bukan lagi rahsia bila ianya dibongkarkan
Rahsia,
bagi aku bila ianya disebut rahsia makanya ia harus dikekalkan sebagai rahsia
Rahsia,
terlalu banyak rahsia yang aku simpan,
rahsia kau, dia dan mereka.
Rahsia,
boleh terdiri daripada pelbagai perkara,
dari sekecil kecil zarah sehingga sebesar besar gajah.
Rahsia,
harini aku sedar, yang bukan semua orang boleh menyimpan rahsia
Mungkin selama ini aku terlalu lena dibuai mimpi indah,
kerana aku percaya dan yakin,
yang rahsia akan kekal sebagai rahsia untuk mereka yang aku percaya
Tapi,
apa yang aku tahu harini, bukan semua orang, bukan semua
mampu pegang rahsia, yang mana
walaupun dia tahu itu bukanlah rahsia,
tapi dia boleh fikir yang orang lain taknak orang lain tahu
mengenai hal itu.
Rahsia,
aku sendiri sudah penat menyimpan rahsia.
Penat sampai aku rasa cukup, untuk setakat ini
Kerana aku,
tak mungkin akan menyimpan rahsia engkau lagi.
Setelah ini semua yang engkau balas untuk aku.
Terima kasih untuk itu, terimakasih sangat sangat.
0 ulasan:
Catat Ulasan