Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Akhirnyaaaaa, setelah bertungkus lumus hampir 5 bulan, cuti semester tiba juga. Dan semestinya cuti kalini sangat dinantikan kerana sudah penat, penat sangat dengan drama yang kerap berlaku depan aku saban hari. Malas lagi nak cerita dekat siniiii, kalau terasa nak cerita nanti, aku ceritalah ya. Hehe.
Ok, sebenarnya, baru unofficially tamat sebabnya Isnin ni aku masih kerja sebab ganti cuti yang aku ambik Emergency Leave haritu dan lagi satu, result tak release lagi kan, takboleh berapa nak seronok sangat lah ni. Haha. InsyaAllah, berharap sesangat agar lulus dengan jayanya praktikal aku kalini, amin.
Hah, lagi satu kan, sebenarnya aku cuti dua minggu je, bukannya lama macam yang korang tengah bayangkan tu, haha. Bagi aku, itu sudah cukup memadai untuk merehatkan segala urat sendi badan yang bekerja kuat setiap hari tanpa mendapatkan sebarang bayaran mahupun balasan, haha.
Aku buat kerja macam biasa walaupun orang duk puji aku melambung sesangat kata rajin lah apalah. Sebenarnya, aku buat sebab aku nak dapatkan pengalaman. Sebab bagi aku pengalaman tu sangat berharga, tiada nilainya. Dan alhamdulillah, mereka percaya pada aku untuk buat kerja, dan bila staff takda, aku diberi amanah untuk take over walaupun sehari. Itu dah cukup memadai buat aku, serius taktipu. Even nampak macam PPF dan pegawai buli student macam aku ni, tapi sebenarnya tak. Masa ni lah banyak pengetahuan, ilmu dan pengalaman kau boleh kutip sebab lepasni kalau orang tanya kita boleh cerita apa yang kita buat sepanjang praktikal ni.
So, dipendekkan cerita, lepasni aku bolehlah nak godek blog ni harihari, update harihari, edit blog bagi nak kemas sikit dan lain lain lagi. Haha. Seronoknyaaa rasa. Wiwiwiwi. Oh, aku rasa masa cuti ni sangatlah sesuai untuk buat entry yang dah banyak tertangguh yang aku nak cerita dekat sini. InsyaAllah, doakan moga aku rajin supaya kelak bila aku sambung belajar, aku boleh rewind balik apa yang aku buat time praktikal diploma. Hehe.
Perkara paling best bila praktikal, dapat buat food hunting dengan kawan2 baik ! Yuhuu |
4 ulasan:
Wah, bestnyer korang ada cuti. Kitorang xd cuti pun. Keje cam bese. Huhu
tido puas2 seronok jugak kalau cuti ni..hehe
@Teena Tna
hihi, best la jugak. hmm, sebab kitorang tkde cuti sakit, cuti tahunan dan lain2 lgi. kalau EL pun kena ganti, sobs. raya pun tak cuti, wuwuwu
@piqa da bajitos
haha, salah satu aktiviti wajib sepanjang cuti ini yer. hihi
Catat Ulasan