Selasa, 23 Ogos 2016

Discover Perak : Felda Residence Hot Spring, Sungkai, Perak

Assalamualaikum, selamat pagi

Alhamdulillah, sekali lagi seorang Alyaa diberikan kerajinan untuk update entry mengenai aktiviti- aktiviti lepas yang dilakukan olehnya. HAHA. Ok, ayuh kita mulakan. Nampak tajuk macam English habis kan, tapi maaflah dek kerana diriku anak Melayu tulen, haruslah ditaip entry nya di dalam Bahasa Melayu, tak gituu :P

Sebenarnya, aku pergi Hot Spring Sungkai ni tahun lepas dalam bulan Oktober gitu (terimakasih Instagram bantu aku recall balik benda ni hehe), kiranya hampir2 setahun jugak lah kan haha rasa macam baru saja pergi sana. Tapi tidak mengapa rasanya ingatan aku masih lagi kuat untuk hasilkan satu entry ni dan juga dibantu oleh google hiks.

Nak ikutkan, nak pergi sini taklah dirancang sangat pun cumanya kawan2 aku asyik ajak nak pergi dah lama, kata mereka teringin nak pergi jenjalan waktu tengah2 sem tu, teringin nak pergi sini. Masa propose dekat aku nak pergi tempat ni aku macam blur sebab tak pernah dengar pun HAHA, tapi aku percaya tempat yang mereka pilih setakat ni tak pernah mengecewakan aku, jadinya aku pun setuju sajalah. Nak tunggu aku setuju pun macam krik krik juga sebab aku fikir panjang sikit nak kena drive dari Puncak Alam ke Sungkai, Perak ni dalam 3 jam macam tu. Ya, aku memang jadi driver bila datang bab2 nak bawa berjalan ni HAHA sebab tu apa2 kena tunggu aku kata ya atau tidak :P Tak kisah pun janji sama2 naik, sama2 bayar tak gituu bukan hehe.

Kami bertolak awal pagi jugak dalam pukul 7 lebih macam tu dari Puncak Alam sebab nak cuba sampai awal dekat sini supaya ada masa nak mandi2 manjakan diri apa semua kan. Alhamdulillah, perjalanan lancar saja cumanya tak bawa laju sangat sebab area2 Perak ni bahaya sikit AES ada di mana- mana saja huu. 

Bertolak awal pagi, kereta masih tak banyak di jalan raya :)

Waktu ni Malaysia baru lepas kena jerebu teruk, alhamdulillah macam trip kami kalini cuaca cerah dan baik sangat

Sebab tempat ni dekat felda jadi inilah pemandangan kiri dan kanan, nak masuk ke dalam boleh tahan jelah jauhnya tu

Seronok sangat dapat jumpa matahari masa ni dengan awan nya yang cantik :") 
Kena dengan nama tempat ni iaitu Felda Residence Hot Spring,  jadinya untuk laluan masuk ke tempat ni memanglah kena lalu kawasan felda terlebih dahulu. Tapi best tau sebab kiri kanan pemandangan hijau ja ada juga kawasan yang cantik sepanjang perjalanan masuk ke tempat ni. Taklah jemu mata memandang masa memandu tu. Oh sebelum tu, dari Puncak Alam, kita akan susur keluar tol Sungkai setelah hampir 3 jam perjalanan (tambah tolak lebih kurang), kemudian jika tidak silap ingatan aku ni, ambik ke kiri kemudian terus sebelum jumpa satu simpang kecil di sebelah kiri kita tidak jauh dari susur keluar tol tadi, kemudian jumpalah jalan yang macam dalam gambar atas ni. Lebih kurang 9km dari tempat kita masuk mula2 tadi sebelum tiba di destinasi.

Masa kami tiba, dah ada pengunjung lain sama tapi masih belum ramai orang, parking kereta pun mudah saja. Sekejap saja tunggu untuk beli tiketnya walaupun dari jauh nampak macam ramai sangat yang beraturnya haha. Kawan aku yang pergi beli tiketnya sementara aku settlekan urusan kereta dengan barang2 yang kami bawa. Sebelum masuk ke dalam, kita kena pakai tiket masuk di tangan sebagai pass masuk bila di dalam sana nanti.

Inilah yang aku cakap tadi, kena pakai 'gelang' tiket
Lepas dah pakai gelang, dah lepas check bag semua dekat kaunter, kita kena tunggu train a.k.a tram ataupun lebih kurang macam buggy lah yang digunakan dekat tempat orang main golf tu cumanya ni versi panjang, aku panggil benda ni train ja HAHA. Sebab apa kena tunggu benda ni? Sebab nak masuk dekat kawasan hot springs ni dalam sikit daripada tempat beli tiket (kereta parking di bahagian luar dekat kaunter tiket), lebih kurang 5 minit berjalan kaki, tapi bila naik benda ni sekejap jelah dah sampai hehe. Dah alang2 kan orang tak berapa ramai sangat, tunggu sajalah dia sampai, lagipun nak rasa juga naik train ni, selalu naik yang versi buggy tu ja dekat hospital hiks :P

Sementara tunggu train (tram) sampai kita posing2 dulu

Yeay! Dah naik dah, senyum sikit

Bila turun dari train tu, akan nampak foodcourt ala2 terapung ni, lepastu jalan terus saja ke depan

Perjalanan masuk ke kawasan hot springs dan air gunung
Dah sampai dalam tu, memang terus pergi cari tandas sebab nak salin bajuu. Kemain kauu excited nak mandi bila tengok kawasan sekeliling yang cantik tu. Laluan nak ke tandas pun cantik hah, sejuk mata memandang.

Kawasan depan tandas, laluan dari pintu masuk

Ini juga dekat dengan kawasan tandas. Janganlah berani sentuh, airnya panas tersangat, siap berasap

Ini panas juga tapi okeylah tak panas macam yang atas tu
Sebelum nak masuk tandas tukar baju, singgah kejap dulu dekat kawasan monumen batu2 macam dalam gambar kat atas tu sebab nak ambik gambar hehe. Memula ingat macam air panjut biasa lah kan, sekali hambik panas berdengung, berdiri sebelah pun boleh rasa bahang panasnya tu HAHA. Gambar yang kedua atas ni memang yang paling panas airnya, kami siap ambik video nak nampak betapa panasnya air tu menggelegak macam baru keluar dari perut bumi. Yang bawah dia pula panas jugak tapi rasa suhunya tak sepanas yang sebelumnya tuu. Tapi sama sekali tidak digalakkan untuk sentuh air dekat sini khuatir berlaku perkara2 yang tidak diingini kelak. Sekiranya bawa kanak-kanak di kawasan ini, silalah berhati-hati :)

Dah puas bergambar semua dekat kawasan depan tandas tu, apa lagi ... Pergi mandi lah ! HAHA. Okey tak, kami pergi dekat kawasan Taman Terapi dulu sebab kawasan sini lah yang ada kolam air panasnya. Suhu air panas ni ada yang 30 ke 40 degree celcius, bolehlah pilih nak rasa suhu yang mana nak untuk rasa. Sini juga ada kawasan air panas yang menggelegak, dan di sebelahnya air mengalir yang boleh kita berjalan2 rendam kaki sebab kawasan air mengalir tu macam kita buat terapi yang jalan atas batu reflexology tu. Aku ni ada masalah sikit nak pijak2 batu ni jadinya aku tunggu dekat hujung sambil rendam kaki rasa air panasnya hehe.

Inilah taman terapi nyaa, rasa macam ahli farmasi sangat dengar perkataan therapeutic ni haha

Inilah yang aku cakap tadi tu, siap letak dawai duri kau sekali dengan tanda amaran haha. Nampak tak sebelah dia tu macam ada laluan reflexology batu tu kan, air dia tak panas sangat, suam2 saja

Panjang juga nampak laluan ni sebab gambar ni diambil dari hujung tempat permulaan kawan2 aku berjalan

Maafkan muka selenga selebet aku yang excited rendam kaki dan berdiri atas batu walaupun berdirinya tu sekejap saja HAHA

Dah puas rendam kaki kat situ, kami pergi kolam yang belakang tu sikit sebab nak rasa air dia jugak. Kalau perasan dalam gambar aku dekat atas ni nampak macam ada makcik2 dekat kawasan kolam kaki tu kan, hah situlah maksud aku. Sekejap saja singgah rendam2 kaki, selfie sekeping dua sambil sembang2 dengan makcik2 yang ada dekat situ. Peramah nau hah makcik2 ni. 


Selfie bersama makcik yang tetiba datang belah kami haha. 

Titian cinta kita eh cia cia cia

Kawasan sekeliling memang serba serbi hijau keindahan alam semulajadi gittew

Dah puas rendam, kami pun pergi lah mandi dekat kawasan air gunung yang air jauh lebih sejuk dari air panas yang rendam kaki tadi tu. HAHA, memanglah dah nama pun air gunung kan, mestilah sejuk :P Kawasan air gunung ni kawasan orang ramai sebab kawasan nya besar. Sangat sesuai untuk budak2 mandi dekat sini siap ada gelongsor untuk diorang main. Dari jauh nampak kawasan air gunung ni macam kolam mandi dekat bawah Suria KLCC tu (dulu ada sekarang tak tahulah kan). Seriusly best mandi dekat situ, tak puas sangat rasa haritu hehe tambah pula masa kami mandi tu orang tak ramai pun jadi kami boleh bersuka ria sesama sendiri haha. 

Kawasan air terjun 
Selfie dulu sebelum masuk air :P

Sini kawasan kanak2 jadi ramai orang. Air di sini cetek saja sesuai untuk kanak2

Sini lebih kurang kawasan orang dewasa, air nya dalam sikit

Gambar zoom in gelongsor dekat kawasan kanak2. Tapi orang dewasa pun ada ja naik haha

Dah dewasa kan, mestilah mandi di kawasan orang dewasa hiks :P
Dah seronok mandi dekat sini, kami pun pergi ke Private Jacuzzi sebab memang plan asal kawan aku, dia nak pergi sini, nak mandi kolam air panas tapi secara tertutup sikit. Kami pun setuju ja lah sebab okey jugak lepas mandi apa semua, boleh terus tukar baju dalam kawasan tertutup ni. Tak perlu pergi ke tandas awam lagi. 



Private Jacuzzi

Kolam air panas

Tak besar mana pun kolam dia tapi best, cukuplah untuk kami berempat

Posing sikit tepi kolam air panas HAHA
Tengok gambar dekat atas ni, kiranya macam itu sajalah kawasan dalam private jacuzzi ni, Ada lagi bahagian tepi sana ada tandas dan pokok2 bunga. Rasa macam tenang sangat duduk dekat sini, rasa macam taknak balik saja hehe. Nak ikutkan dia ada beberapa jenis jacuzzi dan yang kami pilih ni yang paling rendah kadar bayarannya haha nak berjimat tapi nak rasa air kolam panas haruslah memilih kan :P Ini pun kami ambik sejam saja, cukuplah sekadar lepaskan rasa mengidam nak mandi kolam air panas hiks. Nak masuk sini kena buat bayaran lain tapi semuanya berbaloi lah. Rasa nak datang dengan keluarga ataupun dalam kumpulan yang lebih besar, bolehlah ambik yang kawasan lebih besar sedikit :)

Kawasan yang menempatkan beberapa buah private jacuzzi

Ini "rumah" rehat kami selama sejam. 

Sini punya tempat pun nampak cantik nak bergambar kan haha

Kaunter bayaran masuk

Welcome to Private Jacuzzi :)
Dah penat berendam dan bergambar apa semua, kami pun melangkah keluar dan pergi ke Tempat Merebus Telur. Uniknya dekat sini adalah tempat rebus telur ni sebab dengan suhu air panas dekat sini, kita boleh rebus telur dan kemudiannya boleh makan telur tu. Best kan? Cuma yang tak bestnya adalah telur kena beli di dalam dekat tempat merebus telur ni, tak boleh bawa dari luar, al maklumlah nak jana ekonomi negara kan :P Dan berapa lama nak rebus tu bergantung kepada macam mana tekstur telur yang kita nak nanti. Samada separuh masak, suku masak, atau masak sepenuhnya. 

Sinilah kawasan merebus telur

Semangat aunty ni rebus telur hehe
Rasa macam dah puas jelajah kawasan dalam Felda Hot Springs ni kami pun dah nak balik sebab perut dah rasa lain macam punya lapar tu haha. Untuk makan tengahari, kami singgah makan di Nasi Bamboo Sungai Klah. Wallahi, sedap betul makan dekat sini. Ini juga merupakan salah satu tarikan di Sungkai ni. Rugi tau kalau pergi Felda Residence Hot Springs ni tapi tak singgah makan dekat sini. Rugi sesangat sebab kesedapan makanan dekat sini memang tiada tandingannya haha. Rasa macam nak pergi makan sekali lagi kat sini bila berpeluang nanti inshaAllah.

Masih segar dalam ingatan kesedapan makanan dekat sini :(

Istimewa nya dekat sini adalah nasinya yang dalam buluh. Hehe. Serius sedap

Semuanyaaa sangatlah sedap T_T
Okay, sekarang aku rasa entry ni dah jadi terlebih panjang pula HAHA. Sebenarnya ada sambungan sikit lagi, tapi takpa nanti aku sambung dalam entry yang seterusnya. Silalah tunggu sebab sebelum balik kami singgah dekat satu tempat lagi hehe. Secara keseluruhannya, alhamdulillah boleh bagi 4/5 bintang, sesuai untuk keluarga datang dan habiskan masa bersama anak-anak semua. Apa-apapun, jumpa lagi entry yang seterusnya inshaAllah :)

Muka bahagia dah penat mandi apa semua 
Sebelum terlupa, tiket untuk masuk sini adalah ;- 
Dewasa : RM 12
Kanak- kanak : RM 10
Warga emas : RM 7
Orang kurang upaya : RM 2

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM