Memaparkan catatan dengan label Adobe Photoshop. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Adobe Photoshop. Papar semua catatan

Selasa, 5 Jun 2012

Assalamualaikum dan selamat malam.

Fuh.. fuh.. sejak dah semakin baik ni.. Aku dah mula sibuk pulak. Terpaksa cover kakak aku untuk hantar adik aku ke Pusat Tuisyen. Dan harini aku memang over sibuklah. Pagi2 hantar adik, pergi beli makanan kt kakak, beli surat khabar, basuh baju, pergi balik ambik adik. *err, perlu ke aku bagitau semuanyaa? haha* Sila abaikan perkara itu ye. Jadi, bila malam ni baru dapat update sat. Itupun nak share benda yang aku buat sepanjang aku menyepi dari blogging tadi. Aku try lukis dan warna benda yang paling menguji kesabaran aku. Nak tengok benda apa? Sat nak tunjuk. Tapi, jangan gelak. Senyummm sajaa. Haha. Sebab sangat burukk . >,< 


Ok, tau lah buruk. Jangan over sangat gelak tuu ye. Wuawua~ Penat tau try buat. Lepas ni aku nak try lagi buat. Mungkin makin better. Hehe. Oklah, nanti aku update lagi.  Thankyou kepada yang singgah blog aku dan comment tentang doodle aku. Really appreciate it! :') Nanti aku akan reply semua comment korang dan lawat blog korang balik. :) Babai...


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 4 Jun 2012

Makin Sihat. :')

Alhamdulillah, hari ini aku makin sihat dan dapat lah buat kerja2 yang banyak tertangguh sebelum ni. Esok akan bersambung kerja2 mengemas barang. Malam ni rasa malas pulak. Hihi. Sebelum tu, terima kasih sangat2 aku ucapkan kepada mereka yang rajin datang dan comment entry aku terutamanya pasal entry first doodle from photoshop tu.. Hihi. Errr..Rasa nak buat sesuatu je untuk orang yang selalu datang comment tu. InsyaAllah, ada masa nanti aku buat sesuatu eh.: ) Okay, atas tu satu lagi doodle yang aku buat. Doodle yang ketiga aku. Yang kedua, yang bawah ni. Haha. Mesti pelik kenapa ada muka saja. Memang lah, sebab baru belajar sampai muka. Badan dan baju belum lagi. 
Haha. Mesti pelik kenapa ada muka saja. Memang lah, sebab baru belajar sampai muka. Badan dan baju belum lagi. Haha. Nanti-nantilah ye aku belajar lagi. Aku dah takdak masa dah sekarang. Sibuk nak prepare masuk universiti balik dah hujung minggu ni.

Okaylah, just buat entry nak bagitau yang aku MAKIN SIHAT ! Jadilah, bolehlah aku menghabiskan sisa2 cuti ni dengan jayanyaa. Hehe. Nak blogwalking pun senang dah. :) Maka, tunggulah aku di blog korang ye ! Babai. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

First Doodle from Photoshop. :)

Assalamualaikum dan selamat pagi semua !

Yeah, apa khabar harini? Aku alhamdulillah makin sihat selepas mendapat rehat yang panjang iaitu TIDUR ! Hehe. Semalam aku tidur awal kot, saja nak rehatkan diri yang letih dan sakit ni. Perut dah makin okayy cumanya rasa sakit2 tu masih ada lah. Huhu. Bila aku dah tidur terlampau awal, makanya aku akan bangun pun awallah. Haha. Itulah aku. Nak bangun awal, kena tidur awal. Hihi. So, aku bangun lebih kurang pukul 5.00 pagi tadi. *awalkan. hoho* lepastu, aku try install Adobe Photoshop ke dalam laptop aku nih. Fuh, gigih betui kot aku nak belajaq pakai Adobe Photoshop ni sampaikan dah banyak kali aku cuba download dan install. Masa nak download no problem, okey ja smooth jalan. Masa nak install masuk komputer, itu yang masalahnyaa. Sampaikan nak dekat tujuh kali download benda yang sama, last sekali boleh juga aku install masuk yang last sekali punya download. Seronok, gumbira tak terkatalah. Bersyukur sangat2lah. Dapatlah aku main2 dengan Adobe pulak lepas ni. Hehe.

Jadi, lepas godek sana sini, bukak tutorial yang sememangnyaa dah aku jumpa di http://alieff.com, makanyaa aku mencuba membuat doodle pertama aku dari photoshop. Lagipun, orang yang biasa datang blog aku mesti tahu kan yang sebelum ni aku hanya melukis doodle menggunakan Microsoft Excel 2007. Tapi kan, susah oo nak buat pakai Adobe Photoshop ni kalau tak pandai godek. Macam aku ni pun, bedal je lah apa yang aku tau. Asalkan nampak okay dan jadi sudahlah. So, doodle yang aku buat pertama kalinyaa menggunakan tutorial yang sedia ada itu amatlah berbeza sekali dengan apa yang diajarkan. Haha. Takpelah, first try aku kan buat doodle guna Adobe Photoshop ni. Hehe. Nak tengok? Meh nak tunjuk. Err, aku tau tarak cantik, jadi jangan gelak over sangat k. *Malu kot nak tunjuk*


Hahah. Amacam? Comment dialu2kan. Nak kritik pun tarak hal. Aku terima saja. Ermm. Lepas ni kalau aku ada masa lagi, aku ingat nak explore lebih lagi Adobe ni. InsyaAllah, nak try buat doodle macam2 lagi dari sini. Hehe. Oklah, aku nak pi buat kerja lain lagi ni. Barang tak packing lagi. Tinggal beberapa hari saja ooo mau duduk di rumah. Sangat lah tak sanggup mau masuk belajar kembali. Huhu. Errrr, babai. :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM