Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk menyambut bulan Ramadhan pada tahun ni. InshaAllah sama sama kita manfaat bulan yang penuh dengan rahmat Allah ni. Bulan yang mana pintu pintu neraka ditutup dan pintu pintu syurga terbuka luas buat kita. Sama2 rebut peluang untuk masuk ke pintu pintu syurga inshaAllah :)
Minggu ni dah masuk minggu ke 14 dan ya aku jadi semakin sibuk dan sibuk. Semoga dengan kesibukan duniawi aku ini tak menganggu aku untuk mengejar akhirat pula amin. Moga dapat diimbangi antara kedua dua ini, inshaAllah aku berharap. Final exam sudah hampir, moga Allah beri ketenangan buat kami semua untuk menjawab dengan baik sempena berkat bulan puasa ni kan hihi. Permudahkan kami Ya Allah amin.
Sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan ni, aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap dalam perbuatan, perkataan dan tindakan buat mereka yang mengenali aku secara langsung atau tidak langsung. Moga tiada rasa dendam dan iri hati sesama kita lagi dan inshaAllah aku maafkan buat mereka semua. Aku doakan moga Ramadhan kita kalini lebih bermakna dari Ramadhan yang sebelum2nya amin
Dan mohon doakan moga aku terus kuat di sini, untuk puasa jauh daripada keluarga tercinta dan supaya rasa homesick tu tak terlalu menebal haha. Sebenarnya aku tak berapa sihat sejak kebelakangan ni bukan debaran nak final exam kot hewhewhew. Oklah, sampai sini dulu aku bercerita, rajin nanti aku sambung okey. ;)
Salam Ramadhan dan selamat berpuasa semua !