Sabtu, 20 Ogos 2016

Jagung Bakar di Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Assalamualaikum, selamat pagi


Alhamdulillah harini rasa macam rajin sikit nak update blog. Sebenarnya, hari hari kalau boleh rasa nak update blog, tapi bila masa nak taip entry ja mesti ada benda yang menghalang HAHA. Nak nak pula sekarang ni dah jadi peminat setia ikuti sukan Olimpik di Rio, selalu jadi burung hantu malam2, jadinyaa memang tak berupdate lah kan. Lepasni aku update pasal kerja part time aku sebagai penyokong tegar sukan kalini hiks :P

Kalini aku nak bercerita pasal aktiviti aku hujung minggu lepas iaitu pergi makan jagung bakar dekat Batu Ferringhi di Pulau Pinang. Ini semua angkara kawan baik aku sebab tiba2 saja dia mengidam nak makan jagung bakar dekat sini. Nasib baik dia dapat green light daripada mak dia untuk drive pergi Batu Ferringhi, jadi senang lah kerja aku hanya jadi peneman dan co drive hehe. Kami pergi bertiga, dengan kawan baik kawan aku jugak. Bertuah punya kawan aku ni, pukul 2.30 petang nak ajak keluar, pukul 1.40 petang baru whatsapp tanya free ke tidak HAHA sabar saja lah kan ada kawan macam ni :P Mujurlah aku ni memang memanjang saja free waktu cuti semester ni.

Muka seronok dapat makan jagung bakar HAHA
Apa yang seronoknya makan jagung bakar kat sini? Yang seronoknyaa adalah, makan jagung bakar tepi pantai HAHA. Jagung bakar ni rasa macam biasa saja cumanya dekat area Penang mainland ni susah sikit nak dapat jagung bakar macam ni. Sedap la juga sebab dia ada perasa pedas, manis dengan apa tah satu lagi perasa tak ingat dah. Selain jagung bakar, dia ada juga jual jagung dalam bekas cawan tu, sedap jugak yang ni pun. Dekat sini juga ada jual macam macam lagi selain jagung bakar. Ada laksa, rojak, cucuk cucuk yang dibakar tu (omputih kata skewers lebih kurang), air gelas besar, cendol pun ada banyak jenis, dan juga jual sourvenirs macam baju dan sebagainya. 

Itulah dia di belakang kami Pantai Batu Ferringhi :P
Kalau ramai yang keliru, sebenarnya dekat kawasan sini lebih dikenali sebagai Marina Bay, Batu Ferringhi. Nak sampai sini senang ja, wave saja nama tempat ni, inshaAllah selamat sampai HAHA. Niat pergi sini, nak makan jagung bakar saja, selebihnya banyak buat sesi bergambar saja hehe :P

Sesungguhnya cuaca haritu sangatlah baik :)

Backstreet girls :')
Disebabkan sampai sini pun dah lewat nak ke petang dah, jadinya lepas dah puas posing kiri kanan depan belakang, kami pun pi solat Asar dekat Masjid Jamek Tanjung Bungah a.ka Masjid Terapung Tanjung Bungah. Aku suka solat dekat masjid sini sebab banyak memori yang ada dekat sini HAHA.

 

Sebelum balik, kami singgah ke Gurney Plaza dulu untuk jenjalan cuci mata sambil makan dan solat Maghrib terus. Lepas dah settle down semua, kami pun gerak balik sebab dahh lewat sangat dah masa tu, pusing pi pusing mai pukul 930 malam jugak rasanya baru naik jambatan HAHA. Alhamdulillah, semua selamat sampai :) Terimakasih bro sudi bawak jenjalan hujung minggu daripada aku mereput saja di rumah hiks :P

Peram isi hati kira bajet bila makan kat sini huarghh :'( HAHA
Okeylah sampai sini dulu aku cerita untuk kalini, inshaAllah lepasni nak bercerita mengenai trip aku ke Sabah. Nak update laju sebab kalau asyik bertangguh nanti asyik lupa ja HAHA. Jumpa lagi bye! :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM