Assalamualaikum dan selamat petang semuaaa !!! 😘
Wahh, tak sangka hari ni dah hari terakhir dalam bulan Julai. Fuh, sekejap sangat rasa ya. Jadi harini hari Sabtu, aku terasa macam nak update entry dekat blog harini. Mungkin entry ringkas saja. Harini terasa macam nak update pasal Kit Ujian Kendiri COVID-19 (COVID-19 Self Test Kit) yang tengah hangat dan viral diperkatakan di seluruh pelusuk dunia sejak kebelakangan ini, tibeh.
Bak kata rakan rakan dan senior pharmacist aku; benda ni macam pisang goreng sekarang ni 😂, lakuuu sungguh haha pening kepala jugak nak fikirkan stok stok yang baru masuk ja mesti akan habis sat jaa, ibarat macam masa mula mula COVID-19 muncul di Malaysia duluuu, laku keras pelitup muka (face maskk) sampai semua tempat yang jual habis stokk haha. Kenapa tiba tiba rasa nak update entry ni? Semestinya lah sebab aku rasa tanggungjawab aku untuk sebarkan kebaikan dan naikkan sales rakan rakan aku di retail pharmacy, tak gituuu? 😆Haha takda lah sajalah nak share dekat sini, mana tahu dapat bagi ilmu dekat orang lain juga melalui entry kalini hihi.
Jadi, apa benda Kit Ujian Kendiri COVID-19 (COVID-19 Self Test Kit)? 😮 Bahasa mudahnya, ini adalah satu inisiatif yang dibuat dan dihasilkan bagi membolehkan masyarakat/penduduk di seluruh negara terutamanya Malaysia membuat ujian sendiri di rumah sekiranya mengalami simptom-simptoms COVID-19 ataupun untuk dapatkan keputusan segera bila mana telah dikenalpasti sebagai kontak rapat atau sebagainya.
Sumber gambar: Google |
Kenapa aku katakan benda ni benda viral dan hangat diperkatakan? Sebab benda ni ikutkan dah digunakan di luar negara cuma baru diluluskan penggunaannya di Malaysia ni. Alhamdulillah, setelah agak lama menanti akhirnya diberikan kelulusan untuk digunakan secara meluas di Malaysia. Nak luluskan sesuatu alat untuk digunakan bukan mudah ya. Ianya melibatkan beberapa pihak dan beberapa ujian sebelum dikeluarkan untuk digunakan oleh orang ramai.
Setakat yang diumumkan, terdapat 6 jenama yang diluluskan untuk penggunaan oleh KKM dan juga Medical Device Authority (MDA). MDA ni apa? Kenapa perlu gunakan yang ada kelulusan MDA baru boleh guna? Ok, seperti National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) yang mengawal selia ubat-ubatan, kita juga ada badan/pihak berkuasa yang mengawal selia alat-alatan perubatan (medical devices); yang mana kewujudan mereka ni sama penting saja dengan NPRA. Penting untuk menggunakan alatan alatan perubatan yang ada kelulusan MDA ni sama penting dengan menggunakan ubat yang ada kelulusan NPRA.
6 jenama yang diluluskan penggunaan di Malaysia (Senarai akan dikemaskini dari semasa ke semasa) |
Bagaimana cara nak guna Kit Ujian Kendiri COVID-19 (COVID-19 Self Test Kit) ni? Nak cerita dekat sini macam panjang sangat, jadi boleh lah pergi ke website sini Kit Ujian Kendiri COVID-19 untuk melihat video demonstrasi cara menggunakan kit ujian kendiri ni. InshaAllah kalau tengok betul betul video tu dan baca betul betul manual yang disediakan mudah ja proses nak buat tuu 😇
Dekat mana boleh beli? Setahu aku sekarang ni dekat mana mana farmasi retail (kedai farmasi) dah mula jual dah kit ujian kendiri ni sejak diumumkan diluluskan sebelum ni. Mungkin akan beberapa farmasi dah habis stok, almaklumlah macam aku cakap tadi, barang panas macam pisang goreng 😂 Kalau nak mudah, aku rasa dekat aplikasi MySejahtera pun dah ada link untuk beli test kit ni. Pendapat aku, belilah kt mana mana pun asalkan test kit tu diluluskan oleh KKM dan MDA yaaa.
Bila dah buat dapat keputusan positif, apa perlu buat? Ok, update terkini yang aku ada baca, dah boleh buat pelaporan di aplikasi MySejahtera. Bukak saja aplikasi MySejahtera lepastu akan ada satu icon tanda "COVID-19 Self Test", tekan situ, keluar pilihan pilihan jenama yang ada; kemudian lapor kan result anda.
Sumber gambar: Twitter |
Akan diupdate rasanya senarai test kit ni |