Jumaat, 25 Oktober 2013

Baru ?

Hi, selamat malam


Entry pendek untuk harini. Sebab mengantuk awal sangat dan harini agak sibuk dengan rumah tangga. Haha. 

Ok, nak tanya ni, macam mana penampilan baru blog aku ? Header baru, background baru ? Hehe, rasa macam segaq habis ni bila dah bertukaq semua. Macam tampil yakin gitu. Kuikui. 

Kenapa aku tukaq pulak sekarang ni? Sebab saja saja. Rasa macam lagi best pakai nama sendiri dekat header blog sendiri. Hah, boleh tak macam tu? Mudah dan ringkas ja kan jawapan aku. Muehehe.

Lagipun, dah sampai masanya blog ni dijadikan blog yang macam lebih personal sedikit untuk aku, sebab sekarang ni aku lebih banyak luahkan perasaan di sini. Tapi, still akan aku kongsikan berita2 yang penting dan menarik untuk bacaan semua. Stay tune saja okey?

Hmm, btw esok aku ada aktiviti dengan Jabatan Farmasi dekat Taman Negara. InsyaAllah, harap - harap semuanya berjalan dengan lancar dan aku sihat elok saja untuk aktiviti esok. Hehe. Ayuh lah sama sama kita doakan ya. Selamat malam :)



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 24 Oktober 2013

Praktikal

Assalamualaikum,

InsyaAllah, aku sekarang ni dalam proses untuk memenuhkan blog aku dengan cerita praktikal aku sepanjang tempoh 5 bulan ni. Eh, 4 bulan saja rasanya sebab bulan pertama aku masuk praktikal, aku dah ceritakan serba sedikit kan, haha. 

Makanya, bagi mereka yang rajin stalk aku (eh, ada pulak? haha) , inilah masa yang sesuai untuk baca nukilan serta luahan rasa hati aku di setiap department yang sudah aku attach. Haha. Aku tahu ada mata mata yang memerhatikan aku dekat blog aku ni, aku okey saja sebab ini kan blog aku, so lantaklah aku nak cerita apa dekat sini kan. Haha. Sungguh tidak sopan aku ni.

Dan seperti yang dimaklumkan, sekarang ni aku tengah bercuti lagi, oh sungguh seronok rasa tengah bercuti sekarang ni. Kahkah, rasa ringan sekejap kepala bila jauh dari ubat ubatan ni. Kuikui. Hmm, tapi hari ni dah hari Khamis, sekejapnyaa rasa cuti dah nak habiss, sobsob. Tinggal minggu depan saja lagi tau, wuwuwu. 

Tapi so far, alhamdulilah cuti aku sangat terisi dengan baiknya walaupun still ke sibuk ke sana ke sini, tapi masih ada masa lah untuk dapatkan tidur yang panjang, dan rehat yang lama. Haha. Mungkin minggu depan aku akan free dan lepak di rumah saja sebab setakat harini masih belum plan apa2 aktiviti minggu depan. So, sesapa yang rasa nak berjumpa aku, sila inform okey, kita arrange bebaik. Hehe.

Okaylah, aku nak sambung buat entry pasal praktikal aku pulak. Merapu banyak banyak kat sini kang dah makan banyak masa dah. Masa itu emas tahuu ? Haha. Selamat malam, salam Maghrib :)



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 23 Oktober 2013

Hati ini . . .

Hati ini,

sukar untuk ditafsirkan

Hati ini,

sukar untuk menjelaskan

Hati ini,

sukar untuk menerima

Namun, 

hati ini percaya yang perancangan Allah lebih baik

Hati ini,

tahu yang Allah simpannya untuk seseorang yang lebih berhak, lebih baik

Hati ini, 

Allah simpan, 

Allah pelihara untuk seorang insan yang bergelar suami, seseorang yang halal untukku


Hati ini,

kadangkala dia kuat, dia kental hadapi semua rasa yang datang

Tapi kadangkala,

hati ini mudah tersentuh, mudah terluka, dan mudah menerima

Tapi kali ini, hati ini tahu

Yang sekarang bukan masanya yang sesuai lagi.

Hati ini,

masih tertutup rapat dan kuncinya telah dilempar jauh

jauh dari tuannya, dan hanya akan dibuka

bilamana masa itu sesuai dan orang yang sesuai

Terimakasih Ya Allah,

kerana menyimpan hati ini sebaiknya,

untuk orang yang berhak untukku,

untuk orang yang kau berikan agar aku dapat lengkapi kekurangannya

dan dia dapat lengkapi kekuranganku ini

untuk orang yang mampu memberi bahagia buatku

dan orang yang mampu membimbing aku ke arahMu, insyaAllah, amin


Ya Allah,

Aku percaya perancanganMu lebih baik  :)


9.20 pm,
Alyaa


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 22 Oktober 2013

Rahsia

Rahsia,

bukan lagi rahsia bila ianya dibongkarkan

Rahsia,

bagi aku bila ianya disebut rahsia makanya ia harus dikekalkan sebagai rahsia

Rahsia,

terlalu banyak rahsia yang aku simpan,

rahsia kau, dia dan mereka.

Rahsia,

boleh terdiri daripada pelbagai perkara,

dari sekecil kecil zarah sehingga sebesar besar gajah.

Rahsia,

harini aku sedar, yang bukan semua orang boleh menyimpan rahsia


Mungkin selama ini aku terlalu lena dibuai mimpi indah,

kerana aku percaya dan yakin,

yang rahsia akan kekal sebagai rahsia untuk mereka yang aku percaya

Tapi, 

apa yang aku tahu harini, bukan semua orang, bukan semua

mampu pegang rahsia, yang mana

walaupun dia tahu itu bukanlah rahsia,

tapi dia boleh fikir yang orang lain taknak orang lain tahu

mengenai hal itu. 

Rahsia,

aku sendiri sudah penat menyimpan rahsia.

Penat sampai aku rasa cukup, untuk setakat ini


Kerana aku, 

tak mungkin akan menyimpan rahsia engkau lagi.

Setelah ini semua yang engkau balas untuk aku.

Terima kasih untuk itu, terimakasih sangat sangat. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 21 Oktober 2013

Cuti

Alhamdulillah, akhirnya.

Setelah hampir 5 bulan menanti, tiba jugak cuti semester. Yeay !

Ok, harini aku kerja lagi sebenarnya pagi tadi. Sebab ganti cuti haritu

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Seronok sangat, taktahu kenapa

Rasa macam sepanjang hari ni nak senyum saja. Hihi

Syukur, Allah permudahkan segalanya walaupun rasa berat nak kerja harini.

Almaklumlah, yang lain kan dah start cuti.



Rasa dapat cuti lama ni, sangat indah. Haha, macam hape lagi aku

Nak cuti 2minggu je, kecoh satu department macam aku cuti sebulan

Kahkah, saja ja nak bagi dramatic sikit, kuikui

Ok, aku nak berehat saja cuti kalini. And in between, insyaAllah akan ada aktiviti lah kan. Haha

Selamat malam.

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 20 Oktober 2013

Kerja



Hai, selamat malam.

Esok pagi saya masih kerja

Sedangkan kawan2 saya yang lain sudah cuti.

Takpe, saya okey, saya dah besar.

Hihi.

Semoga saya kuat untuk esok hari.

Selamat bekerja jugak untuk mereka yang bekerja dan ada kuliah esok ! :)
posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 19 Oktober 2013

Unofficially done semester 5 !

Assalamualaikum, selamat petang.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Akhirnyaaaaa, setelah bertungkus lumus hampir 5 bulan, cuti semester tiba juga. Dan semestinya cuti kalini sangat dinantikan kerana sudah penat, penat sangat dengan drama yang kerap berlaku depan aku saban hari. Malas lagi nak cerita dekat siniiii, kalau terasa nak cerita nanti, aku ceritalah ya. Hehe.

Ok, sebenarnya, baru unofficially tamat sebabnya Isnin ni aku masih kerja sebab ganti cuti yang aku ambik Emergency Leave haritu dan lagi satu, result tak release lagi kan, takboleh berapa nak seronok sangat lah ni. Haha. InsyaAllah, berharap sesangat agar lulus dengan jayanya praktikal aku kalini, amin.


Hah, lagi satu kan, sebenarnya aku cuti dua minggu je, bukannya lama macam yang korang tengah bayangkan tu, haha. Bagi aku, itu sudah cukup memadai untuk merehatkan segala urat sendi badan yang bekerja kuat setiap hari tanpa mendapatkan sebarang bayaran mahupun balasan, haha.

Aku buat kerja macam biasa walaupun orang duk puji aku melambung sesangat kata rajin lah apalah. Sebenarnya, aku buat sebab aku nak dapatkan pengalaman. Sebab bagi aku pengalaman tu sangat berharga, tiada nilainya. Dan alhamdulillah, mereka percaya pada aku untuk buat kerja, dan bila staff takda, aku diberi amanah untuk take over walaupun sehari. Itu dah cukup memadai buat aku, serius taktipu. Even nampak macam PPF dan pegawai buli student macam aku ni, tapi sebenarnya tak. Masa ni lah banyak pengetahuan, ilmu dan pengalaman kau boleh kutip sebab lepasni kalau orang tanya kita boleh cerita apa yang kita buat sepanjang praktikal ni.

So, dipendekkan cerita, lepasni aku bolehlah nak godek blog ni harihari, update harihari, edit blog bagi nak kemas sikit dan lain lain lagi. Haha. Seronoknyaaa rasa. Wiwiwiwi. Oh, aku rasa masa cuti ni sangatlah sesuai untuk buat entry yang dah banyak tertangguh yang aku nak cerita dekat sini. InsyaAllah, doakan moga aku rajin supaya kelak bila aku sambung belajar, aku boleh rewind balik apa yang aku buat time praktikal diploma. Hehe.

Perkara paling best bila praktikal, dapat buat food hunting dengan kawan2 baik ! Yuhuu



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 13 Oktober 2013

Puasa Sunat Hari Arafah

Assalamualaikum, selamat malam






Esok, 9 Zulhijjah merupakan hari dimana umat Islam akan berkumpul di Padang Arafah untuk berwukuf.

Dan, kepada umat Islam yang tidak melakukan ibadah haji, disunatkan untuk berpuasa hari Arafah pada 9 Zulhijjah, yang jatuhnya pada esok hari.

Oleh itu, sama samalah kita berpuasa sunat pada esok hari bagi yang berkelapangan. :)

Dan rebutlah peluang dan ganjaran yang Allah berikan kepada kita untuk esok hari. Wallahualam :)


:: Sumber gambar : Facebook::

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 12 Oktober 2013

Future

Future,


think about it,

seriously scared me off !

But, somehow,

i'm waiting for it, because i want

to know who am i going to be soon,

to know whom am i going to married to,

to know where am i at this stage of life 

and almost everything i want to know.

And for this,

i'm fully rely to Him, Allah S.W.T to make the best story line for my life and my future

i put my confidence and trust to Him as i know Allah will never let us down.

I just need to pray that one day , 

all my dreams will come true,

insyaAllah. :)


And not to forget,

i'm so eager to know who is their soul mates , to my both lovely "big brother" 

i just can't wait for it, and of course

my prayer always for both of you guys ! 

As i know both of them are too choosy ! Haha



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 7 Oktober 2013

Laugh .

Hai,

Since I was too busy with my life because semester 5 will end soon, so soon so I've limited time to update my blog with my happy and sad story. But, promise you, later on, after all things settle up, I will spend more time to update things that me or my friends or my silent reader want to know. So far, alhamdulillah, my life seems so great. Practical session went smoothly, ( just having few complications that makes me crazy sometimes) and i'm healthyy ! :)

For this entry, I just want to share one quote which I got from my FB's friend list. Hope it is a good things to be shared here. 


For me, it is a good quote for a student like me when i'm depressed or stress or something else ESPECIALLY when it is final exam ! Being pharmacy student is a challenging task, I tell you. 24 hours is not enough for you to recall or remember every single things in the lecture note or textbook. But yeah, i'm proud i'm done with it ! Hihi :)

Good night.
 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 3 Oktober 2013

Spontan Hari Khamis

Hai, assalamualaikum, selamat malam



Entry pendek saja untuk harini sebab sangat sibuk dengan tugasan harian dan sebagai seorang pelajar praktikal yang mempunyai banyak dilema. Dilema yang semakin hari semakin buat kami rasa tersepit di tengah tengah halaman yang ada. 

Semoga kami terus kuat untuk menghadapi cabaran hidup ini. Berdoa agar Allah terus pinjamkan kekuatan buat aku dan mereka. 

Apa2pun, bersyukur kerana dipanjangkan umur untuk merasa nikmat yang Allah kurniakan. 

Alhamdulillah :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 2 Oktober 2013

Kawan ?

Assalamualaikum, selamat malam


Harini aku MC lagi, macam biasa. Sebab harini aku ada appointment dengan doktor pakar. So, takdak pilihan lain, kena MC jugak. InsyaAllah, harapnya ini kali terakhir aku jejakkan kaki di hospital ni sebagai seorang pesakit. Semoga lepasni dapat kerja dekat sini. Aceceh, hihi.

Malam ni malas nak bebel banyak dekat sini. Cumanya, alhamdulillah kita dah pun jejakkan kaki masuk ke bulan Oktober. Bulan yang mana tak kurang juga aku menantikannya sebab tak sabar nak cuti semester. Hihi. Walaupun hanya dua minggu, tapi untuk wanita yang bekerjaya macam aku ni, 2 minggu tu sudah cukup memadai buat kami. 

So, tajuk pun korang dah baca. Taktahu kenapa malam ni rasa nak bincangkan pasal kawan ni. Nak dijadikan kisah, yang bait-bait persahabatan antara aku dengan crush aku dah mula terjalin. Haha. Dulu memang dia crush aku sebab aku suka dia, tapi sekarang rasanya takdah. Sebab jenis aku, bila aku dah crush ataupun ada perasaan kat seseorang ni, aku susah sikit nak jadi peramah, sembang huhahuha macam kawan biasa. Bila automatik aku sembang huhahuha, pi sana pi sini dengan dia, jadinya perasaan itu makin lama makin luntur. Dan rasa ingin berkawan biasa, berkawan rapat tu lebih mudah, lebih mesra. Sebab bagi aku, berkawan lebih baik dari menjalinkaan sebarang hubungan buat masa ni.


Mesti tertanya-tanya kenapa dulu aku boleh crush dengan kawan aku ni kan? Tapi, sekarang tidak. Haha, sebab dulu dulu nampak dia macam smart, segak sangat la, in fact sekarang pun macam tu. Haish, biasalah budak2 remaja macam aku ni, jiwa rasa nak feeling bagai je kan, tapi masa tu takdak lah gigih sangat ambil tahu serba serbi pasal dia hah. Gitu-gitu je tengok sebab sedap mata memandang. Kuikui

Tapi, alhamdulillah, Allah bukak jalan yang mudah bagi aku untuk kenal dia dan seterusnya menjadi kawan aku sekarang. Boleh dikatakan macam kawan baik jugak lah kan sebab satu kepala jugak dengan aku dia ni. Tapi, still aku respect dengan dia sebab dia lebih tua daripada aku, haha. 

Dan sejak jadi kawan ni, serius tak tipu, rasa suka dekat dia, eh taksuka lah, minat tengok ja, lama kelamaan hilang dengan sendirinya. SubhanaAllah, sungguh ajaib rasanya, tapi ini semua aturan Allah, bukan. Sudah itu yang aku mahukan, maka Allah permudahkannya. Bila fikir fikir balik yang aku pernah crush dengan dia, sumpah rasa nak tergelak terbahak bahak. Kenangan beb, semua tu kenangan. Hehe

InsyaAllah, semoga persahabatan antara kami kekal bersama sama dengan yang lain. Aku siap kata, nanti nak kahwin jangan lupa jemput, tersipu sipu dia. Haha. Terimakasih sudi tambah kawan dalam hidup ! :)




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM