercari cari aku kemana menghilang. *Eh, ada ka yang mencari?* Muehehe

Dipendekkan cerita, sekarang dah pun masuk 3hb Julai. Wahhhh, cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar dah hampir sebulan aku berpraktikal di Hospital Seberang Jaya. Macam mimpi pun ada. Iyalah, masa nak masuk mula2 dulu, kemain nervous lagi kan. Haha. Sekarang ni, dah okeyy dah. Seronok juga sebenarnya walaupun penat ya Rabbi. 


Okay, sebenarnya aku ada banyaakkkkk lagi benda nak taip kat sini, nak kongsi dengan semua orang, tapi masa sangatlah terhad tambah2 sejak akhir2 ni, bilamana aku kena uruskan keperluan adik aku sebab mak dengan abah tengah sibuk uruskan hal rumah baru tu. Hmm, dengan penat balik kerja lagi, nak basuh baju, kemas bilik, blablabla, tengok2 jam dah pukul 11 malam. Jadinya, takkan nak berjaga lagi kan, mata pun dah kuyu, jawabnya tidurlah. Haha.

Apa2pun, selamat datang bulan Julai, selamat datang bulan Ramadhan. Arghhhhhhhh, tak sabaqnyaaa nak berpuasa. Kehkeh. First time pulak puasa di tempat baru, a.k.a hospital. Jadi, rasa nervous sikitlah. Dan alhamdulillah, terimakasih ya Allah atas segala urusan yang Kau permudahkan sepanjang bulan Jun. June behave veryy excellent. With all the things happened, i'm glad i'm here, being part of them. :)

So, malas nak memendekkan entry yang semakin merapu dengan mata yang separuh tutup ni, ingin aku maklumkan sekali lagi, silalah rajin2kan jari jemari anda, exercisekan mereka dengan menekan iklan yang ada di blog picisan ku ini. Hihi. Jasa anda amat saya hargai, dan terima kasihhhhhhhhhhhhh ! 

Wassalam, selamat malam. :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM