Assalamualaikum selamat pagi
Hi jumpa lagi kita di entry yang seterusnya hehe. Semangat kemain hah sekarang nak update blog. Bersusun saja cerita nak taip hari hari inshaAllah kelapangan tu ada, aku cuba lah untuk taip. Haha. Kiranya kalau blog ni berupdate, maksudnya aku tengah free time lah tu okey :P Kalini aku nak cerita pasal Border's Tea. Tau tak apa benda tu? Meh nak tunjuk.
Inilah dia Border's Tea :) |
Border's Tea ni sebenarnya sejenis minuman macam dalam gambar atas tu. And yes, currently this is my current addiction haha. Almaklumlah nanti dah balik Puncak Alam dah tak dapat nak rasa dah huu mesti akan rindu nanti haha. Jadinya sekarang ni aku cuba untuk rasa semua perasa yang ada. Tak banyak pun perasa yang ada tapi okeylah at least kau taklah rambang mata sangat nak rasa yang mana satu kan. Yang dalam gambar atas tu perisa Green Tea and for sure memang dah jadi favourite orang ramai tapi bukan aku lah. Aku kurang sikit bila green tea ni haha janganlah tanya kenapa okey. Aku ada perisa kegemaran aku sendiri haha silalah baca sampai habis kalau nak tau hehe.
Ok tak baca sampai habis pun takpa sebab taraaa inilah favourite aku Coco Ice Milk Tea :P Haha. Sedap lah semestinya kan. |
Ok berbalik pada tajuk, Border's Tea ni baru ja bukak cawangan dekat Bertam dan semestinya lah kann dekat dengan rumah aku haha sebab tu harihari boleh pi beli. Eh taklah sampai hari hari selang sehari mungkin :P Sampai akak kedai tu macam dah cam muka aku ni hah, hiks.
Oh sebelum tu, aku kenal Border's Tea ni dah lama lah jugak sebab kakak aku selalu suruh pi beli tapi malangnya cawangan terdekat dengan aku sebelum ni hanyalah di Seberang Jaya. Jadi macam susah sikit nak turun Seberang Jaya sekarang ni kalau takdak hal di sana. Haha.
Dan bulan Syawal baru ni tiba2 dapat berita yang Border's Tea buka cawangan baru di Bertam dan paling best dekat sangat okey dengan rumah aku haha tak tipu serius. Dekat dekat pun, dah minggu kedua bukak baru aku sampai eh yaka? Rasanya lah hehe. Busy sangat nampak hah. Oleh itu, jutaan terimakasih aku ucapkan kepada pengurusan Border's Tea sebab bukak cawangan yang dekat dengan rumah aku. Bukan rumah aku saja malah dengan rumah mereka yang berdekatan terpaksa budak sekolah. Haha.
Dah cuba, mestilah kena bawak kawan pulak untuk cuba kan hahaha |
Cerita banyak banyak pn macam tak guna kan. Mesti orang tertanya tanya berapa harga dia kan sampai aku kalau boleh hari hari nak pi kan? Haha. Taklah sampai hari hari, habislah duit aku yang tak berapa nak ada ni hah. Hahaha. Harga dia okey lah berbaloi dengan jumlah air yang dibekalkan satu bekas tu hah. Harga dalam RM 4.50. InshaAllah budak budak sekolah pun mampu beli haha.
Perasa apa yang ada? Aku ingat beberapa saja antaranya :
- Ice Milk Tea
- Yogurt Peach
- Coco Ice Milk Tea
- Mocha
- Mango Bingo
- Green Tea
- Strawberry
- Chafe
Rasanya macam yang ni saja kalau tak silap aku. Haha. Tak berapa nak ingat sangat yang aku jarang minum tu. Hehe. Setakat ni Chafe dengan Strawberry aku tak pernah rasa lagi. Nampak macam sedap tapi itulah ada masa nanti aku cuba lagi haha.
Gambar ni dari page Border's Tea Bertam. Pinjam nah jangan marah admin :) |
Jadi, jika ada soalan atau pertanyaan ataupun nak order air ni manatau tiba2 teringin tapi tak mau tunggu lama lama nak pi pickup ja, boleh try no yang tertera di atas. InshaAllah layanan baik akan diberikan. Dan janganlah malu segan untuk like page mereka untuk tau semuanya berkenaan Border's Tea ni. Bukak pukul berapa, tutup pukul berapa. Takkan semua nak cerita sini kan haha kesian admin page nanti takdak orang tanya soalan kat sana. Jadi silalah rajin rajinkan diri sikit ke page mereka okey.
Logo Border's Tea. Design simple and atrractive |
Sebelum aku akhiri entry kalini, sukacita nak maklumkan yang aku bukanlah duta ataupun model yang dilantik oleh mereka. Aku cumalah insan yang ingin berkongsi rasa dan cerita tentang perkara yang berlaku sekeliling aku dan aku cumalah salah seorang customer yang mendambakan Border's Tea ni selagi masih ada di Penang. Haha. Oh lagi satu, mereka juga ada cawangan di Jitra dan Seberang Jaya okey. Jangan lupa tu ! Pergi lah dapatkan segera sementara nafsu nak minum tu masa ada hahaha :)
Jumpa lagi nanti di lain entry bye ! ^_^
0 ulasan:
Catat Ulasan