Selasa, 23 Ogos 2016

Discover Perak : Menara Condong, Teluk Intan, Perak

Assalamualaikum dan selamat malam


Okey, jumpa lagi kita dalam entry harini untuk sambungan daripada entry semalam HAHA. Sekarang ni mood rajin nak update entry jadinya banyaklah entry yang keluar dari aku. Ini belum masuk entry trip Sabah yang aku pergi haritu hehe. Sementara masih bercuti ni, bolehlah aku update walaupun tiada yang sudi membacanya :P

Dipendekkan cerita, lepas kami singgah makan tengahari di Nasi Bamboo Sg Klah, masa tu macam awal lagi nak balik ke Puncak Alam, jadinya kami pun meneruskan perjalanan ke Teluk Intan untuk melihat Menara Condong yang popular tuu hehe. Aku pun excited juga la sebab tak pernah sampai lagi walaupun kampung aku dekat Perak hiks 

Dari Sungkai nak Teluk Intan lebih kurang 1 jam perjalanan, kiranya tak lah jauh sangat nak pergi dah alang2 sampai ke Perak sini kan. Alhamdulillah, perjalanan mudah hendak ke sana, sampai ke tempat tujuan dengan bantuan google maps.

Suka sangat cuaca waktu ni
Yeayyy dah sampai Teluk Intan :)

Menara Condong, Teluk Intan


Tengok balik gambar ni, dekat mana lah condongnya menara ni HAHA 
Selfie depan menara adalah satu keperluan :P
Masa dah nampak Menara Condong ni, punya lah seronok sebab pertama kali tengok depan mata hehe. Bila dah sampai tu, nak kena cari parking untuk letak kereta. Dekat sini, kereta banyak gilaa dan parking penuh, dua kali pusing juga baru dapat itu pun dekat deretan kedai2 sana, kena jalan sikit lah nak sampai depan menara ni. Buat kerja gila sikit masa ni, tak letak kupon parking sebab takdak, nasib baik tak kena saman HAHA.

Dalam Menara Condong

Penat nau kena naik tangga hahaha

Rugi dalam kosong saja sebab nak mudahkan pergerakan lalu lintas para pelancong kan

Sempat lagi bergambar masa penat naik tangga :P
Masuk dalam menara kena bayar tak? Tak perlu pun, cuma perlu tulis nama saja dekat log masuk pelawat. Almaklumlah, jadi pelajar ni kenalah pergi tempat2 yang tak perlukan bayaran masuk hiks. Yang penatnya masuk dalam ni adalah bila kena mendaki tangga HAHA. Iyalah nak tengok bentuk Diamond Bay dari pandangan atas kan. Kebetulan masa pergi ni orang tak lah ramai sangat yang masuk dalam menara ni, jadi dapatlah mendaki tangga slow2 :P

Inilah pemandangan Diamond Bay 
Pintu masuk menara. Sebabkan aku tak ingat mana aku letak gambar aku, jadi pinjam gambar kawan aku ni hehe
Dah selesai godek menara ni, kami singgah solat dulu di masjid berdekatan sebelum bergerak pulang ke Puncak Alam. Perjalanan pulang pun dipermudahkan walaupun kenderaan banyak di jalan raya sebab dah nak malam kan. Selamat sampai dalam pukul 10 malam seingat aku lah, alhamdulillah. Banyak pengalaman dan pengajaran yang dapat sepanjang trip kalini. Semoga berpeluang untuk buat trip lagi dengan mereka ke tempat lain, inshaAllah :) 

Perjalanan pulang
Pendek, ringkas dan padat saja untuk entry kalini, kang panjang2 orang tak sudi nak baca, bukankah begitu? :P Untuk kawan-kawan aku yang baca entry ni, minta halalkan nah aku tayangkan muka hampa dekat blog aku. Nanti ada masa, kita pi jenjalan lagi nah hiks. Sampai sini dulu entry aku kalini, jumpa lagi untuk entry yang seterusnya, babai ! ^_^ 

Nah gambar aku bersama kawan2 untuk trip Discover Perak kalini. Muah ciked :')

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM